Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
HOME PROJECT ABSTRAK IMMUNOHISTOKIMIA TRIPSINASI MICROWAVE FAKTOR PRESSURECOOKER  
ANTIGEN KI-67 BIBLIOGRAPHY GRED FIKSATIF POLYLYSINE TEKNIK-ABC HIRISAN TISU 
SLAID RESSULT PERBINCANGAN PERBINCANGAN-ABC PROSUDER-PEWARNAAN REAGENT RUJUKAN
 

FIKSATIF

Adalah diketahui bahawa bahagian luar dari blok tisu difiksatif sebelum bahagian yang dalam dan semakin besar blok tisu semakin lama masa untuk fiksatif  memasuki bahagian tengah.Oleh itu,jika blok itu terlalu tebal maka tisu dibahagian luar akan lebih terfiksatif dan ini boleh menyebabkan pemusnahan antigen atau penembusan antibodi menjadi lemah walaupun morfologi memuaskan. .(Immunomicroscopy: A Diagnostic Tool for the surgical Pathologist ,Taylor and Cote .1994 page:47 ,microwave fixation).Kesemua kemungkinan ini ,membuktikan untuk menggunakan blok yang berketebalan (3-5 mm) untuk fiksatif.Untuk masa fiksatif yang optimum, kepekatan fiksatif dan masa fiksatif untuk blok yang kecil perlu kedua-duanya disesuaikan

Walaupun begitu terdapat laporan mengenai kesan penggunaan masa fiksatif yang konflik.Pewarnaan MIB 1 dengan menggunakan kaedah ini menunjukkan pewarnaan yang terjejas oleh tisu yang difiksatif lebih daripada 24 jam yang memerlukan lebih masa pemulihan .(D.Butler et.al Journal of cellular Pathology 1997 2 page128)

 

Faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan menggunakan ketuhar gelombang mikro

1)      Suhu larutan pemulihan.Larutan pemulihan perlu diletakkan pada suhu bilik sebelum memulakan pemulihan antigen.Suhu yang sejuk akan mengambil lebih masa untuk mendidih dan jika masa tidak cukup ,pemulihan antigen tidak akan lengkap.Kriteria yang penting ialah pendidihan yang segera.Kwai et.al mendapati pemanasan pada suhu 90°C selama 10 minit lebih effektif dari pemanasan pada suhu 60°C selama120 minit.Shi et al. dan Shibuya et al. bersependapat bahawa terdapat perhubungan secara lansung antara suhu pemanasan dengan masa pemanasan.

2)      Molariti dan pH larutan.Cattoretti et.al pernah menerangkan bahawa molariti larutan pemampan sitrat merupakan perkara yang penting .Begitu juga dengan pH.Larutan pemampan Tris-HCL memberikan keputusan lebih baik pada pH yang tinggi berbanding dengan larutan pemampan lain.Larutan pemulihan antigen yang berpH tinggi seperti Tris-Hcl atau  larutan pemampan Natrium Asetat pada pH 8.0-9.0 ,mungkin sesuai untuk kebanyakan antigen dan larutan pemampan pH yang rendah amat berguna untuk nuklear antigen.

3)      Jumlah slaid yang dimasukkan.Semakin sedikit slaid akan mengambil masa yang lama untuk mendidih.

4)      Kuasa atau Watt ketuhar gelombang mikro yang digunakan.

5)  Saiz dan warna bekas yang digunakan untuk meletakkan larutan pemulihan.Penggunaan bekas yang menegak contohnya Coplin jars, memudahkan larutan pemulihan mendidih dengan cepat sehingga melimpah dan menyebabkan tisu menjadi kering.Bekas yang ada warna akan menyukarkan untuk melihat samada larutan itu sudah mendidih atau belum.