Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

19 JANUARI 2007

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat tahun baru Hijrah 1428. Hijrah membawa pengertian yang cukup besar sebenarnya. Namun kita sebagai manusia walaupun mengetahui konsep hijrah yang begitu besar, kita selalu alpa dari menghayatinya. Kita hanya bercakap pada mulut, menulis pada tulisan tetapi tidak dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Saya perlu mengakui hakikat diri saya juga tidak terkecuali dari sindrom ini. Namun berbahagialah bagi mereka yang mampu menghayatinya dan menjadikan Hijrah itu sebagai kekuatan diri mereka.

Saya tertarik dengan SMS yang saya terima dari sahabat saya, Fakhzan... “Most Beautiful word = ALLAH, Most beautiful song = AZAN, World’s  perfect encylopedia = AL-QURAN, Best Exercise = SOLAT, Best diet = FASTING, Semoga tahun baru ini permulaan yang baik dan berkat untuk kita. Selamat Awal Muharram 1428H.”

Moga Awal Muharam kali ini dapat kita hayati dan seterusnya menginjak perubahan dari yang buruk kepada baik dan dari yang baik kepada yang terbaik. Mudah-mudahan, InsyaAllah...

Hari ni, hari yang agak kurang sibuk pada awalnya tetapi kemudian bertukar sibuk setelah menyedari beberapa perkara. Sebelum Maghrib saya mengikuti ceramah Maal Hijrah secara langsung di kaca TV dan baca doa pun ikut imam dalam TV. Selepas Solat Maghrib dan tonton Berita, saya terus bergegas ke Bangi untuk ambil wife yang beria-ia nak balik Kedah untuk jumpa Syasya Hana. Wife ada program bersama Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang berjumpa dengan para pelatih KPLI-JQAF.

Keluar awal sikit dan kemudian singgah di rumah sekejap sebelum saya buat keputusan untuk hantar wife dengan motor sahaja kerana saya agak kawasan Hentian Puduraya agak sesak dan jangkaan saya memang tepat. Elok sampai, bas dah pun nak bertolak.

Balik rumah tonton liputan Badminton terbuka Malaysia sebelum masuk tidur.

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...

18 JANUARI 2007

ASSALAMUALAIKUM...

Rasanya saya akan mula kembali menulis. Menulis kembali luahan rasa hati. Sudah begitu lama saya berhenti tetapi tetap berkesempatan sekali sekala menjenguk laman kawan-kawan yang masih aktif mencoret sesuatu di alam siber ini. Saya akui kesibukan tugas selama ini banyak membataskan penulisan saya. Kesibukan yang teramat sangat!

Alhamdulillah kini, masa yang agak lapang, sistem pun sudah agak stabil dan atas kesempatan itu saya ingin mula kembali menulis walau hanya sepatah dua. Tidak terlewat rasanya untuk saya ucapkan selamat tahun baru 2007 kepada semua pembaca diari saya. Hari sudah 18 Januari 2007.

Kali ni memang saya rasa agak kesunyian apatah lagi anak dan isteri berjauhan dari saya. Isteri kini di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia, Lembah Pantai. Anak yang comel ada di Kedah bersama mak saya. Apa nak buat keadaan memaksa saya mengahntarnya selama dua minggu balik kampung sebelum isteri saya bertugas sebagai guru KPLI-JQAF.

Alhamdulillah, mudah-mudahan lebih selesa sikitlah kehidupan kami anak beranak apatah lagi di tengah tengah kota kosmpolitan yang diulit dengan pelbagai kenaikan yang mencengkam jiwa. Tatkala kapitalis-kapitalis sedang bersorak melihat untung yang membuak, masih ramai marhaen yang tersepit dalam sistem yang begitu berat sebelah. Alhamdulillah saya masih lagi bertahan dengan bantuan rakan-rakan dan saudara mara. Terima kasih semuanya. 

