Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
HOME PROJECT ABSTRAK IMMUNOHISTOKIMIA TRIPSINASI MICROWAVE FAKTOR PRESSURECOOKER  
ANTIGEN KI-67 BIBLIOGRAPHY GRED FIKSATIF POLYLYSINE TEKNIK-ABC HIRISAN TISU 
SLAID RESSULT PERBINCANGAN PERBINCANGAN-ABC PROSUDER-PEWARNAAN REAGENT RUJUKAN
 

Ketuhar Gelombang Mikro

Ketuhar gelombang mikro adalah peralatan yang paling ringkas dan adalah salah satu cara yang digunakan untuk memulihkan antigen yang hilang dalam fiksatif,tisu formalin fiksatif.Dengan merendamkan bahagian tisu dalam cecair ( seperti air ceria (deionised water,larutan zink atau ferum yang lemah) kemudian memanaskan dan menyejukkan tisu tadi menggunakkan ketuhar gelombang mikro .Ikatan-ikatan aldehid yangmenutupbahagian epitop akan dimusnahkan dan tempat wujudnya antigen yang tersembunyi akan didedahkan (exposed) dan diwarnakan.

 

Penggunaan ketuhar gelombang mikro untuk tisu Patologi pertama kali ialah pada tahun 1970 oleh Mayer. Menurut dari laporan keputusan perwarnaan imuno ,Leong et al mengatakan hampir 23 antigen dapat dikekalkan dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro pada suhu 63°C menggunakan pelbagai jenis tisu.Oleh kerana ketuhar gelombang mikro tidak dapat menembusi tisu yang berketebalan lebih dari 4cm ,adalah disyorkan menggunakan blok yang berketebalan  R3cm.Adalah perlu spesimen direndam didalam larutan seperti 0.1M larutan pemampan fosfat pH 7.4 atau 1% CaCl² untuk  menghalang tisu daripada kering semasa proses.Sebelum difiksatif perlu diletakkan dalam 10% nuetral formalin buffer selama 4 jam ,diikuti dengan 1.5-4 minit dalam ketuhar gelombang mikro pada 450W[55°C] ,dan kemudian 2 jam pengeraman dalam formalin adalah sangat effektif. Secara umumnya ,penggunaan ketuhar gelombang mikro menjanjikan pengekalan antigen dan pengekalan morfologi yang baik jika masa ‘incubation’ yang pendek.(Immunomicroscopy: A Diagnostic Tool for the surgical Pathologist ,Taylor and Cote .1994 page48 microwave fixation).

Perwarnaan Immunofluorescent dengan cara ketuhar gelombang mikro meningkatkan intensiti corak dan penumpuan (location) dan menambah lagi gambaran morfologi dengan lebih jelas.Tetapi, jika terlebih masa perendaman akan menyebabkan pertambahan warna latarbelakang (background) dan gambaran morfologi yang kurang jelas,maka masa yang standard perlu ditetapkan oleh pegawai yang berpengalaman .(Jules M. Elias; Immunohistopathology :A Practical Approach to Diagnosis 1990)

Walaupun ketuhar gelombang mikro menggunakan suhu yang tinggi ,pemusnahan protien tidak berlaku kerana protien yang telah difiksatif oleh formalin adalah lebih stabil.Penyambungan bersilang pada protien yang dihasilkan oleh fiksatif formalin seakan bertindak melindungi epitop. (http://www.biogenex.com/ag-retrieval.html)