Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

visit scout perak
state flag malaysia flag

Cerita "Kisah Hutan" diceritakan oleh Ookcu / Kumpulan 81 Kinta


"Bab 2"

               Sepuluh tahun berlalu, anak manusia itu membesar menjadi kuat dan tegap seperti saudara-saudara serigalanya.
        Ibu serigala menamakan budak lelaki itu Mowgli yang bermaksud "katak kecil". Ini kerana dia seperti seekor katak kecil yang tidak tahu duduk diam.
        Sepanjang hari Mowgli berlari dan bermain dengan anak-anak serigala, melangkah dengan pasti seperti anak serigala yang lain.
        Mowgli menyayangi keluarganya. Tiada ada sesiapa pun, biar manusia atau haiwan, pernah berasa gembira tinggal di dalam rimba seperti Mowgli.
        Tetapi pada suatu hari, tersebar berita di dalam rimba itu tentang kepulangan seekor harimau bernama Shere Khan, setelah sekian kama menghilangkan diri.
        Kumpulan serigala mengadakan mesyuarat tentang perkara itu di Dewan Batu. Bagheera juga hadir. Dia duduk di atas dahan sebatang pokok yang berhampiran.
Akela, ketua serigala, mengingatkan rakan-rakannya tentang bahaya kepulangan harimau itu.
        "Apabila Shere Khan mendengar anak manusia ada di sini," kata Akela, "dia pasti akan membunuh budak itu dan sesiapa yang melindunginya."
        Serigala-serigala yang lain menganggukkan kepala tanda setuju.
        "Kalau begitu, baiklah," kata Akela. "Anak manusia itu mesti beredar dari sini demi keselamatan semua."
        Sekali lagi semua serigala bersetuju dan Akela menyambun percakapannya.
        "Sekarang saya mempunyai tugas berat untuk memberitahu Rama, bapa anak manusia itu."
        Rama yang duduk terasing daripada kumpulan serigala dipanggil oleh Akela.
        "Rama, sila datang ke sini."
        "Baiklah, Akela," sahut Rama.
        "Anak manusia tidak boleh lagi tinggal bersama kita."
        Walaupun Rama telah menduga keputusan itu, tetapi dia masih terkejut mendengarnya.
        "Tapi kenapa dengan budak itu ... dia seperti anak saya sendiri."
        Akela memabdang ke arah Rama dengan penuh kasihan dan berkata, "Rama, awak tahu bahawa sekumpulan kita sekalipun tidak akan dapat melawan harimau itu."
        Rama menganggukkan kepalanya perlahan-lahan. Dia sedar apa yang dikatakan oleh Akela memang benar.
        Dia melihat ke sekeling dengan air matanya yang berlinang.
        "Tapi ini tidak adil. Budak itu tidak akan berdaya hidup seorang diri di dalam rimba," Rama membantah.
        Pada ketika itu juga, Bagheera yang mendengar perbincangan mereka dari atas pokok, turun dari pokok itu.
        "Mungkin saya boleh menolong," dia memberitahu.
        Awak, Bagheera? Bagaimana?" tanya Akela.
        "Saya tahu sebuah perkampungan manusia tempat Mowgli dapat tinggal dengan selamat," jawab Bagheera. "Saya dan Mowgli biasa berjalan bersama-sama di dalam rimba ini. Saya yakin dia akan mengikut saya."
        "Baiklah," Akela bersetuju. "Pergi cepat, sekarang juga! Jangan membuang masalagi."
        Pmalam itu, Mowgli mendapati dirinya duduk di atas belakang Bagheera, merentas rimba yang gelap.
        Perjalanan itu menyeronokkan, tetapi Mowgli sudah penat dan ingin pulang.
        "Bagheera," bisik Mowgli sambil menguap. "Saya mengantuk, bolehkah kita pulang sekarang?"
        "Kita tidak akan pulang," jawab Bagheera. "Saya akan membawa awak ke sebuah perkampungan manusia."
        Mowgli membeliakkan matanya.
        "Perkampungan manusia! Kenapa?" dia bertanya.
        "Kerana seekor harimau bernama Shere Khan baru pulang ke rimba ini." jawab Bagheera. "Dan dia bersumpah akan membunuh awak."
        "Bunuh saya?" teriak Mowgli. "Tapi kenapa dia ingin berbuat demikian?"
        "Dia bencikan manusia," jawab Bagheera. "Shere Khan tidak akan membenarkan awak membesar menjadi manusia, seorang lagi pemburu dengan senapang."
        Mowgli menggelengkan kepalanya.
        "Oh, kalau begitu," katanya sambil melompat dari belakang Bagheera. "Kita terangkan kepada Shere Khan yang saya tidak akan melakukan perbuatan seperti itu."
        Bagheera menggelengkan kepalanya dengan perlahan sambil memandang Mowgli yang dianggapnya tidak ubah seperti seekor monyet yang lembap.
        "Jangan jadi bodoh," katanya. "Tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan apa-apa kepada Shere Khan."
        Mendengar kata-kata Bagheera itu, Mowgli menunjukkan dagunya dan menjerit. "Saya tidak takut kepada Shere Khah atau sesiapa pun!"
        Sejurus kemudian, mereka sampai di sebatang pokok besar yang tinggi.
        "Cukuplah," kata bagheera sambil memandang ke arah pokok itu. "Kita akan bermalam di sini. Esok, keadaan akan menjadi lebih baik."
        Akan tetapi, Mowgli tidak berfikir demikian. Dia tidak mahu bermalam di situ dan sudah tentu tidak mahu pergi ke perkampungan manusia. Dia mahu tidur bersama-sama keluarganya dan tinggal di dalam rimba.
        "Anak manusia!" Suara keras Bagheera mengejutkan lamunan Mowgli.
        "Panjat pokok ini," kata Bagheera. Kemudian dengan nada yang lebih lembut, Bagheera berkata, "Pergilah naik ke atas. Awak akan lebih selamat di situ."
        Mowgli memandang ke bawah dan menyeret-nyeret kakinya di atas tanah.
        "Tapi saya tidak mahu pergi ke perkampungan manusia!" Mowgli menangis. "Dan saya tidak mahu panjat pokok ini!"
        Kemudian dia memandang ke atas.
        "Lagipun saya tidak boleh naik ke atas sana," dia membantah.
        Namun, Bagheera tidak menghiraukan kata-kata Mowgli. Dia terus mendorong Mowgli memanjat pokok itu.
        Apabila mereka sampai di dahan yang sesuai, bagheera menguap lalu membaringkan badannya untuk tidur. Mowgli duduk dengan muka yang masam di hujung dahan yang bertentangan.
    "Saya hendak tinggal di dalam rimba ini," Mowgli berkata. "Jika terpaksa, saya boleh menjaga diri saya sendiri."
        Tetapi Bagheera tidak mendengar kata-katanya itu. Dia hampir terlena.
        Pada ketika itu, Kaa, seekor ular sawa yang sedang melingkar di dahan tinggi di atas pokok itu, mengintip Mowgli yang duduk di dahan bawah.
        Ular yang panjang itu membuka lingkarannya dan tersenyum.
        "Sssiapa di situ?" Kaa mendesis. "Eh, seorang anak manusia. Anak Manusia yang sungguh lazat!"
        Dia menjilat taringnya dan menyusur ke bawah.

Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | maklumat dikemaskini

 



Penyelenggaraan dilaksanakan oleh
Unit IT Rumah Pengakap Perak