Pilih warna latar: a) Membina ayat daripada kata ganda, misalnya:
baring-baring, agar-agar, jejentik, desas-desus, mati-matian, dan sebagainya.
1. Jangan bina ayat yang tidak dapat membezakan
makna kata yang diberikan. Sekiranya ayat anda tidak menunjukkan perbezaan
makna, markah tidak akan diberikan.
TEKNIK MEMBINA AYAT DARIPADA PERKATAAN BERIMBUHAN
1. Cuba gantikan perkataan dasar dengan perkataan
lain yang segolongan dengannya.
Contoh:
Membungakan –( Kata Nama benda) sekiranya digantikan
dengan perkataan buku maka terhasillah perkataan yang lebih mudah
difahami iaitu membukukan yang bermaksud menjadikan sesuatu itu seperti
buku. Misalnya :
Dia membukukan semua surat teman wanitanya untuk
dijadikan kenang-kenangan.
Oleh itu kita dapat faham bahawa imbuhan mem…..kan
itu membawa makna menjadikan sesuatu seperti kata dasar. Jadi kita boleh
membina ayat seperti berikut:
Dia membungakan kertas-kertas kecil yang berwarna-warni
itu untuk dijadikan hiasan di meja makan.
INGAT : anda mesti gantikan perkataan yang segolongan
dengan kata dasar yang diberikan. Untuk itu anda perlulah mengenal pasti
golongan kata bagi perkataan tersebut sama ada Kata Kerja atau Kata Nama,
atau Kata Adjektif.
Untuk itu cuba anda sebutkan 5 berkataan (dasar)
yang termasuk dalam setiap golongan kata tersebut:
Sekarang cuba bina ayat daripada perkataan-perkataan
yang berikut:
1. meletihkan (Adjektif)
2. merapatkan (Adjektif)
3. menidurkan (Kerja)
4. mendudukkan (kerja)
5. pengeboman (nama)
6. pengecatan (nama)
Di samping itu, jangan lupa, binalah ayat yang
dapat menjelaskan makna dan penggunaan yang betul. Elakkan penggunaan Kata
Nama Khas, simpulan bahasa atau kiasan, dan cuba elakkan juga Kata Majmuk.
Misalnya:
Cuba gunakan Kata Hubung dalam ayat-ayatayat yang
anda bina seperti: supaya, untuk, oleh sebab, agar, dan sebagainya.
LATIHAN: Bina ayat daripada perkataan yang berikut
supaya jelas menunjukkan anda faham akan maknanya.
2/99 :TEKNIK MENJAWAB SOALAN TATABAHASA
Soalan 4a : Membina Ayat
Anda mungkin diminta membina ayat-ayat seperti
berikut:
1. Membina 1 ayat bagi setiap kata yang
diberikan untuk menunjukkan bahawa anda faham akan makna dan penggunaannya.
Contoh:
Anda mungkin tidak diberikan markah penuh sekiranya
anda menghasilkan ayat-ayat yang tidak menunjukkan anda faham akan makna
perkataan tersebut seperti yang berikut:
Contoh:
2. Membina 1 ayat bagi setiap kata dalam pasangan
kata yang diberikan untuk menunjukkan penggunaan dan perbezaan maknanya.
Contoh:
i. Oleh sebab Zainol mempunyai kebolehan
yang luar biasa dalam bidang sukan, dia telah diterima bekerja sebagai
jurulatih pasukan bola sepak negara.
ii. Surat rayuan yang dikemukakan oleh peguam
itu telah membolehkan Hasyim dibebaskan dengan ikat jamin.
3. Membina 2 ayat bagi satu kata untuk membezakan
maknanya.
1. Jangan lakukan kesalahan tatabahasa atau
ejaan. ( potongan setengah markah )
Untuk mengelakkan penggunaan imbuhan anda bolehlah:
i. Meletakkan perkataan tersebut di permulaan
ayat.
ii. Menggunakan ayat larangan.
iii. menggunakan ayat pasif bagi Kata Ganti Nama
Orang Pertama atau Kedua.
LATIHAN 1
Membina ayat daripada perkataan yang hampir sama
bunyi tetapi berlainan makna.
1. beradat/ beradab
Orang yang beradab ialah orang yang bersopan santun
dan tidak biadab.
2. hempas/ hampas
Setelah isi kelapa diperah untuk mendapatkan santan,
hampas yang tinggal itu dibuang ke dalam sebuah beg plastik yang besar.
3. golongan/ gulungan
Gulungan dawai itu disimpan untuk kegunaan membaiki
pagar rumah Pak Samad.
4. lengan/ lengang
Bandar Kuala Lumpur menjadi lengang menjelang
tahun baru kerana banyak orang telah pulang ke kampung.
5. resmi/ rasmi
Bangunan itu telah dibuka secara rasmi oleh Perdana
Menteri sejak bulan lalu.
