Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

05 FEBUARI 2007

ASSALAMUALAIKUM...

Kat Singapore, Bahasa tak sukar sangat sebab hampir semua guna bahasa Inggeris walaupun buka TV ada banyak juga bahasa Cina digunakan. Bahasa Melayu pun ramai yang tahu even masyarakat Cina. Macam kata Ariep semalam waktu chat, lagu kebangsaan Singapura pun dalam bahasa Melayu. Cuma kat sini budak budak Melayu agak sosial sikit. Berpakaian pun agak berani. 

Pagi, hadiri kursus. Seronok tengok Prof William Ed Hammond berhujah. Banyak jugak perserta Singapore berhujah bangkang Prof Hammond.  As Malaysian, saya dan kawan kawan just perhati ja. Nanti apa pulak kata Singaporean.

Habis kursus, saya dengan Puan Salina pi Bugis Street untuk pi Pasar malam kat sini. Hmmm... Banyak jugak pilihan tapi kat Malaysia pun ada. Cuma kat sini depa lebih berani menjual barangan. Adult shop pun ada secara terang terangan di sini.

Kemudian makan kat Kedai Mamak di Orchard Road. Surf Internet sekejap untuk check email sebelum balik bilik hotel. Sampai pun dah dekat 9 malam. Tengok TV sekejap sebelum lelap jam 11 malam.

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...

04 FEBUARI 2007

ASSALAMUALAIKUM...

Aduh, tak bestnya! Nak kena bergerak sorang sorang di tengah tengah Kota Singa ni. Pagi lepas Solat Subuh sambung tidur balik sampai jam 9.30 pagi. Kemudian keluar sarapan di Curry Puff 93 Dekat ja dengan tempat saya menginap ni. Kemudian pi dok belajaq macam mana nak naik MRT. Hehehe... Tak banyak beza dari LRT kita. Sini ada enam laluan. Cuma yang agak beza tu dari segi sistem tiket di sini. Sini untuk beli tiket kita perlu gunakan mesin vendor. Dapatkan tiket mengikut harga lokasi dan anda akan dapat satu kad keras. Apabila nak ke terminal kena sentuhkan kad pada panel yang ditetapkan (Macam kad touch n go. Kita kat Malaysia kena cucuk kad masuk dalam lubang yang ditetapkan) Terlupa nak cakap. Di sini kita kena bayar deposit untuk setiap kad tiket sebanyak $1.00. Bila sudah selesai atau sudah tiba di destinasi kita perlu pulangkan kad tiket tersebut di mesin untuk dapatkan semula $1 deposit.

Saya naik MRT di Somerset ke City Hall. Kemudian round The Rafles, Esplanade dan famous Merlion City. Hmmm... Menarik tapi yang tak bestnya sorang sorang ja berjalan kat sini. Alhamdulillah kadar jenayah di sini tak tinggi jadi taklah risau sangat. Seperkara lagi, sini memang amat amat bersih. Cuaca agak panas tapi berangin, jadi agak sejuk sikit tak lah rasa panas sangat.

Kemudian balik ke Somerset dan surf Internet sekejap sambil chat dengan Ariep Jaka Yazid. Check Website dan jugak news serta email. Kemudian balik ke tempat penginapan dan tidur. Hehehe... Boringnya. Kalau ada duit memang berjalan sakan la saya. Untuk yang suka bershopping, rasanya sini adalah tempat yang sesuai. Tapi harga, mak Datuk!

Petang keluar jalan jalan di sekitar Orchard road sambil menyaksikan gelagat penghuni di Kota Singa ni. Cukup padat! Nak jalan pun agak sukar macam kat Tokyo! (Pi Tokyo pun tak pernah. Hehehe). Makan nasi goreng Ikan Masin kat kedai Mamak Al-Madinah. Banyak betul nasi dia tapi harga $4. Darab la dengan 2.3!

Kemudian tonton Singapore vs Thai Final AFF. Khairil call rupanya saya pun kena caj RM3 seminit! Dia call 4 minit. Habis kredit saya! Hehehe... Dari RM 38, saya bercakap 7 minit habis RM21. Aduh! Sakitnya. Hehehe... Kemudian sambung tengok bola. Singapoe menang dengan agregat 3-2 setelah seri 1-1.

Update catatan kat lap top sebelum tidoq kira-kira jam 11.30 malam. Tengah malam tak dapat tidoq, bangun tengok satu drama menarik kat Channel 5 dan tidur semula jam 3 pagi lepas berendam dalam air suam.

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...

03 FEBUARI 2007

ASSALAMUALAIKUM...

Bangun pagi jam 6.30. Pi seminar. Duit transfer tak masuk lagi. Terpaksalah tangguhkan bayaran dulu. Seminar hari pertama. Dapat course kit, cenderamata dari PriceWaterhouse Cooper (PWC). Kit handset charger untuk pelbagai jenis handset menggunakan car charger dan USB port. Jumpa beberapa muka yang saya memang kenal dari IJN. Mr. Teoh, Datuk Hassan dan Puan Sakinah. Ramai jugak dari Malaysia.

