Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

I

AKTA BENDAPURBA  I  JUMPAAN DAN HAK KEPUNYAAN MENGENAI BENDAPURBA  I  PENGGALIAN  I  MONUMEN LAMA DAN TAPAKTANAH BERSEJARAH I  RIZAB KAJIPURBA  I  PENGEKSPOTAN BENDAPURBA DAN BENDA BERSEJARAH  I  KUASA KETUA PENGARAH  I  PENALTI  I  PELBAGAI KAEDAH-KAEDAH DAN PEMANSUHAN 

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 168

AKTA BENDAPURBA, 1976


Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi mengawal, memelihara dan menyelidik monumen-monumen lama dan bersejarah, tapaktanah-tapaktanah dan bekas-bekas kajipurba, bendapurba-bendapurba dan benda-benda bersejarah dan untuk mengatur urusan mengenai bendapurba-bendapurba dan benda-benda bersejarah dan pengekspotannya dan bagi perkara-perkara yang berkenaan dengannya.
[ ]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut :-

BAHAGIAN I
PERMULAAN

Tajuk  ringkas dan pemakaian

 

Tafsiran

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

62 / 67

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

62 / 67

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hak kepunyaan mengenai bendapurba

 

 

 

 

 

 

 

Laporan jumpaan bendapurba atau monumen lama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pampasan bagi bendapurba tertentu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pembahagian bendapurba

 

 

 

 

 

 

Jualan atau perlupusan bendapurba dan benda bersejarah

 

 

 

 

 

 

Pertikaian mengenai pampasan atau pembahagian

 

 

 

 

 

Tiada Sesuatu penggalian boleh dijalankan kecuali di bawah lesen.

 

Permohonan bagi mendapatkan lesen untuk menjalankan penggalian.

 

 

 

 

 

Meluluskan atau menolak permohonan bagi mendapatkan lesen untuk menjalankan penggalian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Had-had dan syarat-syarat lesen

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perlanjutan tempoh dan pembatalan lesen.

 

 

 

 

Kecualian bagi hak-hak sendirian dan imuniti bagi kerajaan

 

 

 

 

 

Pengisytiharan dan jadual monumen lama dan tapaktanah bersejarah

 

 

 

 

 

Perbuatan-perbuatan yang dilarang berkenaan dengan monumen lama dan tapaktanah bersejarah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penjagaan monumen lama dan tapaktanah bersejarah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pemeriksaan monumen lama dan tapaktanah bersejarah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengisytiharan rizab kajipurba

 

 

Pencerubuhan dll. ke atas rizab kajipurba.

 

 

 

 

 

 

 

Larangan mengekspot kecuali apabila diberi lesen.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mengemukakan lesen.

Larangan mengekspot benda bersejarah.

 

 

 

 

Rayuan.

 

 

Pengambilan bendapurba atau benda bersejarah yang hendak dieksport.

 

 

 

 

 

 

 

Kuasa ketua Pengarah untuk memeriksa sesuatu bendapurba untuk meminta maklumat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mewakilkan kuasa.

 

 

 

Penalti-penalti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pendakwaan.

 

Lucuthak tuntutan dan kepentingan mengenai bendapurba atau benda bersejarah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kuasa untuk menjual bendapurba dan benda bersejarah.

 

Peminjaman bendapurba dan benda bersejarah.

 

 

 

 

 

 

Peniaga-peniaga

 

Kaedah-kaedah

 

 

 

 

 

Pemansuhan dan kecualian

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bendapurba, 1976 dan hendaklah dipakai hanya bagi Malaysia Barat.   

2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain-

" benda bersejarah " ertinya sesuatu benda buatan atau lain-lain benda yang ada kaitannya dengan kepentingan ugama, tradisi, seni atau sejarah dan termasuklah sesuatu-

(a) bahan turunan bangsa seperti alat rumahtangga atau pertanian, barang perhiasan, pakaian perhiasan;

(b) karya seni seperti ukiran, arca, catan, binaan, tenunan, alat muzik, senjata dan sesuatu kerja tangan.

(c) manuskrip, duit, wang kertas, pingat, lencana, insigma, jata, panji-panji, senjata perang dan perisai;

AKTA 168

" bendapurba " ertinya-

(a) sesuatu benda alih atau takalih atau sesuatu bahagian daripada tanah atau dasar sungai, tasik atau laut, yang telah dibina, dibentuk, diterakan, didirikan, digali atau dikeluarkan atau diubahsuai secara lain dengan dayausaha manusia dan yang dipercayai atau munasabah dipercayai berumur sekurang-kurangnya seratus tahun;

(b) sesuatu bahagian daripada mana-mana benda itu iaitu bahagian yang pada sesuatu tarikh terkemudiannya telah ditambah pada benda itu atau dibina semula atau dipulihkan;

(c) sesuatu bahagian mayat manusia, pokok atau bangkai binatang yang dipercayai atau munasabah dipercayai berumur sekurang-kurangnya seratus tahun; dan

(d) sesuatu benda berapa jua umurnya yang diisytiharkan oleh Ketua Pengarah melalui pemberitahu dalam Warta sebagai bendapurba;

