Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

                                Selamat Datang Ke Laman

                        

 

                                                        

   

  Dalam pencarian "Guru Sebenar Guru"...antara ilmu, amal dan bual; manakah satu yang sebenarnya bekal? 

    Ramai mengaku 'berilmu' tapi kurang  berakal apatah lagi yang sedikit ilmunya tapi langsung tidak berakal;

 

                                                                itulah punca amal  dan  bual tidak menjadi bekal.    

                              

  

Keranamu

Malaysia

 

 

(Hamzah

Mohamed)

 

Mengenai Saya

Sila ke laman

Latar Belakang Saya

 

Klik Di Sini 

 

 

 

" Tidak akan

        kamu

 berperasaan

 gundah walau sekali,

 jika kau tahu apa

 yang dicari."

 

 ~ Umar

 al-Khattab

           

 

 

 

 

 

           Latar Belakang Diri Saya

             

 

 

Saya dilahirkan pada 24 November 1946, di Kampong Tanjung Belengu, Mukim Lebak di dalam daerah Temerloh, negeri Pahang Darul Makmur. Tetapi ibu saya   memberitahu tarikh lahir saya yang sebenarnya ialah pada 24 haribulan Oktober, 1946. Kesilapan memberikan tarikh lahir pada masa dahulu adalah perkara biasa lebih-lebih lagi pada masa itu 'butiran-butiran' yang penting seperti ini tidak menjadi perkara yang dianggap mustahak oleh kebanyakan orang. Saya percaya akan kata-kata ibu saya itu kerana beliaulah yang melahirkan saya. Dan secara kebetulan tarikh lahir saya ini bersamaan dengan tarikh keputeraan DYMM Sultan Pahang, Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah sekarang.

  Pendidikan: Menerima pendidikan awal di SK Lebak kemudian berpindah ke SK Bandar Temerloh (1955). Pendidikan menengah di SM Abu Bakar dari tahun 1961 -1965. Setelah lulus  SPM  tahun 1965, saya kemudian diterima menjalani kursus perguruan melalui Pusat Latihan Daerah (Regional Training Centre) pada tahun 1967 di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu Kelantan. Tahun berikutnya program PLD (RTC) dimansuhkan dan saya sambung kursus di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bharu dalam tahun 1968.  Lulus HSC (Higher School Certificate) sebagai calon persendirian dalam tahun 1971 selepas saya keluar dari maktab perguruan.

Perkhidmatan: Mula berkhidmat sebagai guru terlatih latihan maktab pada tahun 1969 di SMK Pulau Tawar, Jerantut, Pahang Darul Makmur, sehingga tahun 1973. Kemudian saya berpindah sekolah ke SM Jerantut pada tahun 1974 hingga 1976. Tahun 1977 saya berpindah balik ke Temerloh dan ditempatkan mengajar di SM Jalan Bahagia, Temerloh. Tahun 1978 saya diterima mengikuti Kursus Khas Satu Tahun Muzik di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur. Saya dilantik menjadi Guru Besar (sekarang Pengetua) di SMK Kuala Krau, Mentakab, Pahang mulai 1 Jun 1978 sehingga 1979. Kemudian berpindah ke SMK Kampong Awah (Felda) mulai 1980 hingga 1983. Saya bertukar lagi ke SMK Jengka 18 mulai tahun 1984 hinggalah saya berpindah ke sekolah rendah, SRK Jalan Bahagia, Temerloh mulai 1 Oktober 1991. Pada 1993 saya dipindahkan pula ke SK Paya Pulai, Temerloh. Kemudian saya dipindahkan lagi ke SK Keratong 8, Mu'adzam Shah, Rompin mulai awal Tahun 1996 hingga Jun 1997. Sekolah terakhir saya berkhidmat hingga sekarang ialah di SK Jengka 17, Bandar Jengka, Pahang mulai 16 Jun 1997.  Pengalaman bekerja saya sebagai guru penolong ialah selama sepuluh tahun dan kemudian sebagai Pengetua dan Guru Besar pula selama dua puluh tiga tahun (tiga sekolah menengah dan empat sekolah rendah). Menerima Anugerah Khidmat Cemerlang  dalam tahun 1999. Dianugerahkan Tokoh Guru Kelompok Jengka dalam tahun 2007, dan sebagai Tokoh Guru Daerah Maran tahun 2008.

