Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

31 JANUARI 2007

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni jam 12 tengahari baru cek masuk dalam akaun. Lepas tu buat transfer ke akaun Maybank dari CIMB. Rupanya kalau lepas jam 12 tengahari kena tunggu dua hari bekerja. Esok cuti! Jumaat dah nak pi. Sabtu hari cuti dan Ahad. Hari Isnin baru masuk! Alamak kena minta tangguh bayar yuran la nampaknya. Kemudian call Maybank untuk aktifkan ATM di luar negara selama seminggu.

Petang nak settlekan medical check up wife tapi still tak settle sebab ada maslah dengan urine test. Kena buat lain. Jumaat baru hantaq balik. 

Petang lepas waktu pejabat turun training badminton. Ada sikit taklimat dan kemudian bersurai. Letih betul dan itu yang buatkan saya senang ja lelap. Tapi tengah malam dok layan Syasya yang nak peluk Saya sambil tidur. Manjanya anak Walid ni.

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...

30 JANUARI 2007

ASSALAMUALAIKUM...

Masuk pejabat lepas hantar Syasya dan wife. Kemudian jam 10 ke bank CIMB Taman Maluri untuk depositkan cek. Tiket flight pun dapat hari ni. Cepat jugak settle. Alhamdulillah...Pejabat Imigresen Wangsa Maju untuk ambil passport. Bagi saya pejabat cawangan ni memang cukup mesra layanannya. Depa dok senyum ja layan kita. Tak kiralah laki ka perempuan yang dilayan dan melayan sampaikan kadang kadang rasa macam depa mengorat pulak. Hehehe... Memang mesra staf sini. Inilah contoh bagi perkhidmatan awam yang perlu diikuti oleh kakitangan awam yang lain. 

Jam 2 hantar wife untuk medical check up di Klinik Warga dan X-Ray sekali. Tapi tak sempat siap. Kemudian lepas waktu pejabat, cari makanan untuk berbuka di Pasar malam. Bushro mai sementara nak balik Sungai Bakap malam ni. Lepas Bushro bertolak, baru saya tidoq. Wife dengan Syasya tidoq lagi awai. Penat kot.

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...

29 JANUARI 2007

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni wife mula mengajaq. Saya ambik cuti. Lepas hantaq Syasya dengan wife terus saya sambung tidur sambil dok berehat kat rumah. Baca paper dan keaskan sikit rumah. Petang Cuma berehat di rumah dan kemudian keluar cari barang dapur kat Hero. 

Malam macam biasa, tengok Soledad sambil santai di rumah sebelum tidur.

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...

28 JANUARI 2007

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi, Pak Cik At dengan Irfan mai. Dok sembang sat. Mak masak makan tengahari awal dan kemudian jam 11.30, Kie hantaq pi Shahab Perdana. Thanks.

Bertolak dari Alor Setar jam 12.30 tengahari. Syasya tak meragam sepanjang perjalanan tapi kalau waktu dia berjaga, jenuh la nak pegang. Sampai Hentian Duta jam 7.30 malam. Saya ambik kereta dan bawak wife dengan Syasya balik kira kira jam 9.30 malam baru sampai rumah. 

Bila dah letih mudahlah nak tidoq.

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...

27 JANUARI 2007

ASSALAMUALAIKUM...

Kie mai ambil kat Shahab jam 6 pagi. Tengok Syasya, kesian sebab kena gigit nyamuk. Rumah baru kat sini memang banyak nyamuk. Boh Kelambu pun banyak nyamuk jugak walaupun ubat nyamuk pasang sekali!

Pagi Cuma berehat di rumah. Tengahari pun tak jalan mana sangat. Banyak dok rehat sambil tengok Nana Tanjung kat rumah. Petang pi Souq Al-Bukhary dan sebelum tu singgah MC Tech sat sembang dengan Ariff dan Fahmy. 

Malam tengok bola Malaysia vs Singapore. Ruginya tewas tapi kesian kat Meen. Tak dak luck. Kalah penalti nak buat macam mana. Kemudian terus masuk tidoq.

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...

26 JANUARI 2007

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi hantaq wife kat Institut Perguruan Bahasa Melayu, Lembah Pantai dan kemudian masuk pejabat sekejap sebelum pi buat passport di Wangsa Maju. Sistem off line hampir dua jam. Kemudian pi repair motor sekejap. Tukar minyak hitam dan plug. Lepas settle semua pi ambik wife pula di Institut Perguruan Bahasa. Kena ambik beg sekali. Hari ni hari last di sana.  

Kemudian solat Jumaat di Masjid Zubbair Ibnu Awwam. Masuk pejabat dan waktu petang training badminton di tempat biasa. Malam jam 11 bertolak ke Hentian Duta dan jam 12 bas bergerak ke Alor Setar. Pi nak ambil Syasya. Rindunya dah dua minggu tak jumpa.

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...

25 JANUARI 2007

ASSALAMUALAIKUM...

pagi, hantar wife pi IPBMM. Boringnya nak lalui kesesakan lalu lintas kat sini.Masuk pejabat macam biasa dan waktu rehat tengahari pi tangkap gambaq dan settlekan payment macam macam bil. Banyak melalui online ja Cuma kereta, saya still guna manual. Lepas tu pi Plaza Rakyat beli tiket balik Aloq Setaq. Hari ni hari gaji tapi sat ja dah susut. Hehehe...

Petang lepas office hour ambik wife di Lembah Pantai. Yang boringnya ialah bila Syasya tak dak. Sunyi ja rasa. Tapi privacy sikit untuk saya dan wife. Hehehe...

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...

24 JANUARI 2007

ASSALAMUALAIKUM...

Minggu ni waktu pagi, saya memang kena ulang alik dari Cheras ke Lembah Pantai hantaq wife. Nasib baik tak jauh sangat tapi boring sebab jam. Nasib baik naik motor, tak begitu terasa. Kalau naik kereta, memang lambat la...

Kemudian masuk kerja macam biasa. Lepas waktu pejabat pi ambik wife dan kemudian training. Letihnya badan. La ni memang waktu malam saya tak makan nasi. Makan roti ja sebab badan dah naik banyak sangat. Lagi pun nak kena cari stamina untuk lawan badminton nanti. 

Malam macam biasa tonton rancangan kegemaran saya dan kemudian tidur kira-kira jam 11.30 malam.

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004][Arkib 2005][Arkib 2006][295][296][297]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Erniza][Shaukhi]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2005
Provided by
Saiful Azrul Che Lah