Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
HOME PROJECT ABSTRAK IMMUNOHISTOKIMIA TRIPSINASI MICROWAVE FAKTOR PRESSURECOOKER  
ANTIGEN KI-67 BIBLIOGRAPHY GRED FIKSATIF POLYLYSINE TEKNIK-ABC HIRISAN TISU 
SLAID RESSULT PERBINCANGAN PERBINCANGAN-ABC PROSUDER-PEWARNAAN REAGENT RUJUKAN

Penggredan Slaid Ki-67

Tisu Formalin yang dibenam dalam Paraffin iaitu tisu Ki-67 menggunakan antibodi monoklonol yang dapat mengenal nuklear antigen dalam ‘non resting’ atau sel Proliferasi samada dengan menggunakan teknik pemulihan antigen dengan ketuhar gelombang mikro atau tidak.

 

Pilihan Kes

Setiap spesimen  diberikan gred berdasarkan gred histologi penyakit spesimen yang didapati dalam Buku Master Rekod ,Makmal Patologi HUSM.Semua spesimen yang diambil dan digunakan dalam kajian ini adalah dari tisu kanser kolon.Semua kes ini adalah dari tahun 1992 hingga 1996 .Blok yang diambil akan digredkan seperti berikut:

 

Gred 1             : ‘well differentiated’

Gred 2             : ‘moderately differentiated’

Gred 3             : ‘poorly differentiated’

 

Manakala bagi pengskoran  slaid untuk antigen Ki-67 bagi kajian ini adalah berbeza dari penggredan diatas.Reaktiviti imuno bagi antibodi adalah diskor secara semikuantitatif  seperti berikut:

Skor 1+           :sangat kurang sel positif,kurang daripada 1% dari semua nuklei

Skor 2+           :reaktiviti yang rendah ,antara 1% hingga 5% reaktif nuklei

Skor 3+           :tinggi,lebih daripada 5% reaktif nuklei

Nuklei dikira positif , tanpa menghiraukan intensiti warna.Kebanyakan nuklei yang positif adalah kuat diwarnakan dan senang dilihat untuk dikira.Reaktiviti Ki-67 untuk kumpulan tadi biasanya akan menurun secara berperingkat mengikut tiga kategori tadi,walaupun terdapat kepelbagaian dalam kumpulan skor yang tinggi.

 

Adalah dijelaskan bahawa Ki-67 merupakan petunjuk ‘marker’ bagi sel proliferasi dan menpunyai prognostik yang lebih dalam sarcomas daripada gred histologi.

Oleh kerana antigen marker Ki-67 adalah sangat sensitif  maka itu Sven.A Swanson dan John J. Brooks telah menggunakan tisu segar dari setiap kes dalam kajiannya terhadap antigen Ki-67 .Tisu tersebut disejukbeku dalam cecair nitrogen .Tetapi bagi projek ini ,saya menggunakan tisu yang direndam dalam formalin pebenaman Paraffin walaupun kurang sesuai.Oleh itu,hirisan tisu yang digunakan menggunakan kaedah pemulihan antigen secara ketuhar gelombang mikro diharap akan dapat menggembalikan antigen yang tersembunyi.Secara umumnya, Ki-67 adalah lebih baik menggunakan samada tisu segar sejukbeku,sel smear atau seksyen cryostat acetone fiksatif.

(Sven A.Swanson and John J.Brooks .Proliferation Markers Ki-67 and p105 in soft tissue lessions, American Journal of Pathology Vol 137,no 6.Dec 1990)