Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

23 JANUARI 2007

ASSALAMUALAIKUM...

Tahniah Yeen atas pernikahan Yeen.

Yeen (Maszleen Ramli) merupakan kawan sekelas di MRSM PDRM dulu. Lama tak dengar berita. Tau tau dah nikah dan bertugas di Doha sekarang ni. Cuma kenduri Kahwin ja belum buat.

Saya pulak hari ni sekali lagi meredah traffic jam. Selalunya saya ke pejabat tenang ja, kali ni kena hantar wife dulu baru ke pejabat. Memang tak best nak mengharung traffic jam ni.

Kemudian masuk pejabat, settlekan beberapa kerja dan follow up untuk Singapura. Cari hotel kat sana tengok rate memang pedih perut tengok. Hehehe... Sapa ada info hotel murah kat sana. Dah search Budget Hotel In Singapore dalam google tapi rasa macam mahal jugak. Hehehe...

Petang ambik wife dan kemudiannya pi Pasar malam sebelum tonton Malaysia vs Singapura. Hmmm... Seri 1-1 dan perlawanan memang dikuasai oleh Malaysia. Tugas yang agak sukar di Kallang nanti.

Wife tidur awal, saya pun tidur awal. Letih satu badan...

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...

22 JANUARI 2007

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni tugas agak berat sikit. Kena hantar wife ke Institut Perguruan Lembah Pantai. Malas nak mengharung kesesakan Jalan raya tapi terpaksalah buat seminggu ni. Sampai pejabat jam 7.50 pagi. Cuma sekarang ni tak sesibuk dulu tapi sibuk jugaklah. Nak buat urusan ke Singapura lagi minggu depan. Banyak yang tak settle lagi ni. Aduh tensionnya. Nak kena cari duit lagi untuk tmapung ke sana. Peruntukan tak dapat sepenuhnya lagi. Balik baru dapat. Aduh Letihnya. Nak tak nak terpaksa settlekan Loan di Al-Rajhi bank.

Petang memang balik awal untuk ambil wife. Sangkut dalam hujan pulak. Terpaksa naik kereta. Naik kereta sangkut dalam jam pulak. Hehehe... Bencinya saya dengan traffic jam. Kemudian bergegas untuk latihan badminton yang jadikan saya muntah lima kali dan sakit sakit perut. Hah Stamina dah jatuh teruk!

Malam rehat sambil menonton TV dan kemudian masuk tidur.

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...

21 JANUARI 2007

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni lepas Solat Subuh, pi beli paper dan nasi kerabu. Lepas baca paper rileks sekejap sambil tidur semula. Kemudian tengahari kemaskan rumah, jemur baju dan lain-lain. Rajin jugak hari ni. Memasak dan buat air sekali. Maklumlah wife balik kampung. Terpaksalah buat.

Kemudian tengok Live Badminton Final Terbuka Malaysia Super Series. Fuh! Memang berapi double Malaysia. Tahniah! Nak pi, tiket dah habis lagi pun tengah kering. Hehehe... Tiket Final RM32. Stadium dekat ja dengan rumah.

Malam saya rasa amat tertarik dengan telefilem “Tanah Kubur”. Memang menginsafkan. Memang menarik untuk ditonton. Kita apabila sudah berada di atas muka bumi Allah ini kita seringkali lupa asal usul kita dan tujuan hidup kita. Kita mula melakukan pelbagai perkara yang ditegah. Kita lupa segalanya hanyalah ujian. Ujian buat mengenali sejauh mana ketakwaan kita.

Telefilem ini digarap dengan jalan cerita yang cukup menarik dan cukup berkesan. Sebab itu wujud dalam jiwa rasa keinsafan, rasa kekerdilan diri menonton suatu lakonan yang cukup lumrah dalam dunia nyata.

Akhir sekali destinasi kita tetap satu. Walau bergunung harta, pangkat dan darjat ia tidak mampu membantu kita pada alam yang akan datang. Kita baru di takah pertengahan. Masih banyak yang perlu kita lihat dan renungi. Kalau diulang tayang, saya tak akan rasa jemu menonton. Sayangnya ia buat masa ini hanya ditayangkan di Astro Ria.

Jam 11 pi ambil wife di Hentian Duta sebelum tonton Arsenal vs MU. Memang best! Arsenal menang 2-1. Tidur pun dah jam 2.30 pagi.

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...

20 JANUARI 2007

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni memang khas untuk rehat dan kemas rumah yang macam tongkang pecah. Wife kursus dan balik kampung, jadi macma ni lah. Hehehe... Tapi dapat call untuk ke pejabat kerana untuk pantau sistem yang di’down’kan sementara untuk memberi laluan kepada penyelenggaraan bekalan elektrik. Hmmm... Habis chance nak tengok live Badminton di TV1.

Pi pejabat, network down, apa pun tak boleh buat. Jadi saya ambil kesempatan menulis sedikit. 5.30 petang baru OK dengan bantuan Abang Sharul. Kemudian ke Wad Bersalin untuk bantu pengguna gunakan Sistem. Kemudian sebelum Maghrib balik rumah dan malamnya habiskan masa tengok Bola Kedah lawan Penang. Yea! Kedah menang 2-0!

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...
 

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004][Arkib 2005][Arkib 2006][295][296]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Erniza][Shaukhi]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2005
Provided by
Saiful Azrul Che Lah