Minat dan Hobi: Saya meminati seni lukis, muzik, membaca buku dan menulis di samping hobi memancing. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang muzik saya terdorong belajar sendiri muzik menerusi buku dan secara self-taught saya berjaya lulus peperiksaan ABRSM (London) Gred 5 Teori. Kemudian saya belajar keyboard dan lulus Rank 12 Hammond Organ. Waktu itu saya sudah pun berjawatan Pengetua. Saya juga aktif dalam band MKSAK Jerantut (Pemain gitar utama); kemudian pemain keyboard dalam Kombo Temerloh Music Centre. Pernah bergiat (walau pun tidak lama) dalam Kumpulan Muzik Asli di bawah Majlis Kebudayaan Daerah Temerloh dalam tahun 1995. Dalam bidang penulisan pula saya pernah menulis dan artikel saya pernah terbit dalam akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Berita Harian, Berita Minggu, dan majalah Mastika.(Lihat halaman Artikel)

  Sumbangan: Antara jawatan dan tugas-tugas yang pernah saya pegang di peringkat sekolah kelompok, dan daerah adalah seperti Bendahari Majlis Guru Besar Temerloh (1994-1995), Ketua Kelompok (Zon Temerloh) 1994-1995, Pengurus Band PSKPP(1993), Ketua Kumpulan Muzik Asli MKD (Majlis Kebudayaan Daerah  Temerloh) tahun 1995; di samping menganggotai pelbagai jawatankuasa kecil peringkat daerah dan negeri. Di peringkat kelompok saya dilantik menjadi Ketua Kelompok Bandar Jengka B sejak tahun 1998, sehingga persaraan saya dalam tahun 2002. 

  Keluarga: Berkahwin dalam tahun 1969, isteri suri rumah penuh masa dan dikurniakan enam orang anak, empat lelaki dan dua orang perempuan, dan lima orang cucu. Tiga orang berkelulusan ijazah, dan dua berkelulusan diploma. Anak lelaki sulung berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur; anak lelaki kedua berkelulusan ijazah perubatan daripada Trinity College of Dublin, Ireland; manakala anak lelaki ketiga berkelulusan Sarjana Muda Teknologi Bioperubatan daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Anak  perempuan  (ketiga) berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan dan Perkomputeran; manakala anak lelaki (kelima) berkelulusan Diploma Sains Komputer, 

Aktiviti selepas Bersara: Sejak 2003 saya memulakan satu program mengajar membaca dalam bahasa Inggeris yang dinamakan Special English Reading Class bertempat di Kampong Tengah, Temerloh dan di rumah saya sendiri. Objektif utama mengapa saya mengadakan kelas membaca dalam bahasa Inggeris ini kerena ingin membantu murid-murid (terutama di peringkat sekolah rendah) menguasai kemahiran membaca (bahasa Inggeris) yang didapati masih lemah dan tidak memuaskan dari segi sebutan (pronunciation), ejaan (spelling), vocabulary (kosa kata), comprehension (kefahaman), dan kelancaran (fluency). Bahkan di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah pun ada  yang saya dapati sebutan (pronunciation) mereka amatlah lemah dan buruk sekali. Dalam pada itu saya juga menerima beberapa orang pelajar calon UPSR dan juga calon PMR dalam slot English Tuition.

Saya juga amat berminat dalam mempelajari ilmu tajwid dalam pembacaan Al-Quran, dan dengan itu menyertai kelas-kelas Tajwid & Tarannum yang diadakan di Masjid Nurul Iman, Sungai Gau; di Masjid Tanjung Besar; dan di Surau Darul 'Izzah, Paya Pulai. Guru-guru yang mengajar Tajwid dan Tarannum ini terdiri daripada Ustaz Hj. Shapie b. Lebai Hanafi. Beliau merupakan Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2006; dan juga menduduki tempat ketiga dalam ujian Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2006. Ustaz Haji Hamid pula mengajar kelas Tajwid & Tarannum di Masjid Tanjung Besar. Guru Al-Quran dan Tajwid di Darul 'Izzah pula ialah Ustaz Hj. Ahmad Badawi b. Abdullah, seorang bekas pensyarah di Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

 

 

 

                                 

                                                   Copyright ©2002-2003 Hamzah Mohamed