Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

                                  Selamat Datang Ke Laman 

        

                             

 

         Dalam pencarian "Guru Sebenar Guru"...antara ilmu, amal dan bual; manakah satu yang sebenarnya bekal? 

                 Ramai mengaku 'berilmu' tapi kurang  berakal apatah lagi yang sedikit ilmunya tapi langsung tidak berakal;

 

                                                                                    itulah punca amal  dan  bual tidak menjadi bekal.    

                        

Keranamu

Malaysia

        

 

 

 (Hamzah Mohamed)

 

Mengenai Saya

Sila ke laman

Latar Belakang Saya

 

Klik Di Sini

 

     

 

Ciri Berpaksikan Prinsip Mengubah

Budaya Mediocrity Organisasi

1. Setiap ibu bapa dan penjaga mempunyai hasrat yang tinggi terhadap kecemerlangan anak-anak mereka di sekolah. Begitu juga setiap orang guru berhasrat agar anak didik mereka mencapai kegemilangan dalam pendidikan yang biasanya diukur dari aspek pencapaian akademik.

2. Sekadar berhasrat atau menaruh harapan adalah tidak memadai jika aspek-aspek yang 'fundamental' tidak diberi perhatian atau tumpuan secara serius.

3. Kecemerlangan memang sukar dicapai tetapi ianya bukan perkara yang mustahil terjadi jika unsur-unsur 'seriousness', 'strictness', 'timeliness', dan 'faithfulness' misalnya dapat diterapkan dalam setiap proses dan peringkat pembelajaran.

4. Bagaimana kita mengenali unsur-unsur ini sudah dihayati atau tidak terutamanya dalam hasil kerja-kerja kita? Sebagai contoh antaranya boleh dikesan seperti berikut:

  • Tak dapat bezakan mana yang prinsip mana yang bukan prinsip.

  • Tidak dapat ubah cara kerja kerana masih belum faham-faham hala tuju organisasi dan situasi semasa.

  • Menyangka amalan sebelumnya sudah betul dan tepat tetapi sebenarnya tidak betul malah melanggar prinsip dan peraturan.

  • Akhirnya wujud budaya mediocrity yang merugikan diri dan misi organisasi.

5. Marilah kita menilai segala persepsi, visi dan misi kita; prinsip hidup dan integriti diri; pemikiran, sikap dan perlakuan kita dalam hubungan penyempurnaan tugas sebagai guru yang berprofesionaliti dalam semua segi.

6. Sebagai orang-orang yang dianggap berpendidikan dan berhemah kita wajar dapat menunjukkan tahap penyempurnaan tugas sentiasa cekap dan berkesan yakni tidak dicemari oleh kerja-kerja kita yang separuh hati, ambil mudah, anggap remeh dan sebagainya padahal setiap orang telah diberikan senarai semak tugas berkaitan.

7. Oleh itu ke mana kita akhirnya jika kita masih gagal belajar dari kelemahan dan kesilapan? Fikirkan pula bagaimana anak didik kita akan berubah dan bertambah maju jika kita sebagai guru-gurunya  tidak berubah dan tidak bertambah maju?

8. Yang demikian kita sepatutnya berazam dan berusaha untuk menjadi kategori guru yang 'excellent' dan bukan setakat guru yang bergelar guru sahaja seperti kata Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1997);

           "Most schools have some excellent teachers, some mediocre teachers, and some who do not belong in the profession. Master teachers can set the tone and pace of a school. Since many people are not proactive, these teachers can inspire others to lift their sights and adapt to the environment they create."                                          ~ The Power Principle, m.s.237

                                                  eeefff 

 

* (Nota Khas di atas adalah salah satu daripada kira-kira lebih daripada 105 siri ucapan pengerusi di dalam Mesyuarat Guru setiap bulan yang disampaikan antara tahun 1991 hingga 2002)

 

                 

                                  Copyright © 2002-2003 Hamzah Mohamed