Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Kesusasteraan Melayu STPM
Novel -Empangan

Oleh : Salleh Long - SMKTAM 

PERSOALAN (Nota Ringkas)

 1. Perbalahan antara suku

-perbalahan antara suku Batu Belang dengan suku-suku yang lain.
-perbalahan akibat dendam Nira Hitam terhadap J.
-Nira Hitam berasa kehadiran J di Kampung Paya mengancam kedudukannya dan mungkin akan menggagalkan rancangannya.
-penduduk berlainan suku tidak bertegur sapa
-mewujudkan dua buah masjid yang berbeza untuk bersembahyang jemaah.
-percubaan untuk menggagalkan perkahwinan J
-pemilihan yang tidak adil bagi permohonan untuk menjadi ahli syarikat SKKP.
-perbalahan antara J dengan Daun Nadim
-J diracun
-hanya suku Batu Belang yang menghadiri majlis perkahwinan J sedangkan suku-suku lain pergi berkelah pada hari tersebut sebagai alasan.
-perhubungan dua sahabat karib, J dan Daun Nadim juga menjadi renggang akibat sikap Daun Nadim yang beranggapan dia tidak akan memperolehi apa-apa keuntungan dengan menyebelahi J oleh itu dia memihak kepada Nira Hitam dan mendapat banyak faedah termasuklah memiliki sebuah kereta, rumah, dan memiliki saham dalam syarikat SKKP.

2. Pelaksanaan projek pembangunan yang tidak terancang

-projek yang dijalankan tidak sesuai dengan masa (musim) dan tempat
-projek dilaksanakan dalam musim hujan, mengakibatkan bahan-bahan binaan yang digunakan tidak kukuh.
-projek yang dijalankan lebih banyak mendatangkan keburukan dan tidak memberikan faedah kepada penduduk kampung.
-projek tidak mengambil kira masalah alam sekitar dan keselamatan penduduk.

3. Pemusnahan alam sekitar dan hidupan liar
- keindahan desa tercemar akibat projek yang dilaksanakan termasuk kemusnahan kebun dan dusun milik penduduk tempatan
-banyak haiwan liar hilang tempat tinggal lalu merayau ke dalam kampung
- kawasan lembah menerima bencana banjir akibat empangan yang pecah
-tindakan merobohkan masjid mungkin menghilangkan kesan-kesan yang bernilai sejarah
-projek pembinaan mengakibatkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman hidupan liar
-secara umumnya, kemusnahan sebuah kampung juga akan mengakibatkan orang Melayu kehilangan identiti. Ini kerana memang identiti masyarakat Melayu itu sentiasa dikaitkan dengan kampung.

4. Sikap manusia yang mementingkan diri sendiri
- Nira Hitam mementingkan dirinya sendiri untuk mengaut keuntungan yang lumayan
- Datuk Endut Bondorang juga tidak menunjukkan sikap mengutamakan penduduk desa dan membiarkan Nira Hitam menjalankan aktivitinya sesuka hati.
- Datuk Endut Bondorang tidak mahu menonjolkan dirinya ketika pembukaan rasmi dan
 tidak hadir dalam upacara penyerahan anak kunci rumah.

5. Penindasan
-amalan atau sistem pemerintahan yang dijalankan oleh Nira Hitam menampakkan unsur penindasan
-mengambil kesempatan untuk merampas tanah penduduk desa secara lembut dan menipu.
-tidak memikirkan manfaat bagi penduduk desa ketika menjalankan projek
-penduduk di sekitar kawasan pembinaan tidak dibenarkan menjalankan aktiviti mereka di kawasan tersebut
-tidak berlaku adil ketika menjatuhkan hukuman terhadap Badak yang merompak wang hantaran J
-menindas kaum suku Batu Belang kerana tidak membenarkan mereka menyertai SKKP sebagai ahli
-membeli tanah yang diusahakan oleh penduduk desa dan menjual semula dengan harga yang lebih tinggi

6. Penentangan terhadap kekejaman
-J menentang Nira Hitam kerana dianggap kejam
-ketua suku Batu Belang menunjukkan protes terhadap Nira Hitam dalam majlis penyerahan anak kunci rumah kerana menganggap pemilihan itu tidak adil dan ada unsur penindasan serta pilih kasih. J melihat pembangunan yang dilakukan di Kampung Paya seolah-olah menenggelamkan kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang terbabit terutamanya Nira Hitam. J ingin membetulkan keadaan itu. Oleh itu persoalan ini telah mengubah perwatakan J daripada seorang ‘orang luar yang pasif’ kepada ‘orang dalam yang aktif’.

7. Adab resam dan falsafah masyarakat Melayu
-masih menggunakan pantun dalam adat merisik
-beberapa falsafah hidup yang disampaikan oleh J
- beberapa peristiwa penting seperti adat peminangan, perkahwinan, dan Adat Pepatih.
 
8. Pelaksanaan undang-undang mengikut adat

9. Pengaruh orang yang berpengaruh

10. Pengaruh terhadap cerita warisan terhadap masyarakat setempat.


    Sinopsis   Watak    Tema    Persoalan    Gambaran    Teknik    Plot    Soalan

 
NOVEL
CERPEN
SAJAK
DRAMA

HOME