Internet adalah kumpulan atau jaringan dari jaringan komputer yang dahulunya stand alone
kini dapat berhubungaan secara langsung dengan host-host atau komputer yang lainnya.
Dalam erti kata yang lain pula, internet bagaikan sebuah kota elektronik yang sangat
besar dimana setiap penduduk memiliki alamat (internet address) yang digunakan untuk berkirim
surat atau informasi. Sekiranya penduduk itu ingin mengelilingi kota, ia memadai hanya dengan
menggunakan komputer sebagai kenderaan dimana jaringan jalannya bertumpu di atas prasarana atau
lebih tepat lagi media telekomunikasi. Jalur lambatnya menggunakan line telefon telefon dan
jalur cepatnya menggunakan leased line atau ISDN.
Sampai sekarang terdapat lebih dari 30,000 jaringan dengan alamat lebih kurang 30 juta di
seluruh dunia. Ia juga dikenali sebagai ruang maya kerana ia sama dengan perjalanan
hidup seharian kita.
Secara umumnya, multimedia membawa maksud pelbagai media yang biasanya merujuk kepada gabungan
unsur-unsur seperti teks, gambar/imej, warna, bunyi, animasi dan movie. Impaknya dapat dilihat
menerusi penggunaan penyampaian sesuatu bahan dan maklumat yang berpaksikan komputer.
Dengan teknologi ini, keupayaan multimedia telah dapat ditingkaatkan dengan unsur-unsur
berteknologi tinggi serta sistem komunikasi yang canggih. Umpamanya talian telefon telah
diperkaya dan dikaitkan dengan fungsi internet, sidang video dan faksimili - satu perkara yang
tidak pernah terfikir dahulunya terjadi.
Dari sudut komputer, multimedia lebih menjurus kepada penggunaan perkakasan dan aplikasi/sofwer
yang mampu menjana unsur-unsur multimedia seperti Macromedia Authoware, Macromedia Director,
Toolbooks dan sebagainya yang telah menjadi pilihan dalam merencanakan aplikasi multimedia
ini.
|