Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

[Laman Utama]  [E-Mail]  [Peta Laman

Townplan


KORPORAT
 
Mengenai Kami
 Fungsi Bahagian
 Struktur Organisasi
 Profail Perjawatan
 Piagam Pelanggan


AKTIVITI
 
Program Tahunan
 MPFN
 Prestasi Perunding
 Laporan Strategik
 Mesyuarat Utama
 Aktiviti Kualiti
 Sebaran Am

 
Berita

LAIN-LAIN
 
Peta Laman
 Kalendar Jabatan
 Cuti Umum 2003
 Cuti Sekolah 2003
 Alamat Email 
 Pelan Lokasi     

  MISI JABATAN........MENJADI 'PUSAT KECEMERLANGAN' DALAM PERKHIDMATAN PERANCANGAN BANDAR & DESA

 

PELANTIKAN PERUNDING 

Di antara aktiviti utama Bahagian adalah mengurus pelantikan perunding untuk membantu Jabatan dalam menyediakan projek-projek pembangunan. Kerja-kerja urusan pelantikan perunding yang dijalankan merangkumi:

bullet

mengemaskini pengkalan maklumat bagi perunding;

bullet

khidmat nasihat pelantikan perunding;

bullet

pemantauan prestasi perunding; dan

bullet

mesyuarat Jawatankuasa Teknikal/ Kewangan bagi pelantikan perunding.

 

PROSES PENILAIAN PRESTASI PERUNDING

Penilaian prestasi perunding hanya disediakan bagi perunding yang menjalankan kajian rancangan tempatan sahaja. Pada masa kini terdapat 24 firma perunding yang sedang menjalankan 27 kajian rancangan tempatan dan berada dalam berbagai peringkat kajian. Penilaian prestasi perunding adalah satu keperluan yang perlu disediakan mengikut kehendak Prosidur Kualiti ISO 9000 bagi aktiviti rancangan tempatan yang dijalankan oleh Jabatan ini

Penyediaan Laporan Prestasi Perunding

Laporan Prestasi Perunding adalah disediakan oleh Pengurus-pengurus Projek. Tujuan penilaian ini adalah untuk menilai dan memantau prestasi kerja setiap perunding bagi memastikan hasil kerja yang berkualiti diperolehi. Hasil penilaian prestasi ini akan membantu pihak Jabatan mengenalpasti tahap prestasi perunding supaya langkah-langkah pemantauan dapat dijalankan secara berterusan, sekiranya terdapat perunding yang tidak dapat menunjukkan prestasi kerja yang baik dan seterusnya menjejaskan keseluruhan proses penyediaan kajian RT

Penilaian prestasi perunding disediakan bagi setiap peringkat kajian bermula daripada Laporan Awal, Laporan Teknikal, Laporan DRT Awal dan Akhir. Penilaian kualiti hasil kerja dibuat berdasarkan kepada kualiti laporan draf pertama yang disediakan oleh perunding bagi setiap peringkat kajian

Laporan prestasi ini terbahagi kepada dua iaitu:-

1.        Laporan prestasi firma perunding

bullet

Laporan prestasi ini disediakan untuk menilai keupayaan dan kemampuan firma sebagai perunding utama yang mengendalikan penyediaan keseluruhan kajian

2.        Laporan prestasi perunding sektoral

bullet

Laporan prestasi ini disediakan untuk menilai keupayaan dan prestasi perunding individu yang menjalankan kajian sektoral bagi sesuatu rancangan tempatan

Setiap firma dan perunding sektoral dinilai menggunakan laporan prestasi yang mempunyai format yang seragam.  Beberapa kriteria digunakan untuk menilai prestasi perunding dan kriteria-kriteria ini berbeza bagi penilaian prestasi mengikut firma dan prestasi individu perunding sektoral.

Bagi penilaian prestasi mengikut firma, kriteria yang digunakan adalah

bullet

Keupayaan firma (Input professional mencukupi, input sokongan dan kemudahan pejabat/peralatan

bullet

Pengalaman dalam bidang yang berkaitan

bullet

Penyelarasan/penyeliaan kerja

bullet

Kepakaran ketua perunding

bullet

Komitmen/Keupayaan pembentang di mesyuarat

Bagi penilaian prestasi individu perunding sektoral, kriteria yang digunakan adalah

bullet

Kualiti penulisan (Bahasa/Ejaan/Penganalisisan

bullet

Ketepatan maklumat

bullet

Ketulinan

bullet

Persembahan

bullet

Kepakaran (Penganalisisan/Pemahaman Isu/Penyelesaian

bullet

Ketepatan masa

bullet

Komitmen/Kewibawaan/Kehadiran mesyuarat/Perbincangan

Berdasarkan kriteria-kirteria ini, pemarkahan dibuat oleh Pengurus Projek menggunakan borang penilaian prestasi bagi firma dan perunding sektoral.  Penilaian dibuat selepas perunding menyerahkan draf pertama laporan bagi sesuatu peringkat kajian

Borang-borang yang telah diisi dan disahkan oleh Pengarah Zon akan dihantar ke Bahagian Perancangan Korporat untuk dianalisa dan diberi rumusan mengenai tahap prestasi setiap firma perunding dan perunding sektoral bagi kajian-kajian yang mereka jalankan. Bagi perunding yang menjalankan lebih daripada satu kajian, markah purata akan digunakan untuk menentukan prestasi firma atau perunding individu yang berkenaan. Bagi menentukan tahap prestasi firma atau perunding sektoral kriteria yang berikut akan digunakan
(Rujuk Jadual 1.0)

SKALA PEMARKAHAN DAN TAHAP PRESTASI

 
Markah (%)

 
Prestasi

Kategori Firma/ Perunding


Catatan

  

80 - 100

  

Cemerlang


Berwibawa

Kategori A

Prestasi sentiasa melebihi daripada tahap minimum yang telah ditentukan.

  

60 – 79

  

Baik


Berwibawa

Kategori B

Prestasi kerapkali melebihi daripada tahap minimum yang telah ditentukan.

  

40 – 59

  

Sederhana


Berwibawa

Kategori C

Prestasi sentiasa memenuhi tahap minimum yang telah ditentukan.

 
39 dan ke bawah

 

Lemah


Bermasalah

Prestasi kerapkali tidak memenuhi tahap minimum yang telah ditentukan.

Bagi perunding yang mendapat prestasi berwibawa Kategori C dan bermasalah firma atau perunding yang berkenaan biasanya akan disyorkan untuk diletakkan di bawah pemerhatian dan pemantauan yang berterusan oleh Pengurus Projek sehingga kajian selesai

KESIMPULAN

Tahap pencapaian prestasi perunding biasanya akan digunakan sebagai salah satu asas pertimbangan untuk melantik perunding menjalankan kajian-kajian seterusnya samada sebagai firma perunding utama atau sebagai perunding sektoral. Oleh itu diharapkan perunding-perunding perlu berusaha untuk menghasilkan dan mengekalkan satu tahap prestasi kerja yang dapat menghasilkan satu output kajian yang berkualiti dan boleh diterimapakai oleh semua pihak


 

 


Kementerian
Perumahan &
Kerajaan Tempatan

    Utusan Malaysia
   
Berita Harian
   
New Straits Times
   
Malay Mail
   
Harian Metro



Cuaca
Bandar-Bandar