Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

02 FEBRUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulilah, hari yang cukup ceria buat diri saya. Hari nilah yang akan cukup saya kenang sebagai hari yang cukup bahagia dalam hidup saya. Sebelum ni saya just mention seseorang yang istimewa dalam hidup saya. Hari ni saya nak perkenalkan dia. Cumanya cukuplah sekadar saya kenalkan dirinya sebagai Huda. Dari mana dan sebagainya, InsyaAllah nanti saya akan ceritakan. Buat masa ini, itulah orang yang cukup istimewa bagi saya selain family.

Hari inilah, hari secara rasmi kami mengikat persetujuan. Doakanlah agar jodoh kami berkekalan dan terus ke jinjang pelamin dan bahagia selamanya. Saya berdoa kepada Allah agar dipermudah urusan kami. Terima kasih Huda kerana menerima saya. InsyaAllah kita lakukan yang terbaik.

Hehehe... Sapa yang baca diari saya, dah dapat tahu rahsia saya. Hehehe... Segannya sebab saya tau adik saya dok baca diari ni. Kawan-kawan pun ada cuma depa sekali-sekala dok mai baca diari ni. Alamak! Nanti habis kena menyakat. Hehehe...

Oklah...

Macam biasa ja di pejabat. Hari ni memang kelam kabut sikit sebab esok nak kena present. Takut jugak big boss mengamuk.  Sebagai ketua kumpulan, saya kena bersungguh-sungguh manage group tetapi saya harus akui ada beberapa kelemahan yang timbul. Saya pun dah mula pening kepala dengan macam-macam benda. Setakat yang saya mampu, saya akan tolong.

Petang, macam biasa di Tasik Permaisuri, jogging. Malam kembali ke pejabat. Chat dengan yang teristimewa, Huda dan Alhamdulillah macam saya cerita di atas. Kemudian saya stay di pejabat sampai jam 3.35 pagi. Jam 4 baru dapat lelapkan mata.

WASSALAM... 

01 FEBRUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Bangun untuk Solat Subuh dan kemudian sambung tidur balik. Hari ni nak lepas geram sebab sebelum ni asyik balik lewat ja dari pejabat. Hari ni nak betul-betul rehat. Kemudian basuh semua baju dan but bola serta kemas semua barang dalam bilik yang dah macam tongkang pecah dah ni. Hehehe...

Sampai tengahari dan petang saya just di rumah. Cuma makan mi segera dan buah limau mandarin ja. Petang turun jogging di Tasik Permaisuri. Hmmm... Rasa cukup selesa dan segar walaupun kaki saya masih lagi cedera. Nak melompat pun tak berapa ok tapi kena jogging jugak!

Kemudian berehat di rumah sambil menulis dan menonton TV.

WASSALAM... 

31 JANUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Saya log in sistem jam 7.54 pagi hari ni. Hmm... Lewat saya hari ni sebab kaki yang agak sakit, nak jalan pun susah. Dah tu nak kena supervise anak buah lagi. Nak kena fikir beberapa konsep dan logik programming. Hmm... Letihnya nak buat semua ni. Sambil tu ada meeting Jabatan.

Tengahari saya balik rumah sekejap dan tidur sebelum ke pejabat kembali. Sambung buat kerja dan ingat kot sempat nak balik jogging tapi hujan pulak. Terpaksa stay kat pejabat dan kemudian keluar dengan Sufri makan Koteaw up di Bandar Tasik Selatan. Kemudian solat Maghrib dan kembali ke pejabat.

Selepas Solat Isyak, tolong seseorang yang istimewa setting TV internet tapi malangnya ada problem dengan rtm online dan Setting Windows Media Player. Kalau saya ada kat sana bolehlah saya setting tapi masalahnya lokasi yang jauh. Hmm... Tak apalah.

Jam 11.30 malam beransur pulang dari pejabat dan kemudian terus masuk tidur.

WASSALAM... 

30 JANUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Saya turun jogging pagi ni. Alhamdulillah makin kuat rasanya kaki dan stamina. Kemudian terlentang sebab letih. Hehehe... Jam 12 ke pejabat untuk tunggu Sufri sebab kami dah janji nak ke kenduri Anjang di Dewan Serbaguna Lembah Keramat.

Silap jalan tapi terus jumpa dewan tu. Hmmm... Sedapnya nasi.Banyak betul saya makan tambahan pulak sambal belacan tu cukup sedap! Tingginya Anjang, saya nak cakap dengan Anjang tapi tak sempat sebab semua cukup sibuk bergambar.

Kemudian saya kembali ke pejabat dan rehat sekejap sebelum ke UPM untuk lawan bola dengan ANSARA Serting tapi saya sesat sebab dah ditukar ke Padang Kolej IKRAM tepi ILSAS yang pernah saya inap 13 tahun lepas. Saya just main second half dan Alhamdulillah saya berjaya menunjukkan permainan yang baik. Cumanya saya cedera sebab dibentes dari belakang dan terhincut-hincut berjalan. Ingat nak rehat tapi seseorang yang istimewa bagi saya nak chat dengan saya, hmm... terus saya chat. Tengah malam saya kerisauan. Tak dapat tidur, adalah sebabnya dan Alhamdulillah semuanya ok.

