Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Pilih warna latar:

 
2. MENULIS PERENGGAN ISI

Perenggan isi terdiri daripada :

A1:  Isi utama
A2:  Huraian tentang isi utama
A3:  Huraian tentang isi utama
A4:  Bukti/contoh/ data/ statistik
A5:  Rumusan/ pendapat/ cadangan.
 

Contoh isi karangan

Tajuk: Isu Buruh Asing
Skop :  kebaikan dan keburukan

Isi    :  Kebaikan- dapat menampung kekurangan tenaga kerja.

(A1) Pekerja-pekerja asing di negara ini dapat menampung kekurangan tenaga kerja yang diperlukan, terutamanya dalam sektor pembinaan, perladangan, dan pembuatan. (A2)  Sekiranya kita menyekat kehadiran tenaga kerja asing maka pertumbuhan ekonomi negara ini akan terbantut,  (A3)  Hal ini demikian kerana keadaan pembangunan di negara kita yang pesat dan menggalakkan menyebabkan banyak tenaga asing diperlukan sebagai operator pengeluaran, penoreh getah, pemungut kelapa sawit, pemetik daun teh, buruh binaan, jurujual, dan sebagainya. (A4)  Menurut Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat, sektor pembinaan memerlukan 800,000 pekerja baru dan sektor pembuatan memerlukan 250,000 pekerja tambahan. (A5) Oleh itu, keperluan guna tenaga tersebut sudah tentu tidak dapat ditampung oleh rakyat tempatan, dan dengan itu tenaga kerja asing perlu diambil agar pembangunan negara dapat berjalan lancar.  ( 154 p.p )

PERHATIAN
*** Antara kelemahan calon peperiksaan ialah tidak dapat membuat huraian bagi fakta-fakta yang dikemukakan.

*** Oleh sebab itu karangan yang dihasilkan dianggap lemah dari segi olahannya dan jumlah kata yang ditulis juga terlalu terhad.

*** Untuk mengatasi masalah itu pelajar dinasihati supaya membuat latihan menghuraikan ayat-ayat fakta.

LATIHAN MENGHURAIKAN AYAT

Baca ayat-ayat fakta di bawah dan berikan huraiannya.
Contoh:
0.   Kebanyakan taman rekreasi yang terdapat di negara kita tidak dilengkapi dengan kemudahan awam yang cukup. Pengunjung-pengunjung taman rekreasi sering merungut kerana taman rekreasi yang dikunjungi tidak dilengkapi dengan tandas awam, surau, pondok rehat, kerusi rehat dan tong sampah. Kadang-kadang kemudahan yang disediakan itu telah rosak dan tidak digantikan dengan yang baru. Kerosakan alat-alat permainan seperti tali buaian yang usang, papan jongkang-jongkit yang reput, dan permukaan papan gelongsor yang kasar akan membahayakan kanak-kanak yang menggunakannya. Kebanyakan kerosakan yang berlaku itu didapati berpunca daripada perbuatan pengunjung yang tidak bertanggungjawab akibat tidak mempunyai kesedaran sivik dan hanya mementingkan kepuasan diri sendiri.

1.  Kebanyakan nelayan di negara kita masih tidak mampu untuk memiliki bot yang dilengkapi dengan peralatan yang moden.
 

2.  Mutu sukan di negara kita masih berada di tingkat yang tidak membanggakan.
 

3.  Pembuangan sisa minyak di perairan negara kita merupakan perbuatan yang sungguh tidak bertanggungjawab.
 

SL/2000

PERENGGAN KESIMPULAN
PRG.ISI SOALAN KRG.CONTOH PENGENALAN


GAMBARAN WAWANCARA PENDAPAT PERBAHASAN