Masuk cerita baby,

Alhamdulillah... Itulah penawar jiwa di samping isteri tercinta. Setelah penat bekerja dan bertarung dengan kehidupan, keletihan dan kelesuan itu bagaikan terubat apabila menatap wajah comel Syasya Hana yang kerap senyum. Syasya memang cukup mudah tersenyum, itulah keistimewaan Syasya. Walid sayang Syasya. Tak lupa juga kepada isteri tercinta, Huda (empat abjad ja namanya) yang memberikan pengorbanan tak berbelah bagi selama ini.

Kini, semuanya tampak agak muram. Balik rumah memang tak ada sesiapa. Dilihat kiri kosong dilihat kanan kosong. Tiada teman berbual. Nak SMS pun kredit dah berkurang. Bukak TV pun bukannya nak tengok sangat cerita. Kalau Berita dan Sukan saya akan ambil peduli. Kalau drama dan rancangan lain, saya agak kurang peduli. Satu satunya drama bersiri yang saya tonton sekarang ialah Soledad di Astro Prima. Itu pun seronok seronok ja nak tengok. Sebelum ni memang terlalu sibuk dengan sistem.

Bulan Disember 2006 merupakan bulan yang amat sibuk. Saya tidak tidur lebih dari 60 jam! Bertungkus lumus menyiapkan dan memastikan sistem berjalan lancar apatah lagi di hospital, ia menjadi amat kritikal kerana nyawa pesakit menjadi keutamaan. Saya Cuma claim sikit sahaja untuk cuti tanpa rekod itu pun sudah mencecah 63 jam! Namun malang tak sempat nak guna pun. Tak apa lah anggaplah ia sebagai satu pengorbanan sempena hari Raya Korban lepas. Hmmm... Raya pun tak berkesempatan nak balik kampung sebab kena stand by pada hari raya. Solat Sunat Hari Raya di Hospital dan kemudian nikmati jamuan di Lobi. Kemudian sambung kembali tugas. Itulah nasib bekerja di hospital walaupun bukan sebagai seorang doktor.

Awal tahun pergi ke Zoo Negara untuk atasi keboringan duduk di rumah. Sambil melawat, sambil terperangkap dalam hujan di Zoo Negara namun ia cukup menenangkan jiwa menyaksikan juga keindahan alam di tengah tengah hutan batu ibu kota.

Apa lagi yang nak saya cerita? Entahlah... Saya ikut ja apa yang bermain dalam kotak fikiran saya ni.

Sebenarnya saya rindukan ketenangan di kampung. Saya rindukan suasana di Kedah dan Penang. Saya terbaca tadi coretan Encik Roy tentang Kota Tinggi yang ditenggelami air bah. Saya teringat bagaimana tenteramnya hidup di kampung. Tidak sehiruk pikuk seperti di sini. Damai. Udaranya cukup nyaman. Apatah lagi pemandangan sawah yang nun saujana mata memandang. Keindahan Gunung Jerai dari lautan sawah padi yang menghijau/kuning cukup mendamaikan jiwa. Sesekali dapat ke Air Terjun mandi manda merasai kedinginan alam. Alangkah tenangnya!

Namun demi mencari sesuap rezeki, terpaksa jua berkelana ke kota batu dan belajar mengikut rentak tanah dipijak. Walaupun dulu saya pernah kata, saya tidak suka kan Kuala Lumpur malah tidak mahu bekerja di Kuala Lumpur tetapi semakin lama menetap di sini semakin istimewa dirasa. Mungkin benar kata orang, tak kenal maka tak cinta. Tetapi hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih elok negeri sendiri apatah lagi tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tanah tumpah darah.

Hehehe... Saya dah mula melalut. Banyak yang saya nak coret tapi rasanya cukuplah setakat ini dahulu. Ada masa saya akan menulis lagi...

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...
 

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004][Arkib 2005][Arkib 2006]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Erniza][Shaukhi]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2005
Provided by
Saiful Azrul Che Lah