" eskport " dengan perubahan-perubahan dari segi tatabahasa dan perbahasaaan-perbahasaan seasalnya ertinya membawa atau menyebabkan dibawa ke luar Malaysia Barat, dengan jalan darat, laut atau udara atau menempatkan apa-apa barang dalam sesuatu vesel, pengangkutan atau kapalterbang bagi maksud barang itu dibawa ke luar Malaysia Barat dengan jalan darat, laut atau udara;

" Kerajaan " ertinya Kerajaan Persekutuan;

" Ketua Pengarah " ertinya Ketua Pengarah Muzium-Muzium Malaysia;

" Lapanganterbang Kastam " dan " Pelabuhan Kastam " mempunyai erti sama dengan yang ditetapkan baginya dalam Akta Kastam, 1976;

" Menteri " ertinya Menteri yang bertanggungjawab atas muzium-muzium;

" Monumen " ertinya sesuatu rumah berhala, gereja, bangunan, monumen, port, kerja-tanah, batu berdiri, keramat, gua atau sesuatu yang dibina, didirikan atau digali, dan sesuatu kubur, batas kubur atau lain-lain dan sedemikian jenisnya atau sesuatu bahagian daripadanya atau bekasnya, yang dipelihara bagi kepentingan awam, oleh sebab ada kaitannya dengan kepentingan ugama, sejarah, tradisi atau kajipurba, dan termasuk tapaktanah sesuatu monumen dan bahagian-bahagian tanah

AKTA 168

yang bersambungan dengan tapaktanah itu yang mungkin dikehendaki untuk memagari atau melengkongi atau memelihara secara lain sesuatu monumen dan untuk jalan masuk ke monumen itu;

" Monumen lama " ertinya sesuatu monumen dalam Malaysia Barat yang dipercayai atau menasabah dipercayai berumur sekurang-kurangnya seratus tahun atau yang diisytiharkan mengikut seksyen 15 sebagai monumen lama;

" Pegawai Daerah " berhubung dengan mana-mana kawasan yang termasuk dalam sesuatu perbandaran termasuklah Setiausaha Perbandaran itu dan perkataan " Daerah " hendaklah disifatkan sebagai termasuk sebutan kawasan itu jika sesuai;

" Pegawai Kastam yang hak " mempunyai erti yang ditetapkan baginya dalam Akta Kastam, 1967;

"Pemunya " berhubung dengan sesuatu tanah, ertinya pemunya berdaftar atau pemegang mengikut pemegangan disisi adat;

" Penduduk " termasuklah orang yang bercucuk tanam pada sesuatu tanah atau yang sebenarnya memiliknya, mengurus atau mengawalnya, dan termasuklah mana-mana orang yang memiliki atau mengawal sesuatu harta alih;

" Tapaktanah Bersejarah " ertinya tapaktanah yang telah diisytiharkan mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 15 sebagai tapaktanah bersejarah.

(2) Bagi maksud membuat keputusan samada sesuatu benda adalah bendapurba atau bukan atau benda bersejarah atau bukan, Ketua Pengarah boleh memeriksanya dan boleh meminta pendapat pakar megenainya.

(3) Sesuatu perakuan yang dibuat oleh Ketua Pengarah memeperakui sesuatu benda itu adalah bendapurba atau benda bersejarah, atau memperakui ia berpuashati yang sesuatu bendapurba atau sesuatu benda bersejarah itu adalah atau akan menjadi mustahak atau penting secara berkekalan kepada negara, adalah muktamad.                          KE ATAS

 

AKTA 168

BAHAGIAN II

JUMPAAN, DAN HAK KEPUNYAAN MENGENAI

BENDAPURBA

3. (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan akta ini, tiap-tiap bendapurba yang dijumpai dalam Malaysia Barat pada atau selepas tarikh mula berkuatkuasa Akta ini hendaklah menjadi harta mutlak Kerajaan.

(2) Tiap-tiap monumen lama yang pada tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini tidak dipunyai oleh mana-mana orang atau yang kuasa mengawalnya tidak terletak hak pada seseorang sebagai peemgang amanah atau pengurus, hendaklah disifatkan sebagai harta mutlak Kerajaan.

(3) Semua bendapurba yang belum dijumpai (kecuali monumen-monumen lama), samada yang terletak di atas atau tersembunyi di bawah permukaan tanah atau tasik atau terletak atau tersembunyi dalam laut, hendaklah disifatkan sebagai harta mutlak Kerajaan.

(4) Dalam sesuatu langkah pembicaraan di sisi undang-undang berhubung dengan bendapurba hendaklah dianggapkan bahawa benda itu telah dijumpai selepas tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini sehingga dibuktikan sebaliknya.

4. (1) Seseorang yang menjumpai sesuatu benda atau monumen yang ia ada sebab mempercayai adalah benda purba atau monumen lama hendaklah dengan serta merta melaporkan jumpaanya itu kepada Penghulu atau Penggawa bagi kawasan dalam mana bendapurba itu dijumpai atau kepada Pegawai Daerah bagi Daerah dalam mana bendapurba itu dijumpai, dan jika praktik, hendaklah menyerahkan bendapurba itu kepada Pegawai Daerah, dan Pegawai Daerah hendaklah memberi resit baginya.

