1. Memahami petikan.
Anda mungkin perlu membaca 2 kali untuk
memahami petikan tersebut. Petikan yang akan diberikan mungkin berupa rencana
akhbar atau majalah, ucapan, syarahan, cerpen, laporan, dialog, dan sebagainya.
2. Menentukan kehendak soalan.
Pastikan jumlah kata yang dikehendaki.
Misalnya, ... tidak melebihi 100 patah kata, atau ...tidak kurang daripada
120 patah kata, atau... antara 100 hingga 120 patah kata, dan sebagainya.
Anda juga perlu memastikan skop rumusan yang diarahkan (sekiranya ada).
Misalnya, ...punca berlakunya..., atau kesannya..., atau usaha mengatasinya.....
Hal ini kerana dalam petikan yang diberikan itu mungkin terdapat beberapa
skop sedangkan anda dikehendaki membuat rumusan bagi skop yang tertentu
sahaja.
Contoh Soalan merumus petikan.
Arahan Soalan: Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian buat suatu rumusan tentang usaha-usaha untuk mengatasi masalah melepak di kalangan remaja. Panjang rumusan anda hendaklah antara 100 hingga 120 patah perkataan.
Fikir: i. Apakah skop rumusan yang
dikehendaki?
ii. Berapa patah perkataan ?
3. Menulis rumusan
Tulislah rumusan anda dalam 3 atau 4 perenggan
(walaupun jumlah perenggan tidak ditetapkan). Misalnya:
Perenggan 1 : Pengenalan
Pengenalan ialah sebaris ayat yang mengaitkan
kehendak soalan dengan petikan secara umum. Contoh i.
Petikan ini berkenaan dengan punca-punca
kebakaran dan cara-cara mengelak daripada berlakunya kebakaran.
Contoh ii
Petikan ini membincangkan langkah-langkah mengurangkan masalah
ponteng di kalangan pelajar dan kepentingannya.ATAU
Contoh iii
Petikan ini tentang perkembangan teknologi maklumat
dan kesannya terhadap masyarakat Malaysia.
Antara kelemahan-kelemahan calon ketika menulis
ayat pengenalan ialah:
Perenggan 3 : Isi Tersirat
Perenggan 4 : Kesimpulan
( Anda juga boleh menggabungkan perenggan ke2
dan ke3 dalam satu perenggan. )
4. Menyemak rumusan.
Sebagai garis panduan anda, perkara-perkara berikut
atau golongan kata berikut dikira sebagai satu patah kata:
a. Kata nama Khas seperti nama orang, nama tempat,
judul buku, dan sebagainya.
Setelah selesai menyemak, tulislah jumlah kata
di dalam kurungan di sebelah kanan di bawah rumusan anda.
5. Penanda Wacana.
Di samping itu, ...
6. Jumlah Kata
Jika jumlah kata anda kurang daripada yang dikehendaki,
lakukanlah penambahan kata yang perlu sebaliknya jika jumlah kata anda
berlebihan, lakukanlah pengurangan kata dengan mengeluarkan isi-isi yang
difikirkan tidak begitu penting.
7. Tulisan
Tulislah dengan jelas dan dalam bentuk yang mudah
dibaca.
LATIHAN MERUMUS 1/99
1. CARA MENULIS PENGENALAN DALAM MERUMUS.
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN
UNTUK MENGHASILKAN PENGENALAN YANG BAIK.
1. Biasanya pengenalan dalam merumus mempunyai
2 bahagian dan calon diberi 1markah bagi setiap bahagian.
Setelah membaca petikan itu, anda mungkin akan
menulis pengenalan itu seperti berikut:
a. Petikan tersebut membincangkan peranan pihak
swasta untuk memajukan ekonomi negara Malaysia dan pelaksanaannya.
ATAU
Contoh-contoh yang lain adalah seperti yang berikut:
a. Petikan tersebut membincangkan masalah sosial
di kalangan masyarakat di Malaysia dan kesannya terhadap ekonomi negara.
a. Petikan membincangkan kebaikan penggunaan komputer
dan faedah-faedahnya. (1 markah sahaja, kerana perkataan kebaikan dengan
perkataan faedah mempunyai maksud yang sama)
b. Petikan membincangkan unsur-unsur negatif dalam
internet dan keburukannya. (1 markah)
LATIHAN:
1. Pencemaran
2. Kerja secara bergotong- royong
3. Masalah melepak
i. Tidak memasukkan skop sampingan. Contoh:
Petikan itu membincangkan kebaikan penswastaan
(1markah) dan pelaksanaannya di negara kita. (1 markah lagi)
ii. Menulis skop sampingan yang sama makna. Contoh:
Petikan itu membincangkan kebaikan penswastaan dan faedah-faedahnya kepada
masyarakat kita. (Kebaikan=faedah=kepentingan)
iii. Melakukan kesalahan tatabahasa dengan memasukkan
perkataan “tentang” selepas perkataan "membincangkan".
