Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

lkelab.jpg (12332 bytes)


 

LATAR BELAKANG

Kelab Sukan Dan Kebajikan Lembaga Muzium Negeri Terengganu ditubuhkan pada 17 Oktober 1993 dengan jumlah keahlian seramai 45 orang.  Idea untuk menubuhkan kelab ini adalah hasil daripada perbincangan dalam mesyuarat jabatan, setelah melihat jumlah kakitangan muzium  mula bertambah. Lalu dicadangkan penubuhan Kelab ini yang diharapkan boleh  menggerakkan mereka dalam hal-hal yang berkaitan dengan Kebajikan dan Kesukanan.

Kelab Sukan Dan Kebajikan Lembaga Muzium Negeri Terengganu atau Kelab yang nombor pendaftarannya 990/93 ( Terengganu ) mempunyai ahli seramai 83 orang ( tahun 2000 ).

Alamat Berdaftar ialah :-

Kelab Sukan Dan Kebajikan                  

Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Bukit Losong, 20566, Kuala Terengganu.

 

AHLI  JAWATANKUASA

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kali Ke-4 telah diadakan pada 24 Febuari 2000.  Satu Jawatankuasa telah dilantik untuk mentadbir kelab bagi tahun 2000/2001.

Penasihat I                  :            Pengarah Muzium Negeri Terengganu

                                                En. Mohd Yusof Bin Abdullah  

Penasihat II                  :            En. Che Muhamad Azmi Bin Ngah

Pengerusi                     :           En. Mohd Noor Bin Ismail

Naib Pengerusi             :         En. Fauzi Bin Muda

Setiausaha                    :        En. Zakaria Bin Abdul Hadi

Penolong Setiausaha     :        En. Zubaidi Bin Jusoh

Bendahari                     :         En. Mohd Ariffin Bin Muda

Ahli Jawatankuasa        :         En. Zainal Bin Awang Ngah

                                            En. Mohd Saberi Bin Muda

                                            En. Sepuzaman Bin Yusof

                                            Pn. Ramlah Bin Latif

                                            En. Razali Bin Jusoh

                                            En. Wan Ali Bin Wan Mohd

                                            En. Imran Bin Ismail

                                            En. Azmi @ Khairuddin Bin Abu Bakar

                                            Y.M. Syed Othman Bin Syed Ahmad

Pemeriksa Kira-kira    :         En. Zakaria Yusof

                                            Pn. Noor Hamilah Bte. Yahya.

 

YURAN

Yuran tahunan dikenakan kepada ahli adalah sebanyak RM 1.00 bagi semua kumpulan dan RM 1.00 bagi pendaftaran ahli baru.

 

KEAHLIAN

Keahlian kelab adalah terbuka kepada semua kakitangan Muzium Negeri Terengganu.

 

MESYUARAT AGONG

Mesyuarat Agong Dwi tahunan diadakan setiap awal tahun dan laporan kewangan kelab ini bermula dari 1 hb. Januari hingga 31 hb. Disember setiap tahun.

 

AKTIVITI

Bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kelab khasnya Biro telah dibentuk.  Kesemua aktiviti dijalankan oleh Biro masing-masing dengan persetujuan Jawatankuasa induk.

 

1.    BIRO EKONOMI

Biro ekonomi merupakan nadi kepada kelab.   Peranannya ialah berusaha untuk mencari dan menambah sumber-sumber kewangan kelab dengan menjalankan beberapa program berbentuk ekonomi.

1.    Menjual cenderamata kepada pelawat Muzium dengan membuka sebuah kedai cenderamata di pintu masuk utama ke Galeri Muzium.

2.    Mengadakan perkhidmatan sajian ( catering ) kepada agensi-agensi yang mengadakan seminar atau kursus di dewan-dewan Muzium.

3.    Menjual buku-buku yang diterbitkan oleh Muzium Negeri Terengganu, Persatuan Muzium-muzium Malaysia dan lain-lain agensi.

4.    Menjual minuman dalam tin/kotak melalui 'Vanding Machine'.

 

2.    BIRO SUKAN DAN KECERGASAN

Acara tahunan yang dianjurkan adalah seperti berikut :-

a.    Hari Keluarga Muzium tertutup.

b.    Kejohanan Bolasepak 7 sebelah.

c.    Kejohanan Karom tertutup.

d.    Kejohanan Ping Pong tertutup.

e.    Kejohanan Bola Tampar tertutup.

f.    Kejohanan Bola Tampar Warga Muzium.

g.    Kejohanan Congkak tertutup.

h.    Menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh MAKSAK Terengganu, PBSNT, PBSDK. Terengganu dan Sukan Hari Muzium Antarabangsa.

 

3.    BIRO PENERANGAN DAN PENDIDIKAN

Biro ini menyediakan program-program seperti berikut :-

3.1.    Mengadakan ceramah kepada ahli dengan menjemput penceramah daripada Jabatan-jabatan Kerajaan yang berkaitan .

3.2.    Menjemput wakil-wakil insuran memberikan penerangan tentang insuran masing-masing kepada ahli.

3.3.    Mengadakan ceramah motivasi kepada ahli dengan menjemput penceramah motivasi dari luar.

3.4.    Mengadakan majlis penerangan kepada ahli mengenai perkembangan kelab dan isu semasa.

 

4.     BIRO AGAMA DAN KEBAJIKAN

Aktiviti tetap yang dijalankan oleh Biro ini ialah :-

4.1.    Mengadakan kelas Al-Quran ( Iqra' ) kepada ahli kelab, 2 kali seminggu.

4.2.    Mengadakan ceramah agama dengan menjemput penceramah-penceramah dari luar.

4.3.    Mengadakan majlis berbuka puasa.

 

5.    KEBAJIKAN.

-    Mengadakan skim bantuan kecermelangan pelajar, kematian, kelahiran, hospital, perkahwinan, yuran peperiksaan dan melanjutkan pelajaran ke IPT.

-    Mengadakan majlis perjumpaan Hari Raya.

 

6.    BIRO REKREASI DAN KEBUDAYAAN

Program-program yang dijalankan oleh Biro ini ialah :-

a.    Mengadakan program lawatan untuk ahli.

b.    Menganjurkan program memancing dan mencandat sotong.

c.    Menubuhkan kumpulan Abdau, Marhaban dan menyediakan kelab muziuk tradisi.

 

KEJAYAAN-KEJAYAAN LEPAS.    

1.    Johan dalam Kejohanan Bolasepak bahagian 4 tahun 1994.

2.    Johan dalam Kejohanan Bolasepak bahagian 3 tahun 1996.

3.    Johan dalam Kejohanan Bolasepak MAKSAK Terengganu tahun 1998.

 

Eahlile1.jpg (1491 bytes)MAIL

MENU UTAMA  I   PERUTUSAN  I   PROFIL  I  LOKASI I   SEJARAH I   DEFINISI I   KONSEP BANGUNAN I   UNDANG-UNDANG I   ORGANISASI  I   KALENDAR  I GALERI  I   TEMPAT BERSEJARAH I   PENERBITAN I ALBUM I  PERKHIDMATAN  I   TENDER I   INFO I    BERITA  I SMART LINK   I  KELAB