(2) Penghulu atau Penggawa yang menerima laporan di bawah seksyen kecil (1) hendaklah memebritahu Pegawai Daerah bagi Daerah dalam mana bendapurba itu dijumpai.

(3) Jika Pegawai Daerah ada sebab mempercayai bahawa sesuatu benda yang dijumpai dalam Daerahnya adalah bendapurba ia boleh dengan notis secara bertulis menghendaki orang yang memiliki benda itu, jika praktik, dengan serta merta menyerahkannya kepadanya, dan pegawai Daerah itu apabila menerima benda itu hendaklah memberi resit baginya.

BENDAPURBA

(4) Seseorang Pegawai Daerah yang menerima laporan di bawah seksyen-kecil (1) hendaklah menyampaikan laporan itu kepada Ketua Pengarah.

(5) Jika sesuatu benda telah diserahkan kepada seseorang Pegawai Daerah di bawah seksyen kecil (1) atau (3) atu jika seseorang Pegawai Daerah ada sebab mempercayai bahawa sesuatu benda atau monumen yang dijumpai dalam Daerahnya adalah bendapurba atau monumen lama, ia hendaklah memberi laporan mengenainya kepada Ketua Pengarah.

5. (1) Apabila sesuatu bendapurba dijumpai, Ketua Pengarah adalah berhak untuk menjaga dan memiliki bendapurba itu bagai pihak Kerajaan dan adalah bertanggungjawab merekodnya, merawatnya untuk dipelihara dan melupuskannya secara muktamad.

(2) Dalam mana-mana hal Ketua Pengarah boleh membuat keputusan tidak hendak menyimpan bendapurba itu, dan bendapurba itu hendaklah kemudiannya dikembalikan kepada orang yang menyerahkan milik atasnya itu kepada Pegawai Daerah dan oleh itu hak kepunyaan mengenai bendapurba itu hendaklah disifatkan sebagai telah dipindahmilik kepada orang yang sepatutnya mempunyai bendapurba itu jika seksyen 3 tidak diperbuat undang-undang.

(3) Apabila sesuatu bendapurba disimpan oleh Ketua Pengarah atau jika pada pendapat Ketua Pengarah bendapurba itu patut dipelihara ditempat ia dijumpai, maka hendaklah dibayar oleh Ketua Pengarah pampasan-pampasan yang berpatutan kepada-

(a) orang yang menjumpainya; dan

(b) pemunya-pemunya tanah dalam atau atas mana bendapurba itu telah dijumpai, jika tanah itu bukan tanah Kerajaan Negeri atau tanah Kerajaan Persekutuan;

Dengan syarat bahawa tiada sesuatu pembayaran tersebut di atas boleh dibuat kepada orang yang menjumpai sesuatu bendapurba jika orang yang menjumpai itu telah tidak melaporkan penjumpaan bendapurba itu mengikut seksyen 4.

AKTA 168

6. (1) Walau apa jua peruntukan seksyen-seksyen 3 dan 5 Ketua Pengarah bagi pihak Kerajaan boleh membuat perjanjian secara bertulis dengan mana-mana orang yang sepatutnya di bawah seksyen 5 berhak mendapat pampasan bagi bendapurba itu, supaya orang itu boleh menerima dariapda Ketua Pengarah, sebagai ganti pampasan itu, suatu bahagian bendapurba itu yang ditetapkan mengikut car ayang diperuntukkan dalam perjanjian tersebut.

(2) Tiap-tiap perjanjian di bawah seksyen-kecil (1) hendaklah berkuatkuasa walau apa jua peruntukan dalam seksyen 5.

Dengan syarat bahawa jika orang yang menjumpai sesuatu bendapurba tidak melaporkan jumpaan bendapurba itu mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 4 ia tidaklah berhak menerima apa-apa bahagian bendapurba itu di bawah sesuatu perjanjian itu.

7. (1) Pengarah boleh dengan notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang yang memiliki atau berhak secara sah di sisi undang-undang menjual atau melupuskan sesuatu bendapurba atau benda bersejarah yang Ketua Pengarah berpuashati adalah atau akan menjadi mustahak, atau penting secara berkekalan kepada negara supaya jangan menjual atau secara lain melupuskan bendapurba atau benda bersejarah itu tanpa memberi notis secara bertulis kepadanya mengenai sesuatu transaksi yang dicadangkan itu.

(2) Tiada seseorang boleh menjual atau secara lain melupuskan sesuatu bendapurba atau benda bersejarah yang berkenaan dengan notis di bawah seksyen-kecil (1) telah diberi sehingga tamat tempoh sembilan puluh hari selepas diberi oleh orang itu notis mengenai tujuannya hendak menjual atau secara lain melupuskan bendapurba atau benda bersejarah itu dan dalam tempoh itu adalah sah di sisi undang-undang bagi Ketua Pengarah membeli bendapurba atau benda bersejarah itu dengan harga yang berpatutan walau apa jua perjanjian yang telah dibuat oleh pemunya itu dengan seorang lain.

