Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

    

Internet Dan Multimedia

 
 



 

 
 

 

Objektif

Antara tujuan menggunakan internet ialah :

Tidak dapat dinafikan bahawa pendedahan teknologi dan pendapatan tinggi akan menjadi faktor berapa cepat pengguna bersedia menggunakan Internet dan membuat pembelian melalui Internet. Namun begitu faktor lain yang penting ialah motif.

Dewasa ini,kita menggunakan Internet dengan pelbagai tujuan. Antaranya, mungkin ingin mencari hiburan, manakala orang lain pula mungkin sedang mencari maklumat terhadap sesuatu penyakit, dan yang lain mungkin mencari maklumat bagi memenuhi keperluan kertas kerja. Nyatanya banyak lagi sebab persendirian yang menjadi faktor penggunaan Internet.

Perkembangan mendadak dan perkhidmatan komersial menerusi Internet memerlukan pengurusan yang profesional, dan pengurus harus mencari keseimbangan di antara daya kreatif dan kawalan, serta di antara perkembangan hebat dan kestabilan prasarana. Pengurus dan syarikat juga perlu menangani isu-isu seperti kualiti perkhidmatan, kesetiaan pelanggan, dan kos nilai tambah.

Akhir sekali, mereka juga perlu mempastikan bahawa jaringan Internet boleh terus dipercayai dan selamat. Semenjak Internet dibuka kepada penggunaan komersial, perkembangan mendadak telah menjadi bukti untuk dunia perniagaan menemui pengguna. Perniagaan dalam bidang peruncitan, penerbitan, dan hiburan telah memenuhi Internet dan melakukan eksperimen dalam mencari kaedah mencipta imaginasi serta keuntungan daripada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia.

Walaupun pengguna mungkin tidak pernah menggunakan Internet untuk menonton televisyen disebabkan kerana halangan lebar jalur, tetapi mereka menggunakan Internet untuk mencapai maklumat berita, menjalankan pelbagai bentuk pembelian, dan terlibat dalam pelbagai pengalaman maya seperti melawat muzium, tempat peranginan, serta konsert.

Ini dapat dilihat misalnya,melalui pekerjaan. Sesetengah dari kita menggunakan Internet kerana ingin memajukan diri sendiri. Mereka mencari pencapaian, penghargaan, dan kuasa. Optimis berpandukan pekerjaan mendapati Internet adalah alat yang baik untuk digunakan. Mereka menggunakan Internet bagi mendapat maklumat terkini dalam bidang yang diceburi, mendapat kelebihan dalam perniagaan dan mengukuhkan kepimpinan.

| Halaman Utama | | Biodata | | E-mail |
© 2003 Bie Amierr. All rights reserved.