Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Kesusasteraan Melayu STPM
Novel -Empangan

Oleh : Salleh Long - SMKTAM 

TEKNIK PENULISAN

TEKNIK PENULISAN/PENCERITAAN/ NARATIF – EMPANGAN

1. Penggunaan Dialog.
Dikemukakan untuk perbualan antara 2 watak atau lebih.
-terdapat juga dialog pendek yang tidak bersesuaian dengan latar belakang pendidian watak J. ini kerana dialog tersebut kelihatan berasahaja dan dialek Negeri 9 yang digunakan itu meletakkan J sama taraf dengan watak2 lain  kecuali isi percakapannya yang menampakkan sikap keintelektualan beliau.

2. Penggunaan monolog
Terdapat beberapa monolog yang digunakan oleh pengarang.Misalnya J pernah berbisik kepada dirinya sendiri dengan berkata “padan muka”, yang ditujukan kepada Nira Hitam dalam peristiwa perbicaraan J dengan Badak.
Kesannya: penulis berjaya memberikan fokus atau tumpuan kepada pembaca terhadap watak-watak yang tertentu dalam masa tertentu.

3. Penggunaan Pemerian
Jika dibandingkan dengan teknik dialog dan monolog, teknik pemerianlah yang paling kerap digunakan oleh pengarang.
Kesan: Penggunaan teknik ini menyebabkan pembacaan pembaca menjadi lancar tanpa tersekat-sekat. Pembaca berasa seolah-olah sedang mendengar sebuah cerita secara terus daripada pengarangnya.

4. Penggunaan surat kiriman dan laporan akhbar
Teknik ini juga digunakan untuk memberikan gambaran yang terperinci mengenai isi kandungan surat yang ditulis oleh J. Misalnya surat yang ditulisnya kepada DEB (ms 199) untuk menyampaikan berita kepulangannya, ucapan terima kasih kerana membantunya belajar, dan sedikit sebanyak tentang keadaan yang berlaku di Kg Paya. Sementara itu, dipaparkan juga petikan rencana atau artikel yang ditulis oleh J dalam sebuah jurnal di KL. Artikel itu menyentuh persoalan kebaikan dan keburukan projek2 pembangunan di Kg Paya.

Kesan: pembaca seolah-olah membaca surat atau artikel itu secara “first-hand”.

5. Unsur Suspens (Ketegangan)

Contoh:
-mimpi J – sama ada akan menjadi kenyataan atay tidak
-peristiwa percubaan untuk mencuri kereta J, - sama ada akan berjaya atau tidak.
- watak DEB – pembaca tertanya-tanya siapa beliau yang sebenarnya.
- Projek empangan – sama ada benar-benar akan menjadi kenyataan atau tidak.
- Peristiwa J termakan tapai beracun, sama ada dia akan selamat atau tidak

Kesannya: menimbulkan keinginan kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan bagi mengetahui kesudahan peristiwa.

6. Flash back /Imbas Kembali
Contoh:
- J mengingat kembali cerita warisan yang berkaitan dengan datuk neneknya.
- - kenangan J tentang perkenalannya dengan Kathy Harrison ketika J bekerja sambilan sebagai pemandu teksi ketika menuntut di Havard.
- Kenangan DDBiduanda tentang keadaan kampung sebelum projek pembangunan dilaksanakan. Sebelum itu mereka boleh berburu dan bercucuk tanam tanpa gangguan dan masalah.

Kesan: penggunaan unsur flash-back yuang agak banyak menimbulkan kesan tersekat-sekat dan mengganggu tumpuan pembacaan pembaca serta kelancaran jalan cerita.

7. Imbas Muka
Contoh:
Mimpi J memberikan sedikit gambaran tentang peristiwa yang bakal terjadi – banjir.
-terdapat juga imbas muka melalui dialog misalnya pantun yang dinyanyikan dalam majlis perkahwinan J:

Ada pihak sukakan ayam
Curi ulam di kebun orang
Pesaka ibu akan tenggelam
Banjir besar melanda garang


    Sinopsis   Watak    Tema    Persoalan    Gambaran    Teknik    Plot    Soalan

 
NOVEL
CERPEN
SAJAK
DRAMA