8. Jika ada sesuatu pertikaian antara Ketua Pengarah dengan seseorang mengenai pampasan yang berpatutan bagi sesuatu bendapurba atau benda bersejarah atau mengenai pembahagian sesuatu bendapurba mengikut syarat-syarat perjanjian di bawah seksyen 6, pertikaian itu hendaklah diserahkan kepad Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad.  KE ATAS

BENDAPURBA

BAHAGIAN III

PENGGALIAN

9. 9. Tertakluk kepada peruntukan yang disebutkan kemudian daripada ini, tiada seseorang boleh menjalankan penggalian dengan tujuan hendak menjumpai bendapurba, samada atas tanah yang ia adalah pemunyanya atau penduduknya atau selainnya, kecuali di bawah kuasa lesen yang diberi oleh Ketua Pengarah.

10. 10. Tiap-tiap permohonan bagi mendapatkan lesen untuk menjalankan penggalia hendaklah-

(a) dibuat kepada Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan; dan

(b) mengandungi dengan sepenuhnya dan tepatnya perihal tanah atas mana penggalian itu dicadang hendak dijalankan, tujuan, jenis dan luasnya penggal;ian yang dicadang hendak dijalankan itu dan butir-butir lainyang ditetapkan.

11. Ketua Pengarah boleh mengikut budibicaranya meluluskan atau menolak sesuatu permohonan bagi mendapatkan lesen untuk menjalankan penggalian:

Dengan syarat bahawa tiada sesuatu lesen itu boleh diberi melainkan jika Ketua Pengarah, selepas membuat siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, berpuashati-

(a) Bahawa pemunya tanah di mana penggalian yang dicadang hendak dijalankan itu telah mengizinkan penggalian itu dijalankan; dan

(b) bahawa penggalian yang dicadang hendak dijalankan itu tidak akan menyebabkan apa-apa kerosakan atau gangguan kepada orang-orang yang tinggal berhampiran dengan tanah itu, atau kepada sesuatu temapt yang digunakan untuk maksud-maksud keugamaan, atau kepada sesuatu perkuburan, sekolah, punca atau bekalan air, kerja pengairan atau pemaritan atau jalan awam, atau bahawa jika sesuatu kerosakan itu mungkin disebabkan peruntukan yang mencukupi telah dibuat oleh pemohon bagi membayar pampasan bagi kerosakan itu; dan

(c) bahawa pemohon boleh memberi jaminan untuk ia mematuhi dengan sewajarnya akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, dan mana-mana syarat yang tertakluk kepadanya lesen itu dikeluarkan.

AKTA 168

12. (1) Sesuatu lesen yang diberi di bawah seksyen 11 hendaklah sah bagi sesuatu tempoh ( tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 13 ) dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalamnya.

(2) Selain daripada syarat-syarat yang ditetapkan secara am atau dinyatakan bagi sesuatu hal tertentu, tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 11 hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a) pemegang lesen itu hendaklah mengambil segala langkah yang berpatutan untuk memelihara bendapurba yang dijumpai olehnya;

(b) pemegang lesen itu hendaklah menjalankan penggalian itu secara saintifik dan dengan memuaskan hati Ketua Pengarah;

(c) pemegang lesen itu hendaklah menyimpan rekod semua bendapurba yang dijumpai dalam masa penggalian itu dijalankan;

(d) pemegang lesen itu hendaklah, dalam tempoh yang berpatutan, menyimpan pada Ketua Pengarah mana-mana foto, tuangan, perasan atau lain-lain keluaran semula bendapurba yang diuntukkan kepadanya mengikut seksyen 6 sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

(e) pemegang lesen itu hendaklah memberi mana-mana pelan dan foto penggaliannya itu yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

(3) Foto, tuangan, perasan, keluaran semula atau pelan itu hendaklah disimpan oleh Ketua Pengarah dan jika ada muzium dalam Negeri dalam mana bendapurba itu dijumpai satu salinan hendaklah disimpan dalam muzium itu.

13. (1) Tempoh sesuatu lesen untuk menjalankan penggalian boleh, apabila tamat, dilanjutkan lagi oleh Ketua Pengarah selama tempoh atau tempoh-tempoh yang difikirkannya patut.

(2) Sesuatu lesen untuk menjalankan penggalian boleh, pada bila-bila masa sebelum tamat tempohnya, dibatalkan oleh Ketua Pengarah dan pemegangnya tidaklah berhak menuntut pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggunginya atau dikatakan telah ditanggunginya oleh sebab pembatalan itu.

BENDAPURBA

14. (1) Tiada apa jua peruntukan yang terkandung dalam Bahagian ini boleh disifatkan sebagai memberikuasa untuk melanggar sesuatu hak sendiurian atau melanggar mana-mana undang-undang bertulis.

(2) Ketua Pengarah, Kerajaan atau Kerajaan sesuatu Negeri tidaklah bertanggungan atas sesuatu kerugian yang ditanggungi oleh seseorang atau atas sesuatu kerosakan yang disebabkan pada seseorang dalam masa atau sebagai akibat sesuatu penggalian yang dijalankan di bawah kuasa lesen yang diberi di bawah Bahagian ini, oleh sebab semata-mata lesen itu diberi.                                                                                                  KE ATAS

BAHAGIAN IV

MONUMEN LAMA DAN TAPAKTANAH BERSEJARAH

15. (1) Menteri boleh dengan perintah mengisytiharkan sesuatu monumen sebagai monumen lama dan sesuatu tapaktanah sebagai tapaktanah bersejarah dan boleh menentukan kawasan-kawasan monumen atau tapaktanah itu:

Dengan syarat bahawa jika monumen atau tapaktanah itu terletak dalam sesuatu Negeri, persetujuan Pihakberkuasa Negeri hendaklah didapati dahulu.

