Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
HOME PROJECT ABSTRAK IMMUNOHISTOKIMIA TRIPSINASI MICROWAVE FAKTOR PRESSURECOOKER  
ANTIGEN KI-67 BIBLIOGRAPHY GRED FIKSATIF POLYLYSINE TEKNIK-ABC HIRISAN TISU 
SLAID RESSULT PERBINCANGAN PERBINCANGAN-ABC PROSUDER-PEWARNAAN REAGENT RUJUKAN
 

TEKNIK PEMULIHAN ANTIGEN MENGGUNAKAN PERIUK TEKANAN

Penggunaan haba sebagai kaedah untuk memulihkan antigen (heat induced epitope retrieval) dalam imunohistokimia yang telah lama diketahui .Laporan baru-baru ini yang diterbitkan mengatakan periuk tekanan adalah sama dan lebih baik keputusannya berbanding dengan kaedah ketuhar gelombang mikro yang kovensional.Periuk tekanan merupakan kaedah pemulihan antigen menggunakan proses interaktif yang sedia ada.

Walaupun begitu ,terdapat sedikit perbezaan antara periuk tekanan yang sedia ada yang menyebabkan teknik yang berbeza digunakan kerana kesan dan perwarnaan yang dihasilkan.Masa yang diambil untuk memberikan keputusan yang optimum adalah selama 3 minit dengan tekanan tinggi.Tetapi masa yang dicadangkan berdasarkan dari kajian yang diterbitkan adalah dari 1-9 minit.Masalah  untuk menghalang  tisu dari kering terutama disekeliling bahagian tepi semasa slaid dikeluarkan dari periuk tekanan adalah dengan meletakkan air berdekatan dengan periuk tekanan dan pemindahan slaid dengan pantas setelah penutup periuk tekanan dibuka.Tanpa perlu diragukan periuk tekanan adalah amat sesuai untuk diagnostik imunohistokimia ,dan sangat berguna dalam penyelidikan makmal yang aktif dimana menggunakan hirisan tisu yang banyak.