Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

02 OGOS 2006

ASSALAMUALAIKUM...

WASSALAM...
 

14 FEBUARI 2006

ASSALAMUALAIKUM...

Sejenakku terfikir,
 
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

 1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

 2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

 3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

 4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

 5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

 6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

 7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

 8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

 9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

 10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu  bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


HAVE A WONDERFUL DAY!!!
BELAJARLAH BERSYUKUR....
...

Alhamdulillah...

Rasanya kalau rumah sudah bersawang andai tidak dijaga dan dibersihkan. Laman saya ni pun rasanya dah bersawang dah. Hehehe... Nama pun Laman sawang. Faham tak? Fikirkan

Sudah begitu lama saya tidak menulis. Begitu sibuk dengan pelbagai urusan dan aktiviti tambahan selepas beristeri ini memang tambah sibuk. Di rumah pula tiada komputer, harapkan komputer di pejabat sahaja. Segalanya tampak terbatas.

Cukup banyak yang bertanya mengapa saya sudah begitu lama menyepikan diri. Susah nak jawab. Tapi saya tetap menjenguk dan membca weblog kawan-kawan yang lain yang semakin ceria.

Selama ini cukup banyak cerita/kisah yang tidak dapat kita kongsi. Rakan-rakan pengunjung laman ni pun dah yang mendapat anak. Alhamdulillah hari ni genap setahun ulangtahun pertunangan saya dan Alhamdulillah ikatan itu sudah pun terikat dengan jalinan perkawahwinan. InsyaAllah ada masa nanti saya akan uploadkan gambar kahwin saya.

Esok pula genap 26 tahun umur saya dan tak lama lagi, InsyaAllah saya akan menimang cahaya mata  sulung. Doakan segalanya berjalan lancar.

Menempuh alam perkahwinan memang nyata mematangkan kita. Andai dulu saya sering beri nasihat dan kaunseling kat orang yang dah kawhin tetapi bila tiba giliran saya, memang rasa betapa beratnya memikul amanah ini. Segalanya harus diatur dan dirancang dengan teliti. Perlu ada segenap kekuatan untuk memikul tanggungjawab berat ini.

Alhamdulillah dengan sokongan isteri tersayang, saya bina kekuatan untuk terus membina apa yang kami impikan. Kenaikan harga minyak memang benar-benar menekan dan memang saya rasa agak tertekan apatah lagi hanya saya sahaja yang bekerja di kota Kosmopolitan ini. Alhamdulillah rezeki Allah datang dengan pelbagai cara.

Cukup setakat ini buat pembuka bicara lembaran 2006 ini.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004][Arkib 2005]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Erniza][Shaukhi]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2005
Provided by
Saiful Azrul Che Lah