(2) Ketua Pengarah boleh, dengan kelulusan Menteri, menyiarkan dalam Warta suatu jadual monumen lama dan tapaktanah bersejarah bersama dengan kawasannya dan bolah dari semasa ke semasa, dengan kelulusan sedemikian juga, menambah kepada atau meminda jadual itu.

16. Tanpa kebenaran secara bertulis Ketua Pengarah selepas ia berunding dengan Menteri, dan tanpa mematuhi syarat-syarat yang boleh dikenakan olehnya pada memberi kebenaran itu, tiada seseorang boleh-

(a) menggali tanah, menjalankan penggalian, mendirikan binaan, menanam pokok, melombong batu, membuat taliair, membakar kapur atau menjalankan kerja-kerja seumpamanya atau menempatkan tanah atau sampah atas atau berhampiran dengan monumen lama atau tapaktanah bersejarah yang termasuk dalam jadual yang disiarkan mengikut seksyen 15, sebagaimana yang ditambah atau dipinda dari semasa ke semasa, atau menubuhkan atau memperluaskan perkuburan atas tapaktanah bersejarah yang dimasukkan sedemikian; atau

(b) merobohkan sesuatu monumen lama atau mengganggu, menggalang, mengubahsuai, menandakan, meruntuhkan atau memindahkan sesuatu monumen itu atau mana-mana bahagian daripadanya; atau

(c) membuat perubahan, tambahan atau pembaikan kepada sesuatu monumen lama; atau

(d) mendirikan bangunan-bangunan atau dinding-dinding bersempadankan sesuatu monumen lama.

17. Jika sesuatu monumen lama atau tapaktanah bersejarah adalah bertempat di atas harta sendirian, Ketua Pengarah boleh selepas berunding dengna Kerajaan Negeri dalam mana monumen lama atau tapaktanah bersejarah itu bertempat-

(a) membuat perkiraan dengan pemunya atau penduduk harta itu bagi monumen lama atau tapak-tapak bersejarah itu dipeliharakan, diperiksa dan disenggara dan bagi maksud-maksud itu membuat suatu sumbangan untuk membayar kos menjalankan apa-apa kerja pembaikan atau pemeliharaan yang difikirkannya perlu dan yang sanggup dijalankan oleh pemunya atau penduduk itu:

Dengan syarat bahawa jika sumbangan untuk membayar kos menjalankan kerja-kerja itu dibuat, kerja-kerja itu hendaklah dijalankan mengikut arahan-arahan yang diberi oleh Ketua Pengarah;

(b) membeli atau memajak tapaktanah itu dengan triti sendirian atau mengambil tapaktanah itu mengikut peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pengambilan tanah bagi maksud awam yang pada masa itu berkuatkuasa; atau

(c) mengenai monumen lama memindahkan keseluruhannya atau mana-mana bahagian daripadanya dengan memperbaiki apa-apa kerosakan yang dilakukan kepada tapaktanah atau kepada bangunan-bangunan atas tapaktanah itu oleh sebab pemindahan itu dan membayar pampasan baginya:

Dengan syarat bahawa amaun pampasan itu hendaklah ditetapkan dengan perjanjian atau jika timbul pertikaian, pertikaian itu hendkalah diserahkan kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad.

18. (1) Pemunya atau penduduk monumen lama atau tapaktanah bersejarah hendaklah pada setiap masa yang berpatutan membenarkan Ketua Pengarah atau mana-mana orang atau pegawai yang diberikuasa olehnya secara am atau secara khas untuk memasuki tapaktanah itu untuk melakukan pemeriksaan atau untuk menjalankan apa-apa kajian atau kerja yang perlu bagi memulihkan, memperbaiki, mengubah, menyenggara atau memelihara monumen lama atau tapaktanah bersejarah itu sebagaimana yang difikirkannya berfaedah atau perlu:

Dengan syarat bahawa tanggungan yang dikenakan oleh seksyen ini hendaklah berbangkit hanya jika pemunya atau penduduk itu telah menerima tidak kurang daripada tujuh hari notis secara bertulis berkenaan dengan sesuatu kemasukan yang dicadangkan :

Dengan syarat selanjutnya bahawa jika mana-mana orang membantah terhadap kemasukan itu atau terhadap perlaksanaan mana-mana kerja itu dengan alasan kepercayaan atau keugamaan kemasukan atau kerja itu tidak boleh dilakukan atau dilaksanakan kecuali dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi Negeri dalam mana monumen lama atau tapaktanah bersejarah itu bertempat.

