
TEMA - Keindahan alam
MAKSUD
Penyair mengimbau kenangan di Selat Teberau di Johor dan teringat akan
peristiwa atau detik sejarah pembukaan Singapura oleh Sang Nila Utama yang
pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai Temasek.
Ketika berjalan-jalan di kawasan Selat itu penyair ingin menghayati kesan-kesan sejarah silam itu termasuklah peristiwa Sang Nila Utama dikejutkan oleh seekor singa namun ternyata kesan-kesan sejarah tersebut telah ditenggelami oleh pembangunan moden.
Seterusnya, penyair menyatakan bahawa kenangan lalu semakin kuat dalam fikirannya . penyair juga merumuskan bahawa pada suatu ketika nanti peristiwa sejarah itu akan dilupakan kerana ditelan arus pembangunan. Manusia tidak lagi mementingkan nilai-nilai sejarah setempat.
MESEJ
1. Pembangunan mendatangkan keburukan. Dalam hal ini, menghilangkan
kesan-kesan sejarah.
Mesej ini disampaikan melalui persoalan tentang pembangunan yang terdapat
di persekitaran kawasan Selat Teberau yang dilalui oleh penyajak seperti
dalam kata-kata berikut:
Tadi malam
telah kulewati
lorong-lorongmu
dan modenisasi yang sombong
dimanakah tempat kau bercinta
atau dikejutkan oleh seekor singa
Kata-kata tersebut menjelaskan bahawa kita bermegah dengan projek-projek
pembangunan di negara kita sehingga kita terlupa untuk mengekalkan beberapa
kesan sejarah yang terdapat di kawasan-kawasan tertentu. Secara tidak langsung
penyair turrut menyampaikan mesej bahawa pembangunan negara perlu dirancang
dengan teliti dan mengambil kira hal-hal yang berkaitan dengan keindahan
alam sekitar dan nilai-nilai sejarah silam.
2. Terdapat tempat-tempat di negara kita yang berpotensi untuk dijadikan
tempat tarikan pelancong sekiranya dimajukan atau diperkenalkan.
Dalam hal ini, kita dapati penyair seolah-olah ingin memberikan gambaran
bahawa Selat Teberau itu merupakan tempat yang menarik dan indah tetapi
tempat tersebut sepi tanpa pengunjung. Keadaan ini jelas melalui kata-kata
yang berikut:
-melewati dada selat yang diam
- di pinggir selat yang sepi
3. Masyarakat moden lebih mementingkan isu-isu semasa daripada hal-hal
yang berkaitan dengan sejarah. Ini kerana sejarah dianggap sebagai sesuatu
yang sudah berlalu sedangkan hal-hal semasa merupakan sesuatu yang perlu
dihadapi ketika itu juga. Kata-kata yang berikut telah menjelaskan lagi
keadaan ini:
- oleh terlalu gamatnya kehidupan
tiada sesiapa lagi
yang akan mengenangkan.
4. Pembangunan perlu dirancang dengan teliti.
|
|
|
|
|