Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

[Laman Utama]  [E-Mail]  [Peta Laman

Townplan


KORPORAT
 
Mengenai Kami
 Fungsi Bahagian
 Struktur Organisasi
 Profail Perjawatan
 Piagam Pelanggan


AKTIVITI
 
Program Tahunan
 MPFN
 Prestasi Perunding
 Laporan Strategik
 Mesyuarat Utama
 Aktiviti Kualiti
 Sebaran Am

 
Berita

LAIN-LAIN
 
Peta Laman
 Kalendar Jabatan
 Cuti Umum 2003
 Cuti Sekolah 2003
 Alamat Email 
 Pelan Lokasi     

  MISI JABATAN........MENJADI 'PUSAT KECEMERLANGAN' DALAM PERKHIDMATAN PERANCANGAN BANDAR & DESA
 


MPFN
Tugas-Tugas Majlis
Tugas-Tugas Terperinci Majlis
Keahlian Majlis
Tatacara Mesyuarat
Urusetia Mesyuarat

 

MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA (MPFN)


Majlis Perancang Fizikal Negara atau MPFN ditubuhkan di bawah peruntukan Seksyen 2A(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Pindaan) 2001 (Akta A1129) sebagai usaha untuk menangani masalah pasaran dalam sektor hartanah yang berpunca daripada ketidakseimbangan kuasa di antara kerajaan pusat dengan kerajaan-kerajaan negeri dan tempatan dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa.  

Majlis ini merupakan Majlis tertinggi yang bertanggungjawab ke atas perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. Tujuan utama Majlis ini diwujudkan ialah menyelaras semua dasar dan aktiviti berkaitan perancangan bandar dan desa bagi memastikan penggunaan sumber dan pembangunan yang lebih seimbang dan lestari.



TUGAS-TUGAS MAJLIS

Tugas-tugas Majlis sepertimana diperuntukkan dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) adalah seperti berikut: -

bullet

Untuk menggalakkan dalam rangka dasar negara, perancangan bandar dan desa sebagai suatu alat yang berkesan dan efisien bagi memperelok persekitaran dari segi fizikal dan ke arah pencapaian suatu pemajuan yang mampan di dalam negara;

bullet

Untuk menasihati Kerajaan Persekutuan atau kerajaan mana-mana Negeri, mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa yang dikehendaki di bawah Akta 172; dan

bullet

Untuk melaksanakan apa-apa tugas lain yang diberikan kepada Majlis di bawah Akta 172

 


TUGAS-TUGAS TERPERINCI MAJLIS

Tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh Majlis secara terperinci adalah seperti berikut: -

bullet

perkara- perkara dasar termasuk menggubal dan meluluskan dasar baru, menyelaras dasar-dasar sedia ada dan menangani isu-isu pelaksanaan dasar yang berkaitan perancangan bandar dan desa;

bullet

perkara- perkara berkaitan Rancangan Fizikal Negara (RFN);

bullet

perkara- perkara berkaitan Rancangan Struktur Negeri (RSN);

bullet

perkara-perkara berkaitan Jawatankuasa Perancang Wilayah

bullet

perkara-perkara yang dirujuk oleh kerajaan negeri termasuk memberi nasihat kepada Jawatankuasa Perancang Negeri berhubung dengan permohonan kebenaran merancang bagi pembangunan baru yang penduduknya melebihi 10,000 atau kawasan melebihi 100 hektar; pemajuan bagi pembinaan infrastruktur/ kemudahan utama; dan, pemajuan melibatkan puncak /lereng bukit dalam kawasan sensitif alam sekitar.

bullet

perkara-perkara yang dirujuk oleh Jawatankuasa / Majlis / agensi

bullet

perkara-perkara berkaitan Akta 172;

bullet

penggubalan Kaedah-Kaedah di bawah Akta 172; dan

bullet

penyediaan Garis Panduan, Piawaian, Peraturan dan lain-lain berkaitan perancangan bandar dan desa.

 


KEAHLIAN MAJLIS

Ahli-ahli Majlis mengikut peruntukan Seksyen 2A, Akta A1129 adalah terdiri daripada: -

bullet

Perdana Menteri – Pengerusi;

bullet

Timbalan Perdana Menteri – Timbalan Pengerusi

bullet

Menteri yang bertanggungjawab bagi perancangan bandar dan desa

bullet

Menteri yang bertanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan

bullet

Menteri Kewangan

bullet

Menteri yang bertanggungjawab bagi tanah

bullet

Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri

bullet

Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan; dan

bullet

tidak lebih daripada tujuh ahli lain yang hendaklah dilantik oleh Pengerusi

 


TATACARA MESYUARAT

Seksyen 2A(5), Akta 172 memperuntukkan supaya Majlis bermesyuarat sekali setiap 4 bulan.

Dalam keadaan di mana Pengerusi tidak dapat mempengerusikan mesyuarat, Timbalan Pengerusi boleh mengambil alih. 

 


URUSETIA MESYUARAT

Seksyen 2B(2), Akta 172 memperuntukkan bahawa Ketua Pengarah Perancang Bandar dan Desa menjadi Setiausaha kepada Majlis.  

Untuk melaksanakan tugas ini, Bahagian BKPPK di Jabatan akan bertindak sebagai urusetia MPFN untuk melakukan kerja-kerja seperti menyelaras kerja-kerja persiapan MPFN, menyediakan dan mengedar minit mesyuarat, menyediakan laporan maklum balas, menyampaikan keputusan mesyuarat kepada agensi yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya dan mewujudkan Sistem Rekod Keputusan Majlis yang berkesan.

 


Kementerian
Perumahan &
Kerajaan Tempatan

    Utusan Malaysia
   
Berita Harian
   
New Straits Times
   
Malay Mail
   
Harian Metro



Cuaca
Bandar-Bandar