(2) Tiada seseorang pemunya atau penduduk itu berhak menuntut pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggungi atau dikatakan telah ditanggungi olehnya oleh sebab perlaksanaan kerja itu atau mana-mana bahagian daripadanya bagi sesuatu hal dalam mana pemunya atau penduduk itu telah sanggup menjalankan kerja itu dibawah seksyen 17.

                                                                                                                 KE ATAS

BAHAGIAN V

RIZAB KAJIPURBA

19. Pihak berkuasa Negeri atau, bagi hal Wilayah Persekutuan, Menteri, atas syor Ketua Pengarah boleh dengan perintah mengisytiharkan sesuatu kawasan tertentu sebagai rizab kajipurba bagi maksud-maksud Akta ini.

20. Tiada seseorang boleh, kecuali di bawah lesen yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah-

(a) menerangkan mana-mana bahagian rizab kajipurba untuk bercucuk tanam atasnya;

(b) mendirikan apa-apa bangunan atau binaan atas sesuatu rizab itu;

(c) menebang atau secara lain membinasakan sesuatu pokok yang tumbuh di atas sesuatu rizab itu; atau

(d) secara lain menceroboh atas sesuatu rizab itu.      KE ATAS

BAHAGIAN VI

PENGEKSPOTAN BENDAPURBA DAN BENDA BERSEJARAH

21. (1) Tiada seseorang boleh mengeskpot sesuatu bendapurba melainkan-

(a) ia telah mendapat suatu lesen untuk mengekspot bendapurba itu daripada Ketua Pengarah atau bendapurba itu telah pada mulanya diimpot olehnya; dan

(b) ia telah memberitahu mengenai bendapurba itu kepada Pegawai Kastam atau Pelabuhan Kastam.

(2) Ketua Pengarah tidak boleh mengeluarkan lesen jika pada pendapatya bendapurba itu adalah atau akan menjadi mustahak atau penting secara berkekalan kepada negara.

(3) Seseorang pemohon bagi mendapatkan lesen untuk mengekspot sesuatu bendapurba hendaklah menyampaikan perihal bendapurab itu, hendaklah menyatakan nilainya dan memberi apa-apa butir lain berhubung dengannya yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah dan hendaklah, jika dikehendaki oleh Ketua Pengarah, menyimpan mana-mana bendapurba itu pada Ketua Pengarah bagi maksud pemeriksaan.

(4) Tiada sesuatu lesen untuk mengekspot bendapurba boleh dikeluarkan kepada seseorang melainkan jika ia membuktikan dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa ia adalah pemunya bendapurba itu atau bahawa ia adalah bertindak bagi pihak dan dengan kuasa pemunya.

22. Sesuatu lesen untuk mengekspot hendaklah dikemukakan oleh pemegangnya kepada Ketua Pengarah atau Pegawai Kastam yang hak apabila diminta.

23. (1) Jika seseorang Pegawai Kastam yang hak atau seseorang pegaweai yang diberikuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah ada sebab mempercayai bahawa sesuatu benda yang hendak dieksport adalah benda bersejarah ia boleh menahan benda itu dan dengan serta merta melaporkan penahanan itu kepada Ketua Pengarah.

(2) Jika Ketua Pengarah berpuashati bahawa benda bersejarah itu adalah atau akan menjadi msutahak atau penting secara berkekalan kepada negara ia boleh melarang benda itu dieksport.

24. Jika permohonan bagi mendapatkan lesen untuk mengekspot bendapurba telah ditolak atas alasan-alasan yang dinyatakan dalam seksyen 21 (2) atau jika sesuatu benda bersejarah dilarang diekspot di bawah seksyen 23 (2) mana-mana orang yang terkilan dengan penolakan atau larangan itu boleh merayu kepada Menteri dalam tempoh satu bulan dari tarikh notis penolakan atau larangan itu diterima.

25. (1) Jika permohonan bagi mendapatkan lesen untuk mengeskpot sesuatu bendapurba telah ditolak atas alasan bahawa bendapurba itu sepatutnya diambil bagi pihak Kerajaan atau jika sesuatu benda bersejarah dilarang dieksport, Ketua Pengarah hendaklah membayar kepada pemunya bendapurba atau benda bersejarah itu pampasan yang berpatutan baginya dan dengan itu pemunya itu hendaklah menyerahkan bendapurba atau benda bersejaraj itu kepada Ketua Pengarah dan Ketua Pengarah boleh melupus atau menguruskannya mengikut cara yagn difikirkannya patut.

(2) Jika ada sesuatu pertikaian antara Ketua Pengarah dengan pemunya berkenaan dengan pampasan yang berpatutan bagi bendapurba atau benda bersejarah itu pertikaian itu hendaklah diserahkan kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad. KE ATAS

BAHAGIAN VII

KUASA KETUA PENGARAH

26. (1) Ketua Pengarah atau seseorang pegawai yang diberikuasa olehnya secara bertulis boleh pada bila-bila masa yang berpatutan memeriska sesuatu bendapurba, atau memeriksa sesuatu benda bersejarah yang ia ada sebab mempercayai adalah atau akan menjadi mustahak atau penting secara berkekalan kepada negara, yang berada dalam milik seseorang; dan adalah menjadi kewajipan tiap-tiap orang itu membenarkan pemeriksaan itu dan selanjutnya memberi kepada Ketua Pengarah atau pegawai itu segala kemudahan yang berpatutan untuk mengkaji bendapurba atau benda bersejarah itu dan membuat lukisan , perasan, tiruan atau mengambil fotonya, dengan membuat tuangan atau apa-apa cara lain :

Dengan syarat bahawa tiada sesuatu lukisan, foto, perasan atau tiruan itu boleh dijdual tanpa izin orang yang memiliki bendapurba atau benda bersejarah itu.

