Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

[Laman Utama]  [E-Mail]  [Peta Laman

Townplan


KORPORAT
 
Mengenai Kami
 Fungsi Bahagian
 Struktur Organisasi
 Profail Perjawatan
 Piagam Pelanggan


AKTIVITI
 
Program Tahunan
 MPFN
 Prestasi Perunding
 Laporan Strategik
 Mesyuarat Utama
 Aktiviti Kualiti
 Sebaran Am

 
Berita

LAIN-LAIN
 
Peta Laman
 Kalendar Jabatan
 Cuti Umum 2003
 Cuti Sekolah 2003
 Alamat Email 
 Pelan Lokasi     

  MISI JABATAN........MENJADI 'PUSAT KECEMERLANGAN' DALAM PERKHIDMATAN PERANCANGAN BANDAR & DESA
   

Mengurusetia Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara Bil.   01/2003.

Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara yang pertama kali telah diadakan pada 23 Jun 2003 di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Majlis ini merupakan Majlis tertinggi yang bertanggungjawab ke atas pembangunan fizikal di Semenanjung Malaysia dalam menyelaras semua dasar dan aktiviti berkaitan perancangan bandar dan desa bagi memastikan penggunaan sumber dan pembangunan yang lebih seimbang dan lestari.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dan Timbalan Pengerusi adalah Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa, Dato’ Haji Abd. Mutallib bin Jelani menjadi Setiausaha kepada Mesyuarat ini.

Dalam Mesyuarat ini, beberapa perkara telah dibangkitkan dan penyelesaiannya telah dibincangkan. Di antaranya ialah: -

  1. Cadangan Meminda Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) Bagi Memasukkan Elemen Pemuliharaan Bangunan Warisan dan Kawasan Pemuliharaan
  2. Perancangan Guna Tanah bagi Semenanjung Malaysia dan Kemajuan Penyediaan Draf Rancangan Fizikal Negara
  3. Pelaksanaan Program bagi Semenanjung Malaysia dalam Tempoh Rancangan Malaysia ke-8
  4. Program dan Kemajuan Penyediaan Rancangan Struktur Negeri
  5. Projek Incinerator

Bagi membantu Majlis melaksanakan tugas-tugasnya, Jawatankuasa Kerja Majlis Perancang Fizikal Negara telah ditubuhkan. Mekanisma Kawal Selia Pembangunan diwujudkan supaya 3 jenis permohonan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 22(2A) Akta 1129 perlu dirujuk kepada MPFN untuk nasihat sebelum meluluskan kebenaran merancang oleh pihakberkuasa tempatan dna pihakberkuasa negeri.

Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara bagi kali ke-2 dijangkakan akan diadakan pada bulan Oktober 2003.
 

    Mesyuarat MPFN pada
    23 Jun 2003


 

Mengurusetia Mesyuarat Pegawai Kanan Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PKPBDM) ke 17

Mesyuarat Pegawai Kanan Perancang Bandar dan Desa Malaysia ke 17 telah diadakan di Hotel Hyatt Regency, Kuantan, pada 22-24 Mei 2003. Mesyuarat ini menumpukan kepada pembentangan kertas-kertas yang berkaitan dengan penilaian semula dan cadangan untuk meningkatkan output profesionalisme perkhidmatan perancangan bandar dan desa. Di samping itu, ia juga merupakan forum bagi memantap dan memaklumkan perkembangan dalam perkhidmatan perancangan bandar dan desa supaya peranan dan fungsi pegawai perancang bandar dan desa dapat dilaksanakan dengan berkesan. 

Kertas kerja yang dibentangkan adalah berikut: - 

Kertas Kerja 1

:

Tatacara Permohonan Perjawatan

Kertas Kerja 2

:

Perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa Dalam Sektor Awam di Semenanjung Malaysia

Kertas Kerja 3

:

The Planning Services – From The Private Sector Perspectives

Kertas Kerja 4

:

Rancangan Struktur Negeri Pahang “ Isu dan Cabaran”

Kertas Kerja 5

:

Keberkesanan Akta Perancangan Bandar dan Desa

Kertas Kerja 6

:

Managing Organizational Transformation Through Systematic and Strategic Change Management

Mesyuarat Pegawai Kanan Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PKPBDM) ke 17

 

Merai pelawat yang melawat Jabatan 

      Pelawat yang telah mengunjungi Jabatan : -

bullet Delegasi Filipina
bullet Peserta-peserta ‘Training Programme for Perspective Japan International Cooperation Agency (JICA) Experts’
bullet Delegasi Sudan


Pelawat dari Sudan

 


Kementerian
Perumahan &
Kerajaan Tempatan

    Utusan Malaysia
   
Berita Harian
   
New Straits Times
   
Malay Mail
   
Harian Metro



Cuaca
Bandar-Bandar