Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
HOME PROJECT ABSTRAK IMMUNOHISTOKIMIA TRIPSINASI MICROWAVE FAKTOR PRESSURECOOKER  
ANTIGEN KI-67 BIBLIOGRAPHY GRED FIKSATIF POLYLYSINE TEKNIK-ABC HIRISAN TISU 
SLAID RESSULT PERBINCANGAN PERBINCANGAN-ABC PROSUDER-PEWARNAAN REAGENT RUJUKAN
 

Perbincangan Mengenai Teknik Avidin Biotin

 

Teknik pemulihan antigen dan teknologi kompleks avidin-biotin digunakan secara meluas dalam Immunositokimia . Walaubagaimanapun, pemulihan antigen selalu memerlukan pengesanan imuno yang optima dalam fiksatif formalin ,tisu pembenaman paraffin dan adalah terlebih dahulu memerlukan penggunaan sesetengah primer antibodi yang berkesan. Akan tetapi ,pemulihan antigen secara khususnya meningkatkan kebolehan pengikatan avidin pada sesetengah sel dalam sesetengah tisu sehingga menyebabkan pewarnaan positif palsu berlaku.Pewarnaan ini adalah disebabkan untuk pengikatan avidin dan boleh hadir dalam tisu yang pelbagai.Ini mungkin terjadi dalam tisu yang difiksatif dalam formaldehid tetapi tidak pada tisu yang difiksatif dalam Carnoys atau larutan Clarkes.

 

Untuk menghalang pewarnaan sel ‘mast’ yang bergranul dalam immunositokimia dengan menggunakan larutan avidin yang pH beralkali atau kekuatan ionik yang tinggi.Banyak reagen yang boleh digunakan untuk mengurangkan perlekatan yang tidak spesifik  yang telah disyorkan termasuklah serum kambing,serum kuda,bovine serum albumin (BSA) ,gelatine dan lysine.

 

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kesemua teknik pemulihan antigen  akan meningkatkan lagi pengikatan avidin seterusnya antigen-antigen yang terpilih.Penggunaan pemulihan antigen secara enzimatik menghasilkan keputusan yang kurang memuaskan ,manakala dengan teknik periuk tekanan pula secara kontra menghasilkan keputusan yang paling baik dan teknik secara ketuhar gelombang mikro menghasilkan keputusan yang kurang sedikit dari teknik periuk tekanan .Sungguhpun begitu , trypsin dan pepsin menghasilkan sedikit pewarnaan pada masa yang ditetapkan (standard time).

 

Penggunaan larutan pemampan pemulihan antigen penyelesaian haba (Heat Mediated Antigen Retrieval -HMAR) yang berbeza menunjukkan keputusan berbeza tetapi secara umumnya pewarnaan meningkat dengan peningkatan pH.Dengan penggunaan larutan pemampan natrium sitrat pH 3 menghasilkan pewarnaan yang sedikit ,manakala pH 5.0 menghasilkan pewarnaan yang sederhana dan pH 6.5 menghasilkan pewarnaan yang baik.Manakala Natrium Hikroksida-Sitrik Asid pH 6.0 menghasilkan keputusan pewarnaan yang sama dengan Larutan pemampan Natrium Sitrat  pH 6.5.

 

Penggunaan larutan pemampan yang lain boleh digunakan tetapi memberikan keputusan yang kurang memuaskan seperti contohnya penggunaan Natrium Hidroksida-EDTA pH 4.0 menghasilkan pewarnaan yang sedikit tetapi sel darah merah amat lemah diwarnakan ,pH 6.0 menghasilkan pewarnaan yang sederhana hingga baik ( sama dengan larutan pemampan Natrium Sitrat) ,pH 7.0 menghasilkan pewarnaan yang baik dan mula menyebabkan tisu tertanggal dari slaid dan lebih-lebih lagi pH 8.5.Kesemua pewarnaan sel darah merah akan dapat dibuangkan dengan mengeramkan hirisan tisu kedalam akues 2.75% H2O2  tetapi ianya tidak diblok oleh avidin-biotin.