Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
HOME PROJECT ABSTRAK IMMUNOHISTOKIMIA TRIPSINASI MICROWAVE FAKTOR PRESSURECOOKER  
ANTIGEN KI-67 BIBLIOGRAPHY GRED FIKSATIF POLYLYSINE TEKNIK-ABC HIRISAN TISU 
SLAID RESSULT PERBINCANGAN PERBINCANGAN-ABC PROSUDER-PEWARNAAN REAGENT RUJUKAN

TEKNIK AVIDIN-BIOTIN

  Teknik jambatan

Teknik ini mengambil kelebihan bahagian penggabungan berganda pada avidin .Primer biotinylated atau antibodi kedua ditambah kedalam bahagian tisu.Langkah ini diikuti dengan denggan memasukkan avidin.Akhir sekali enzim biotinylated ,fluorochrome,atau penunjuk elektron mikroskopik ditambah untuk membolehkan melihat kesannya.Oleh itu  antibodi yang berbiotin atau lektin adalah ‘jejambatan’ bagi avidin pada penunjuk(marker) molekul yang berbiotin.

Teknik berbiotin berlabel

Biotinylated primer atau antibodi kedua ditambah kedalam section tisu .Ini diikuti dengan menambah avidin yang sebelumnya telah dikonjugat secara kovalen pada enzim atau penunjuk fluochrome.

Teknik kembar berlabel.

Antibodi primer immunoglobulin spesis telah dimasukkan ke dalam tisu .Ini diikuti pula dengan aplikasi  antibodi anti-Ig berbiotin kedua.Kemudian avidin berlabel Fluorescen dimasukkan .Tisu itu dibasuh dengan biotin untuk menghalang bahagian pengikatan biotin yang berlebihan pada avidin.Kemudian antibodi primer kedua dimasukkan  .Ini diikuti oleh antibodi berbiotin yang kedua dan sterusnya avidin berlabel rhodamine.Prosedur ini memberi keputusan co-localization oleh dua antibodi primer.Teknik yang sama boleh digunakan untuk avidin yang berlabel dengan enzim (peroksidase dan glukose oksidase atau alkali fosfat). (Bharat Jasani and Kurt W.Schmid ;Immunocytochemistrymin Diagnostic Histopathology 1993)

 

Teknik pembentukan kompleks

Setelah meletakkan primer berbiotin atau antibodi yang kedua,satu bentuk kompleks antara avidin dan enzim berbiotin ditambah.

 

Prosedur Imunohistokimia Nonperoksidase

Avidin-Biotin Sistem

 Biotin adalah vitamin yang berat molekul yang ringgan (244 daltons).Bertahun dahulu ,punca kekurangan Biotin adalah disebabkan oleh pemakanan putih telur kepada binatang.Kemudian ,kajian mendapati putih telur menpunyai bahan yang beranifiti pengikatan bukan kovalen yang tinggi dengan biotin.Kajian seterusnya ,dapat mengenalpasti bahan tersebut sebagai glikoprotien yang berat molekul lebih kurang 68,000 dalton yang dinamakan avidin.

 

Kebaikan teknik ABC

1.                  Oleh kerana afiniti pengikatan yang tinggi antara avidin dan biotin ,maka kompleks yang lebih stabil antara konjugat avidin dan antibodi biotinylated atau enzim dihasilkan.

2.                  Teknik avidin-biotin adalah dikategorikan sangat sensitif kerana amplikasi dari tempat pengikatan berganda.

3.                  Berbanding dengan tenik imunoperoksidase, teknik avidin-biotin adalah kurang pewarnaan latarbelakangnya.

4.                  Avidin yang dilabel boleh disediakan dengan nisbah fluorochrome atau enzim yang tinggi  terhadap protien.

Keburukan Teknik ABC

      1.         Avidin menpunyai sifat untuk bergabung dengan protien dalam tisu.

2.                  Pengikatan avidin kepada molekul biotinylated mungkin menyebabkan pengurangan aktiviti biologi molekul kerana biotin berada dibawahapabila bergabung dengan molekul avidin.

Manual of immunoperoxidase techniques,Sec. Edition 1987 .Oleh Robert J.Wordinger ,Ginger W. Miller dan Donna S. Nicodemus