Kemudian tanya pihak Hotel Holiday Inn Park View tentang status makanan yang dihidangkan. Depa kata, “Our menu is without pork and lads. We are using separate kitchen with chinese Food. We have no Halal Certificate but we can assure no pork and no lad. You should not be doubt unless you are very strict”. Saya pun kata thanks dan tak perlulah saya makan di situ. Memang tak ada semua tu tapi macam mana pulak dengan sembelihan dan lain lain? Jadi kedai mamak lah pilihan saya atau pun diet. Hehehe... Lepas tu tanya pasal wireless Internet kat Hotel ni. Dia caj $45 sehari! Free Internet untuk Singaporean memang ada tapi kena register dulu. Yang ni di banyak lokasi ada.

Habis seminar terus saya ke tempat penginapan dan kemudian Zureen ceritakan tempat tempat menarik di Singapore ni. Lepas tu surf Internet. Fuh mahal harganya. Sejam $5. Darab la dengan 2.3. Nak tak nak terpaksa lah. Tapi yang berbaloinya ialah amat amat laju. Baru 15 minit guna dah siap banyak benda dah. Sini kedai Melayu. Kemudian pi jalan jalan di Singapore Plaza, Coupage Plaza, Orchard Plaza, Somerset Plaza. Memang kat sini happening. Saya cari KFC. Sini KFC dan McDonald ada sijil Halal dari Majlis Ugama Islam Singapura. Saya rujuk jugak laman web Zabihah. Saya dapat SMS dari ramai kawan di Malaysia tap nak reply tak available buat sementara waktu (for Celcom). Roaming punya kadar SMS ialah RM 2.00 satu mesej. Saya call kena caj RM3 seminit. Dapatlah cakap sat dengan wife selama dua minit.

Balik dah dekat jam 11.30 malam. Solat dan terus tidur.

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...

02 FEBUARI 2007

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni lepas hantaq Syasya dan my beloved wife, terus ke Pejabat. Dok pening pasal hotel lagi. Tempahan yang saya buat semua tak dapat sebab agak lewat. Nak tempah awal kena ada kad kredit. Saya memang tak mau pakai kad kredit. Nak kena fikir semula lepas ni sama ada perlu pakai atau tak. Letih betul pikiaq benda ni. Lepas tu kena masuk pulak perbincangan HTB (Healthcare Transaction Base) dengan Callum Bir dari Oracle yang based di Singapore. Dia mai dengan Puan Shazilah dan orang baru Oracle, Karen. Perbincangan sampai petang tapi saya keluar awal sebab nak bertolak ke Singapore.

Lepas jumpa wife dan baby, saya bertolak kira kira jam 1 tengahari. Naik LRT lepas tu tukar ERL dari Bandar Tasik Selatan ke KLIA. Try contact member di KLIA tapi gagal. Keluarkan duit dan kemudian tukar ke Singapore Dollar. Hmm Kadarnya kena darab 2.3. Sakit jugak.

Kemudian nak guna lap top tapi bateri pulak habis. Pi Surau ada power point. Jadi bolehlah surf Intenet free guna wayerless Internet Connection oleh KLIA. Bertolak kira kira jam 4 petang dan sampai kir kira jam 5 petang. Kemudian buat tempahan hotel di Airport menerusi SHA counter. SHA ialah Singapore Hotel Association. Dapatlah SHA Villa. Dahsyat jugak Singapore ni, hampir semua hotel dah penuh di city area! Memang promosi pelancongan depa cukup hebat. Boleh lawati Unique Singapore.

Naik teksi sampai ke Hotel penginapan. Sini pemandu teksi gunakan meter dan memang mudah. Tak kena lah charge mengarut macam kat KL. Kat KL ada meter tapi tak guna meter. Pengalaman saya di KL memang harga teksi cukup mahal! Sampai di Hotel ada seorang staff Melayu layan saya. Zureen, Melayu Singapore, rasa macam kacukan kot sebab hidung mancung sangat. Banyak yang dia bantu dan terangkan. Tapi bila tanya pasal wireless Internet, cajnya ialah $50 sehari! Mahalnya!

Kemudian terus cari Hotel Persidangan dan Alhamdulillah dekat ja. 10 minit jalan kaki ja. Kemudian survey tempat makan. Jumpa dua kedai mamak dan satu kedai Melayu. Kedai Melayu ni dekat ja dengan SHA Villa. Curry Puff 93 namanya. Ada satu lagi, Warung M. Nasir tapi nampak macam meragukan. Saya tak tanya pulak statusnya. Kemudian saya jalan jalan di Orchard Road, terkejut bila saya terserempak dengan Adult Shop! Biar betul! Dok tengok harga barang kat shopping complex di sini memang gerun tengok. Mahalnya! Lepas pusing Orchard Road, saya terus balik rehat di Hotel penginapan.

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...

01 FEBUARI 2007

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni cuti Hari Wilayah. Pagi dok bukak website cari info dan tempahan hotel tentang Singapore. Lama jugak dok cari. Kemudian balik rumah tonton TV. Wife kurang sihat jadi saya kena masak dan goreng ayam dan udang sambil masak nasik. Kemudian dok rumah rehat sambil wife kemaskan beg saya untuk ke Singapura. Seronok dok layan Syasya.

Malam pi mlewat kawan wife, Kak Umi dan Abang Yusof yang dok kat tingkat lima apartmen kami dan kemudian tonton Soledad. Jam 12 terus tidoq.

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004][Arkib 2005][Arkib 2006][295][296][297][298]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Erniza][Shaukhi]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2005
Provided by
Saiful Azrul Che Lah