Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

         Selamat Datang Ke Laman  

      

           

         

      Dalam pencarian "Guru Sebenar Guru"...antara ilmu, amal dan bual; manakah satu yang sebenarnya bekal? 

                Ramai mengaku 'berilmu' tapi kurang  berakal apatah lagi yang sedikit ilmunya tapi langsung tidak berakal;

 

                                                                           itulah punca amal  dan  bual tidak menjadi bekal.    

 

                        

 

 

Keranamu

Malaysia

    

         

 

 (Hamzah Mohamed)

 

Mengenai Saya

Sila ke laman

Latar Belakang Saya

 

Klik Di Sini 

 

     

 

" Tidak akan

        kamu

 berperasaan

 gundah walau sekali,

 jika kau tahu apa

 yang dicari."

 

 ~ Umar

 al-Khattab

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

     

 

                  Artikel dan Rencana

                               (Yang pernah terbit di akhbar dan majalah)

 

 

Minat saya yang kuat dalam membaca semuanya bermula pada suatu hari apabila bapa saya telah membelikan saya sebuah komik Melayu yang harganya cuma 30 sen sahaja (yang saya tidak ingat lagi judulnya, tetapi diterbitkan di Negeri Sembilan) sewaktu beliau pulang dari masjid. Waktu itu saya sudah menunjukkan minat dalam melukis dan saya selalu melukis gambar-gambar terutama gambar-gambar berunsur "cowboy" kerana pada masa itu komik-komik koboi sangat laris dan mempunyai ramai penggemar daripada pelbagai peringkat umur. Antara judul-judul komik yang saya masih ingat ialah seperti Kit Carson, Lone Ranger and Tonto, Superman, Captain  Marvel,  dan sebagainya lagi. Mungkin bapa saya telah 'melihat bakat' yang ada pada saya sebab itulah beliau telah membelikan komik tersebut. Saya sangat gembira dengan 'hadiah' bapa saya itu sehingga  sampai kini pun saya tetap mengingati 'sentuhan" seorang bapa dalam merangsang dan membangkitkan minat dan kecintaan saya terhadap "pembacaan".

 

Kesan daripada peristiwa itu saya mula menyimpan secara berdikit-dikit wang belanja saku sekolah saya setiap hari. Di bandar Temerloh waktu itu (sekitar tahun-tahun 50-an hingga 60-an) terdapat sebuah kedai buku yang lebih dikenali dengan nama "Toko Buku Hasan Omar" yang menjual buku-buku, majalah dan akhbar kepada masyarakat setempat. Saya sering pergi ke kedai buku ini dan meninjau judul-judul buku yang kemudiannya menjadi idaman saya; dan oleh kerana  saya  tidak mempunyai wang yang cukup (pada sesuatu ketika itu) saya berazam "menabung" setiap hari sehinggalah jumlah yang cukup dapat saya kumpulkan. Buku-buku cerita yang saya beli waktu itu  berharga kira-kira antara RM 1.50 hingga RM 2.50 sahaja. Sejak dari masa itu saya telah mulai pandai "mengumpul buku-buku". Buku yang saya beli itu dapat saya selesaikan membacanya dalam tempoh beberapa jam sahaja.

 

Saya bukan sahaja membaca buku-buku cerita atau komik-komik tetapi juga sebarang buku termasuk buku-buku cerita agama dan juga buku-buku "bahasa". Ketika saya dalam darjah empat lagi saya sudah tamat membaca "Kitab Kiliran Budi"; dan kerana itu apabila guru saya mengajar peribahasa atau perumpamaan Melayu sayalah orangnya yang sentiasa dapat menjawab dengan betul setiap kali guru menyoal.

 

Begitulah seterusnya minat saya dalam melukis, dan membaca semakin subur setiap hari sehinggalah sampai ke peringkat sekolah menengah. Saya sering memperolehi markah tertinggi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu; dan saban tahun saya menerima hadiah kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Seni Lukis. Hadiah-hadiah tersebut semuanya dalam bentuk buku, dan ini mungkin memperkuat dan memperkukuhkan lagi minat dan cinta saya kepada buku dan aktiviti membaca.  Kemudian setelah saya berkhidmat sebagai seorang guru (dengan opsyen Sains Pertanian dan Seni Lukis & Pekerjaan Tangan); saya telah melangkah setapak lagi yakni mula mencuba bakat dalam penulisan artikel dan berita rencana. Alhamdulillah percubaan saya kali pertama telah mendapat perhatian dan artikel sulung saya yang berjudul  "Banjir" telah terbit dalam akhbar Berita Minggu (5 Oktober 1975).

 

Tidak terkira gembira rasa di hati kerana percubaan saya yang original itu telah memenuhi ciri-ciri 'penulisan' walau pun saya tidak pernah mengikuti sebarang kursus atau bengkel penulisan.

 

Beberapa artikel dan rencana (pilihan) yang pernah terbit semasa saya bergiat dalam penulisan ini  dipaparkan di halaman-halaman berikut.  

 

                                                                      

 

 

                                                  

 

                                                                                  Home Page          Artikel seterusnya

 

 

                                                        Copyright ©2002-2003 Hamzah Mohamed