Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
HOME PROJECT ABSTRAK IMMUNOHISTOKIMIA TRIPSINASI MICROWAVE FAKTOR PRESSURECOOKER  
ANTIGEN KI-67 BIBLIOGRAPHY GRED FIKSATIF POLYLYSINE TEKNIK-ABC HIRISAN TISU 
SLAID RESSULT PERBINCANGAN PERBINCANGAN-ABC PROSUDER-PEWARNAAN REAGENT RUJUKAN


Prosedur Pewa rnaan Imuno.

  1. Potong 3µm hirisan tisu  dan lekatkan pada slaidyang telah disalut dengan Poly-L-Lysine.
  2. Proses pembuangan Paraffin dan hidrat dilakukan ke atas tisu.
  3. Slaid kemudian dimasukkan kedalam 3% H2O2 (Hidrogen Peroksidase) dalam methanol selama 15 minit.Tujuannya untuk menghalang aktiviti endogenus.
  4. Kemudian slaid dimasukkan ke dalam air suling.
  5. Proses perawatan tisu dilakukan seperti di bawah:

    A.     Perawatan menggunakan teknik ketuhar gelombamg mikro

Slaid dimasukkan ke dalam bikar yang mengandungi 0.01M Larutan Pemampan Sitrat berpH 6.0

(2.1gm Asid Sitrat dijadikan 1L.Gunakan lebih kurang 13mL 2M NaOH untuk jadikan pH 6.0)Seksyen tisu akan dirawat dalam ketuhar gelombang mikro (larutan pemampan haruslah mendidih) selama 2-5 minit.Setelah pemanasan,bikar dibiarkan sejuk selama 20 minit dan proses slaid unutk langkah seterusnya.

    B.     Perawatan menggunakan Tripsin

      Slaid dimasukkan ke dalam 0.1% tripsin dalam TBS berpH 7.6 yang telah                             dipanaskan pada suhu 37°C.Kemudian tisu dieramkan selama 15 minit.

6.      Slaid dibasuh dalam air suling.

7.      Kemudian slaid dimasukkan ke dalam TBS

8.      Pengeraman serum normal selama 30 minit.

9.      Slaid dieramkan dengan antibodi primer (dengan pencairan yang optimum) semalaman.Antibodi yang digunakan ialah Ki-67.

10.  Kemudian slaid dibasuh dengan TBS selama 2 minit dengan 2 kali tukaran.

11.  Antibodi ‘Biotinylated’ dimasukkan dan dieramkan selama 30 minit.

12.  Slaid dibasuh dengan TBS dengan  dua minit dengan dua kali tukaran.

13.  Kompleks Strep AB Complex/HRP dimasukkan dan dieramkan selama 30 minit.

14.  Slaid dibasuh dengan TBS dengan  dua minit dengan dua kali tukaran.

15.  HRP Kromogen (DAB) dimasukkan dan dieramkan selama 5 minit

16.  Slaid dibasuh dengan air suling.

17.  Proses ‘counterstain’ dengan perwarnaan Hematoxylin dilakukan dengan 5 kali pencelupan .

18.  Slaid dimasukkan ke dalam air dan kemudiannya ke dalam 1% larutan ammonia untuk proses ‘blueing’.

19.  Proses akhir ialah rehidrat,pencerahan dan ‘mount’ menggunakan DPX.