|
Mowgli, seorang anak manusia, mesti dibawa ke perkampungan
manusia atau terpaksa berhadapan dengan harimau Shere Khan
yang hendak membunuhnya. Akan tetapi, Mowgli tidak mahu meninggalkan
rimba kerana rimba adalah tempat kediamannya dan serigala
yang membesarkannya adalah keluarganya. Mowgli terpaksa
memulakan perjalanan atas desakan Bagheera, harimau kumbang yang bijak
dan baik hati, yang menjadi pemandunya. Dalam perjalanan, Mowgli
bertemu dengan beberapa ekor haiwan liar yang sungguh melucukan
seperti Baloo, beruang yang suka bermain; Raja Louie, monyet
rimba yang bergaya; dan Kaa, ular yang suka menipu. Tetapi
dapatkah Mowgli sampai ke perkampungan manusia sebelum Shere Khan
menjumpainya? Ikuti kisah seterusnya.
|