Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Kesusasteraan Melayu STPM
Sajak-Tak Dapat Kulupakan

Oleh : Salleh Long - SMKTAM 

 ANALISIS SAJAK~ TAK DAPAT KULUPAKAN (Anis Sabirin)
 

Persoalan.
1. perasaan cinta akan kampung halaman
2. kenangan silam yang sukar dilupakan
3. perasaan sedih kerana terpaksa berpisah dengan sahabat.
4. perasaan gelisah kerana menanti saat bahagia.
 

Gaya bahasa:
1.Asonansi
pintu pun tutup satu persatu (pengulangan vokal ‘u’)

2. Aliterasi
lorong panjang berlingkar-lingkar (pengulangan konsonan ‘r’)

3. Epifora
tak dapat kubayangkan
tak dapat kubayangkan

4. Anafora
 segala janji telah diisi
 segala kasih diikat rapi

Jenisan gaya bahasa bagi perkataan dan rangkai kata:
1. hijaunya selat teberau
gaya bahasa dalam bentuk imej bagi memberikan gambaran yang lebih jelas tentang keindahan pemandangan di selat teberau dan persekitarannya yang subur serta permai.

2. subuh mengejar senja
gaya bahasa personafikasi bagi menunjukkan pergerakan atau perjalanan masa dari sehari ke sehari.

3. bayangan malam
gaya bahasa metafora  bagi menunjukkan kesuntukan waktu.
 
4. pintu
simbol yang membawa maksud harapan. Pintu pun tutup satu per satu …bermaksud harapan berkecai satu demi satu.
 

5. lorong panjang
Gaya bahasa perlambangan. Lorong panjang merupakan simbol bagi perjalanan yang jauh.



Angin Waktu    Faramorgana    Gamelan    Hidup Mati    Ibunda    Kulupakan    Laut    Wang    Pulang    Siput     Tanah Ini     Tanjung    Tasik    Teberau    Warga Kota  

 
NOVEL
CERPEN
SAJAK
DRAMA

HOME