DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat] [Fonebeat]

19 OKTOBER  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Lama betul saya tak update laman saya ni. Hmmm... Terlalu sibuk. Dulu waktu tak bekerja bolehlah setiap hari update. La ni nampak gaya sekali sekala ja la. Dah lama tak menulis terasa berat pulak nak kembali menaip. Terasa banyak benda pulak nak diceritakan. Banyak... Banyak... Banyak... Selagi kita hidup akan kita lalui cukup banyak suka duka kehidupan.

Ia cukup menguji kita. Sejauh mana kita mampu menghadapinya. Apakah kita mudah putus asa atau kita Cuma mengikut arus hidup. Aduhai begitu lah kompleksnya kehidupan. Setaip human ada ragam dan peel masing-masing dan di sebalik setiap diri itu ada sejuta rahsia yang tak pernah kita ketahui.

Bukan tidak mahu dihebohkan tetapi melihat peel manusia ada pelbagai ragam, maka akan jadi pelbagai tafsiran pula. Itulah kehidupan. Selagi kita cuba memahami kehidupan, kadnagkala terasa begitu payah. Tetapi apabila kita kembali menelusuri anjuran agama, maka InsyaAllah semua itu dapat kita harungi dengan penuh hikmah.

Persoalannya setakat manakah kita mampu beristiqamah? Kita bukan maksum, malah iman kita ada turun naik tetapi biarlah sedikit tetapi kita mampu. Kita mula perlahan-lahan dan InsyaAllah akhir nanti kita akan dapat menyerap segalanya.

Saya teringat pesan seorang guru di sekolah menengah dulu. Katanya, otak kita ni macam span. Kalau kita letakkan air banyak-banyak sekaligus maka akan banyaklah yang keluar. Tetapi kalau kita bubuh sikit-sikit, span akan menyerap semuanya. Katanya jangan paksa otak kita di luar kemampuan sendiri.

Kemalangan...

Hmmm... Sabtu lepas, sewaktu pulang dari Majlis berbuka puasa HKC Lembah Kelang di Restoran Nelayan Titiwangsa, saya telah mengalami kemalangan jalan raya. Saya bawa taklah laju sangat tetapi waktu tu keadaan jalan agak licin disebabkan hujan. Memang saya dah basah dalam hujan waktu tu. Tiba-tiab ada kereta di hadapan membelok secara mengejut dan kereta di depan tu brek mengejut disusuli kereta kedua dan saya di barisan ketiga terpaksa brek mengejut. Kalau sesiapa yang biasa naik motor tahulah bagaimana reaksi tayar belakang kalau brek dalam keadaan jalan yang licin atau basah.

Terus hilang kawalan dan saya sempat terjun dan menggelongsor bersama motor yang terseret merempuh simen pembahagi jalan. Fuh nampak berapi-api!

Saya Cuma cedera ringan di lutut dan siku. Sakit luka tak apa sangat tetapi di bahagian pelipat ni agak perit sikit. Motor habis penutup rantai, pemijak kaki, tempat penukar gear, lampu belakang, nombor plat motor dan seat motor serta beberapa kerosakan minor. Keesokannya  RM 100++ terbang untuk repair motor.

Kata kawan, motor tu merajuk sebab saya dah beli kereta. Hehehe... Apa apa ja lah... Yang best malam tu boleh turun main futsal lagi tu. Hehehe...

Kahwin...

Musim kahwin di jabatan saya. InsyaAllah saya akan melangsungkan hari bahagia saya pada 03 Disember 2005 ni. Di sebelah perempuan dan akad nikah pada 27 November 2005 ni. Jemput semua hadir. Nanti saya akan postkan susulan dalam diari saya ni. Harap bersabar.

Di jabatan saya yang akan kahwin dan telah kahwin pada tahun ni ialah:-

Rahman
Megat
Aieshah
Yazeed
Muiz
Zaini
Saiful
Naterah

Ramai betul yang masuk list sampai pening kepala bos. Hehehe...

Setakat ni dulu buat hari ni...

(My activities) Sila View mengikut bulan untuk lebih jelas.

[Fonebeat]

WASSALAM...

01-18 OKTOBER  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Tiada Catatan

(My activities) Sila View mengikut bulan untuk lebih jelas.

[Fonebeat]

WASSALAM...

01-30 SEPTEMBER  2005

ASSALAMUALAIKUM...

Tiada Catatan

(My activities) Sila View mengikut bulan untuk lebih jelas.

[Fonebeat]

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004][266][267][268][269][270][271][272][273][274][275][276][277][278][279][280][281][282][283][284][285][286][287][288][289]


((Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnalís Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Erniza][Shaukhi]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2005
Provided by
Saiful Azrul Che Lah