

"Eh, eh, seorang anak manusia!" dia berkata.
Harimau kumbang itu mengangkat bakul tersebut dan meletakkannya perlahan-lahan di tebing sungai. Dia menatap dengan hairan wajah anak manusia yang telah berhenti menangis itu. Anak manusia itu merenung Bagheera dengan mata coklatnya yang besar.
Bagheera tersenyum melihat bayi itu dan tiba-tiba bayi itu membalas senyumannya.
"Hmmm," Bagheera berbisik. "Saya selamatkan awak dari sungai, tapi apa yang boleh saya lakukan dengan awak sekarang? Awak perlukan susu dan jagaan ibu."
Semasa Bagheera melamun, anak manusia itu mengapaikan tangan dan menarik misai keras Bagheera.
"Jangan, jangan, anak kecil," kata Bagheera. "Saya tidak ada masa untuk bermain. Saya mesti berfikir."
Harimau kumbang yang baik itu mendapat suatu idea. Dia tahu bahawa sekeluarga serigala yang mendiami gua berhampiran dengan tempat itu baru mendapat beberapa ekor anak.
"Jika saya bawa anak manusia ini kepada ibu serigala," bisik hati Bagheera, "dia akan menjaganya."
Bagheera menganggungkkan kepalanya kearah bayi itu seolah bayi itu faham apa yang dikatakannya.
"Baiklah, keputusan sudah dibuat," katanya dalam keadaan terdesak. "Saya akan bawa awak ke sana sekarang."
Tanpa membuang masa, Bagheera pun mengambil bakul itu dan membawanya ke gua.
Bagheera meletakkan bakul itu di hadapan pintu gua, tempat yang pasti dapat dilihat oleh serigala. Kemudian dia mencari tempat persembunyian yang sesuai dan menunggu di situ.
Setelah beberapa minit, Bagheera menjadi tidak sabar. Bayi itu diam sahaja dan tidak ada sesiapa yang keluar dari gua itu.
Bagheera menyusup ke arah bakul dan menyepak bakul itu dengan kakinya. Bayi itu marah dan menjerit dengan sekuat-kuat hatinya. Bagheera terkejut dan melompat ke belakang. Jeritan anak manusia itu sungguh kuat!.
Namun, tindakan Bagheera itu berhasil. Sebaik sahaja Bagheera sampai ke tempat persembunyiannya, sekumpulan anak serigala melompat keluar dari gua dan berjalan perlahan-lahan ke arah bakul itu.
Ibu serigala mengikut anak-anaknya keluar dari gua. Dia
tersenyum apabila melihat bayi itu. "Oh, anak manusia!" dia berseru. "Saya belum
pernah melihat anak manusia. Lihat betapa kecil dan beraninya bayi ini. Eh, eh,
dia berani macam anak-anak saya!"
Bagheera tersenyum mendengar kata-kata itu. "Saya tahu tentu tidak ada masalah. Terima kasih kepada sifat keibuannya," harimau kumbang itu ketawa perlahan-lahan.
Tidak lama kemudian, Bagheera melihat Rama, bapa serigala, teerhendap-hendap keluar dari gua itu.
Bagheera tidak begitu pasti tentang Rama. Bagaimana kalau Rama tidak menerima bayi itu? Bagheera berfikir. Bagaimana kalau dia marah? Bagaimana kalau...
Tetapi Rama telah mendekati bakul itu seolah-olah ada seekor binatang ganjil di dalamnya. Sebaik saja bapa serigala itu menjulurkan hidungnya ke dalam bakul, bayi itu ketawa.
Bagheera menahan nafasnya. Tetapi Rama hanya tersenyum. Harimau kumbang menarik nafas lega. Rancangannya berjalan baik. Anak manusia itu telah diterima oleh keluarga serigala.
| Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 |
![]()