Perenggan 2 : Isi tersurat
Isi-isi tersurat dapat ditemui secara langsung
daripada petikan. Mengesan isi-isi tersurat samalah seperti mengesan isi-isi
penting daripada petikan yang diberikan. Cuba dapatkan antara 2 hingga
6 isi tersurat daripada petikan.
** kebanyakan calon didapati tidak menulis ayat pertama
dalam perenggan isi yang menunjukkan mereka menjawab soalan sebaliknya menulis
sesuatu yang berbentuk pernyataan umum.contoh ayat pertama dalam perenggan isi
yang menunjukkan calon menjawab soalan adalah seperti berikut:
-Antara punca-punca masalah melepak ialah....atau
-Masalah ponteng didapati berpunca daripada...atau
-Perlumbaan motosikal secara haram didapati telah mengakibatkan...
Isi-isi tersirat diperolehi melalui
tafsiran dan analisis yang kritis. Anda hendaklah menulis isi yang tersurat
itu dengan mengambil kira skop atau arahan yang diberikan. Jangan memberikan
cadangan anda dalam isi tersirat kecuali bagi skop “cara-cara mengatasi”
sesuatu masalah.Biasanya isi tersirat menunjukkan implikasi bagi isi tersurat.Anda juga
boleh menulis isi tersirat dalam bentuk memberikan penilaian anda tentang sesuatu
masalah yang dikemukakan dalam petikan. Cuba dapatkan antara 2 hingga 6 isi tersirat dan tuliskan
dalam rangka jawapan anda.
Dalam bahagian kesimpulan, tuliskan kesimpulan
anda tanpa menyimpang daripada arahan asal yang terdapat dalam soalan iaitu
menurut skop yang diminta. Secara umumnya, kesimpulan tidak jauh berbeza
daripada isi tersirat.
Semak rumusan yang telah anda siapkan untuk memastikan
tiada kesalahan ejaan, kesalahan tanda baca, dan kesalahan bahasa terutamanya
kesalahan ayat. Pastikan juga anda tidak menulis melebihi jumlah kata yang
telah dihadkan. Hal ini kerana jumlah kata yang melebihi had itu tidak
akan dibaca oleh pemeriksa. Anda akan kehilangan markah yang banyak sekiranya
melakukan kesilapan ini.
b. Kata ganda seperti tempat-tempat, gunung-ganang,
rumput-rampai, dan sebagainya.
c. (Kata majmuk seperti luar bandar, mengambil
alih, mengenal pasti, lebuh raya, dan sebagainya.)
d. Tarikh dan angka.
e. Cogan kata, dan simpulan bahasa.
Untuk mendapatkan kesinambungan antara
ayat dengan ayat, anda hendaklah menggunakan penanda wacana yang sesuai
dan letakkan tanda koma setiapkali selepas anda menulis penanda wacana.
Misalnya :
Namun begitu, ...
Oleh hal yang demikian, ...
Tambahan pula, ...
Sungguhpun begitu, ...
Dalam pada itu, ...
Pemarkahan:
Markah penuh = 30
Yang perlu ada dalam rumusan anda ialah perkara-perkara
seperti berikut:
1. Pengenalan - 2 markah
2. Isi tersurat - 2 markah setiap satu isi yang
lengkap (minimum 2 isi= 4markah, maksimum 6 isi =12 markah)
3. Isi tersirat - 2markah setiap satu isi yang
lengkap (minimum 2 isi= 4markah, maksimum 6 isi =12 markah)
(Isi tersurat + isi tersirat= 8 isi = 2+6 atau
3+5, atau 4+4, dan seterusnya)
3. Penutup/kesimpulan - 2markah bagi isi
yang betul dan sesuai.
2. Calon hendaklah menulis pengenalan dengan
berpandukan arahan dalam soalan. Contoh soalan:
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian
buat satu rumusan tentang peranan pihak swasta untuk memajukan ekonomi
negara Malaysia.
Contoh:
b. Petikan tersebut membincangkan peranan pihak
swasta untuk memajukan ekonomi negara Malaysia dan sambutannya terhadap
masyarakat. ATAU
c. Petikan tersebut tentang peranan pihak
swasta untuk memajukan ekonomi negara Malaysia dan cabaran-cabaran yang
dihadapi dalam peringkat pelaksanaannya.
(tulislah mana-mana isi tambahan yang sesuai
dengan petikan yang diberikan itu)
b. Petikan menjelaskan peranan media elektronik
di negara kita dan pengaruhnya terhadap masyarakat remaja.
c. Petikan membincangkan masalah jerebu di Malaysia
dan usaha-usaha yang telah dijalankan untuk mengatasinya.
3. Pastikan anda tidak menulis isi tambahan yang
tidak ada kaitan dengan petikan.
4. Pastikan anda tidak menulis isi tambahan yang
mempunyai sama makna atau sama maksud dengan isi utama seperti yang terdapat
dalam arahan soalan. Misalnya begini:
Tulis pengenalan bagi tajuk-tajuk yang berikut
.
Sila lihat CONTOH RUMUSAN
Muka Depan | Kefahaman | Merumus | Tatabahasa | Karangan |