WASSALAM...     

29 JANUARI  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Bicara Dua Malaikat
Oleh Taraknama  (Laman M@RHAEN)


Assalamuallaikum,

Ketika Abdullah bin Mubarak melakukan haji, beliau tertidur di Masjidil Haram, dalam tidurnya beliau bermimpi melihat dua orang malaikat turun dari langit.

Berkata seorang malaikat kepada seorang lagi: "Berapa ramai orang-orang yang mengerjakan haji pada tahun ini?"

Berkata malaikat yang seorang lagi: "Enam ratus ribu orang."

Bertanya malaikat yang bertanya: "Antara 600,000 ribu orang yang berhaji itu berapakah yang diterima haji mereka?"

Berkata malaikat yang menjawab: "Di antara 600,000 ribu itu hanya seorang sahaja hajinya diterima, namanya ialah Muwaffaq. Dia tinggal di Damsyik. Dia adalah seorang tukang kasut, dia tidak dapat berhaji tetapi hajinya diterima. Maka berkat haji Muwaffaq kesemua 600,000 yang mengerjakan haji diterima."

Abdullah yang sedang tidur terkejut dari tidurnya maka dengan segera dia berangkat ke Damsyik, sampai sahaja dia di Damsyik dia mencari-cari tukang kasut yang disebutkan dalam mimpinya dan akhirnya dia dapat mencari rumah tukang kasut itu. Apabila sampai di hadapan pintu rumah tukang kasut itu, maka Abdullah mengetuk pintu. Pintu pun di buka dan keluar seorang lelaki dari dalam.

Abdullah bertanya lelaki itu: "Apa nama saudara."

Berkata lelaki itu "Nama saya Muwaffaq."

Abdullah bertanya: "Tolong terangkan kepadaku amalan apakah yang telah kamu lakukan sehingga mencapai darjat yang tinggi?"

Jawab Muwaffaq: "Sebenarnya aku ingin menunaikan haji, tetapi oleh sebab keadaanku maka aku tidak dapat menunaikan haji. Tetapi dengan cara mendadakaku mendapat wang 300 dirham dari kerja menampal sepatu, lalu aku niat untuk berhaji pada tahun ini. "Isteriku pula sedang hamil, suatu hari isteriku tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ia ingin memakan makanan yang terbau itu (mengidam),lalu aku pergi kerumah jiranku dan aku ketuk pintu. Kemudian keluar seorang wanita, maka aku pun beritahu hajat isteri ku itu kepadanya."

Jiran ku itu berkata: "Oleh kerana kamu tidak tahu keadaan ku maka aku terpaksa memberitahu mu, sebenarnya anak-anak yatim ku sudah tiga hari tidak makan oleh itu aku keluar mencari makanan. Sewaktu aku mencari makanan aku bertemu dengan bangkai himar, maka aku potong sebahagian dagingnya lalu aku masak, maka makanan ini adalah halal untuk kami dan haram untuk kamu."

Apabila aku dengar sahaja kata-kata wanita itu maka aku pulang ke rumah dan mengambil 300 dirham yang ada pada ku lalu aku berikan kapada wanita itu dan aku katakan kepadanya: "Belanjakan wang ini untuk anak- anak mu. Dan aku berkata pada diriku: Haji ku di muka pintu rumah ku (Rumah jiran ku) maka ke manakah aku akan pergi."

Wahai saudara-saudaraku, Allah tidak memandang pada harta yang kita miliki tetapi ia memandang pada niat yang suci.

Pernah orang bertanya kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, tunjukkanlah pada ku amal perbuatan yang mana bila aku amalkan akan masuk syurga."

Sabda Rasulullah SAW: "Jadilah kamu orang yang baik."

Orang itu bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh mengetahui bahawa aku ini telah berbuat baik?"

Sabda Rasulullah SAW: "Tanyalah pada jiran tetangga mu, kalau mereka berkata kamu baik, maka baiklah kamu. Kalau mereka mengatakan kamu buruk, maka buruklah kamu."

Sedikit renungan bersama. Mudah-mudahan sama-sama mendapat manfaatnya, InsyaAllah...

Oklah...

Agak lewat saya ke pejabat hari ni. Malam tadi saya sms sampai lewat pagi. Ada kisahnya. Alhamdulilah ia banyak mengajar saya. Hari ni mood nak buat kerja memang kurang sikit sebab hari Sabtu kan. Hehehe... Apa pun banyak kerja nak kena settle. Sampai petang saya ada kat pejabat

Kemudian turun jogging sekejap sebelum ke rumah dean selepas Solat Maghrib. Tengok bola dan makan kat rumah depa. Tahniah Perak sebab menang Piala Sumbangsih dan Tahniah juga sebab permainan Perlis jauh lebih baik, cuma nasib ja yang tak ada.

Jam 12 balik rumah dan rehat sambil bersms sebelum tertidur.

WASSALAM...     

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004][266][267][268][269][270][271]


((Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2005
Provided by
Saiful Azrul Che Lah