(2) Bagi maksud seksyen-kecil (1), Ketua Pengarah boleh secara bertulis meminta mana-mana orang yang dipercayai memiliki bendapurba atua benda bersejarah itu supaya mengemukakan bendapurba atau benda bersejarah itu di pejabatnya.

(3) Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberikuasa olehnya secara bertulis bagi maksud itu boleh secara bertulis atau secara lisan menghendaki mana-mana orang supaya memberi kepadanya apa-apa maklumat berhubung dengan apa-apa benda yang adalah atau dipercayai adalah suatu bendapurba, benda bersejarah atau sesuatu monumen.

27. Ketua Pengarah boleh secara bertulis secara am atau secara khas memberikuasa kepada mana-mana pegawai lain untuk menjalan, melaksana atau menunaikan mana-mana daripada kuasa, kewajipan atau tugasnya di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan atau kaedah yang dibuat di bawahnya.                                                       KE ATAS

BAHAGIAN VIII

PENALTI

28. (1) Seseorang yang menjumpai sesuatu bendapurba atau monumen lama dan yang tidak melaporkan penjumpaan itu atau menyerahkan bendapurba atau monumen itu atau tidak menyatakan hal keadaan penjumpaan itu atau tempat asal bendapurba atau monumen itu atau yagn dengan sengaja membuat suatu laporan palsu mengenai hal keadaan itu atau tempat asal itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada satu tahun atau denda tidak lebih daripada satu tahun atau denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau kedua-duanya.

(2) Seseorang yang menjual atau secara lain melupuskan sesuatu bendapurba atau benda bersejarah, dengan melanggar peruntukan-peruntukan seksyen 7, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada enam bulan atau denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau kedua-duanya.

(3) Seseorang yang bukan sebagai seorang pemegang lesen untuk menjalankan penggalian yang dikeluarkan di bawah seksyen 11 dan yang dengan sengaja atau cuai menggali bendapurba atau meroboh atau merosakkan sesuatu monumen lama, samada di atas atau di bawah permukaan tanah, walaupun perbuatan-perbuatan itu dilakukan pada tanah kepunyaannya sendiri, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penjara tidak lebih dariapda tiga bulan atau denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau kedua-duanya.

(4) Seseorang yang melanggar seksyen 16 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau kedua-duanya.

(5) Seseorang yang melanggar seksyen 20 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau kedua-duanya.

(6) Seseorang yang-

(a) bukan sebagai seorang pemegang lesen untuk mengeksport yang diberi di bawah seksyen 21, yang mengeksport atau cuba mengeksport sesuatu bendapurba; atau

(b) tidak memberitahu mengenai sesuatu bendapurba kepada Pegawai Kastam yang hak di lapanganterbang kastam atau pelabuhan kastam sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 21;

adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penjara tidak lebih darjpada enam bulan atau denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau kedua-duanya.

(7) Seseorang yang mengeskport atau cuba mengeksport sesuatu bendapurba yang berhubung dengannya permohonan bagi mendapatkan lesen untuk mengeskport telah ditolak, atau yang mengeksport atau cuba mengteksport sesuatu benda bersejarah yang telah dilarang oleh ketua Pengarah dieksport adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dieknakan penjara tidak lebih daripada satu tahun atau denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

(8) Seseorang yang tidak memberi kemudahan-kemudahan yang berpatutan kepada Ketua Pengarah untuk menyiasat, emngkaji, membuat lukisan, fotograph, perasan atau lain-lain keluaran semula sesuatu bendapurba atau benda bersejarah atau untuk memasuki dan menjalankan apa-apa kerja yang perlu bagi memulihkan, memperbaiki, mengubah, menyenggara atau memelihara sesuatu monumen lama atau tapaktanah bersejarah, jika kewajipan untuk memberi kemudahan-kemudahan itu adalah dikenakan oleh Akta ini, atau yang tidak mematuhi apa-apa permintaan supaya mengemukakan yang dibuat di bawah seksyen 26 (2), adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit.

(9) Seseorang yang tidak memberi apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberikuasa olehnya secara bertulis bagi maksud itu menurut kuasa yang diberi di bawah seksyen 26, (3) atau memebri apa-apa maklumat yang diketahuinya atau ia ada sebab memeprcayai adalah palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dieknakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit.

(10) Seseorang yang secara jahat atau cuai membinasakan, membencanakan, merosakkan rupa, mengganjakkan, mengganggu atau mencacatkan sesuatu benda bersejarah yang berkenaan dengannya notis di bawah seksyen 7 (1) telah diberi atau yang telah dilarang dieksport di bawah seksyen 23 (2) atau sesuatu bendapurba

adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada satu tahun atau denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau kedua-duanya

(11) Seseorang yang dengan sengaja memperdaya atau cuba memperdayakan seseorang pegawai awam yang bertindak pada menjalankan kewajipannya dengan sesuatu perihal, pernyataan atau lain-lain petunjuk mengenai ketulinan atau umur sesuatu bendapurba atau benda bersejarah adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada satu tahun atau denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau kedua-duanya.

29. Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah adalah berkuasa menjalankan pendakwaan mengenai sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

30. (1) Seseorang yang disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini berkenaan dengan sesuatu bendapurba atau benda bersejarah hendaklah oleh sebab sabitan itu lucuthak segala tuntutan ke atas atau kepentingannya mengenai benda itu atua nilainya atau sesuatu hadiah berhubung dengan penjumpaannya, dan bagi sesuatu hal yang demikian itu Majistret hendaklah memerintahkan supaay bendapurba atau benda bersejarah itu diserahkan kepada Ketua Pengarah; dan jika Majistret membuat perintah itu, adalah menjadi kewajipan seseorang yang memiliki bendapurba itu untuk menyerahkannya dengan sewajarnya.

(2) Menteri boleh, atas rayuan mana-mana, orang yang terkilan dengan sesuatu perintah Majistret di bawah seksyen-kecil (1), memerintahkan supaya mana-mana bendapurba atau benda bersejarah yang dilucut hak di bawah seksyen ini diserahkan kepada pemunya atau orang lain yang berhak atasnya atau dikembalikan kepada orang yang menjumpainya, mengikut mana yang berkenaan, dengan had-had dan syarat-syarat yang difikirkannya patut.

(3) Rayuan itu hendaklah secara bertulis dan hendaklah dibuat tidak lewat daripada satu bulan daripada tarikh perintah Majistret itu.                                               KE ATAS

BAHAGIAN IX

PELBAGAI, KAEDAH-KAEDAH DAN PEMANSUHAN

31. Ketua Pengarah boleh bagi pihak Kerajaan dan jika diminta oleh Kerajaan sesuatu Negeri boleh bagi pihak Kerajaan Negeri itu menjual sesuatu bendapurba atau benda bersejarah harta Kerajaan yang berkenaan itu.

32. (1) Ketua Pengarah boleh memberi pinjam atau menukar sesuatu bendapurba atau benda bersejarah harta Kerajaan kepada atau dengan pertubuhan-pertubuhan pengajian atau muzium-muzium atau dengan seseorang paakr atau specialis dan boleh membenarkan bendapurba atau benda bersejarah itu dieksport bagi maksud-maksud itu.

(2) Sesuatu perjanjian bagi peminjaman di bawah seskyen-kecil (1) hendaklah mengandungi peruntukan-peruntukan yang mencukupi untuk membolehkan bendapurba atau benda bersejarah itu dipelihara, diinsurankan dan, jika difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah, dikembalikan.

33. Tiada seseorang boleh berniaga bendapurba melainkan jika ia memiliki lesen peniaga yang diberi oleh Ketua Pengarah.

34. Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi maksud menjalankan atau menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Akta ini, dan, tanpa menyentuh keluasan peruntukan tersebut di atas, boleh membuat kaedah-kaedah-

(a) untuk menetapkan syarat-syarat dan sekatan-sekatan (termasuk pembayaran dan amaun sesuatu bayaran) yang tertakluk kepadanya sesuatu lesen atau permit di bawah Akta ini boleh diberi atau dikeluarkan;

(b) untuk menetapkan syarat-syarat dan sekatan-sekatan (termasuk pembayaran dan amaun sesuatu bayaran) yang tertakluk kepadanya orang-orang awam boleh melawat sesuatu monumen lama atas tanah Kerajaan Persekutuan atau Negeri; dan

(c) untuk menetapkan penalti denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit kerana melanggar atau tidak mematuhi sesuatu peruntukan mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini atau sekatan-sekatan atau syarat-syarat sesuatu lesen atau permit yang diberi atau dikeluarkan di bawah mana-mana kaedah itu.

35. (1) Ordinan Bendapurba dan Harta Karun, 1957 adalah dengan ini dimansuhkan kecuali setakat mana ia dipakai bagi harta karun.

(2) Semua perundangan kecil yang dibuat di bawah Ordinan yang dimansuhkan berhubung dengan perkara-perkara lain daripada harta karun hendaklah berkuatkuasa terus menerus sehingga dimansuhkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini dan semua lesen, permit dan kebenaran yang diberi di bawah Ordinan yang dimansuhkan itu hendaklah tetap sah sehignga tamat tempohnya atau melainkan jika ia digantung atau dibatalkan.KE ATAS

Eahlile1.jpg (1491 bytes)MAIL

MENU UTAMA  I   PERUTUSAN  I   PROFIL  I  LOKASI I   SEJARAH I   DEFINISI I   KONSEP BANGUNAN I   UNDANG-UNDANG I   ORGANISASI  I   KALENDAR  I GALERI  I   TEMPAT BERSEJARAH I   PENERBITAN I ALBUM I  PERKHIDMATAN  I   TENDER I   INFO I    BERITA  I SMART LINK   I  KELAB