6. padan/ pandan
Pandan ialah sejenis tumbuhan yang boleh
digunakan untuk membuat kuih dan minyak wangi.
7. tabik/ tabib
Penyakit itu telah dapat disembuhkan oleh seorang
tabib dari negeri Jepun.
1. JENIS SOALAN UNTUK MEMBINA AYAT - Soalan 4a-
b) Membina ayat daripada kata yang hampir
sama maknanya, misalnya: merebus, menggoreng, menanak, memanggang, menjerang,
mengukus, dan sebagainya.
c) Membina ayat daripada kata dan kata berimbuhan,
misalnya: hati, berhati-hati, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,
dan sebagainya.
d) Membina ayat daripada pasangan kata dan kata
ganti seluruh, misalnya: tua-tua, jarang-jarang, angkut-angkut.
e) Membina ayat daripada pasangan kata homograf,
misalnya: bela, rendang, semak, sepak, dan sebagainya.
f) Membina ayat daripada pasangan kata berimbuhan,
misalnya: perjawatan, menjawat, penjelasan, menjelaskan,
g) Membina ayat daripada pasangan kata dan kata
majmuk, misalnya: gulung, gulung tikar, pecah, pecah rumah, lalu, lalu
lintas.
h) Membina ayat daripada pasangan kata ganda
dan kata berimbuhan, misalnya: bulat-bulat, membulatkan, rata-rata, meratakan,
dan sebagainya.
i) Membina ayat daripada pasangan kata yang berbeza
maknanya tetapi hampir sama bunyinya, misalnya: belot, belut, cocok, cucuk,
menonton, menuntun, suluruh, seloroh, dan sebagainya.
j) Membina ayat daripada kata banyak makna, misalnya:
dahaga (kasih sayang/untuk minum air), keras (suara/objek)
2. Jangan gunakan pasangan kata yang diberikan
dalam satu ayat sahaja. Markah tidak akan berikan untuk jawapan yang sedemikian.
3. Jangan melakukan kesalahan ejaan atau kesalahan
tatabahasa. Jika kesalahan seperti itu dilakukan anda tidak akan mendapat
markah penuh.
4. Jangan letakkan sebarang imbuhan pada kata
yang diberikan ketika membina ayat. Jika hal ini dilakukan, 0 markah.
5. Jangan gandakan kata yang diberikan ketika
anda membina ayat. Jika dilakukan - 0 markah.
6. Jangan bentuk ungkapan, kiasan, cogan kata,
nama khas, atau simpulan bahasa daripada kata yang diberikan. Jika hal
ini anda lakukan, markah tidak akan diberikan.
7. Jangan gunakan kata majmuk bagi kata tunggal
dalam ayat yang anda bina. Anda tidak akan diberi markah untuk pembinaan
ayat seperti itu.
8. Anda tidak akan diberi markah sekiranya anda
menulis ayat yang tidak menunjukkan anda faham akan maknanya, misalnya:
Saya tidak tahu membina ayat daripada perkataan kawat.
1. Kata Kerja : tidur, ……..
2. Kata Adjektif : tinggi,…..
3. Kata Nama: meja,……
Berita itu diisytiharkan melalui media elektronik
di seluruh negara ( 1 markah)
Sejak peraturan yang baru itu diisytiharkan oleh
Pengetua, semua pelajar tidak mematuhinya. (2 markah)
Lanjut, berlanjutan, melanjutkan, selanjutnya,
lanjutan, kelanjutan(ekoran), terlanjut(terlajak), melanjut(berlarutan),
berlanjut-lanjut(bersambung-sambung), perlanjutan (persambungan).
BAHASA MELAYU SPM
rendang - Oleh sebab cuaca terlalu panas, kami
singgah sebentar untuk berteduh di bawah pokok yang rendang itu.
rendang - Pokok kelapa di tepi sungai itu sangat
rendang.
Kebolehan - membolehkan
Contoh:
melarat
i. Hidup mereka melarat sejak ibu- bapa
mereka meninggal dunia sehingga mereka terpaksa mengemis.
ii. Kebakaran itu telah melarat ke beberapa buah
rumah yang berdekatan dengan tempat kejadian itu.
2. Jangan letakkan sebarang imbuhan pada
kata yang diberikan. ( 0 markah )
3. Jangan gandakan kata yang diberikan.
( 0 markah )
4. Jangan bentuk Kata Nama Khas daripada
kata yang diberikan. ( 0 markah )
5. Jangan gunakan kata yang diberikan sebagai
simpulan bahasa atau cogan kata. ( 0 markah )
6. Jangan bentuk kata yang diberikan sebagai
kata majmuk. ( 0 markah )
“Sentuh kulitnya perlahan-lahan dan cuba pujuk
dengan suara yang lembut.” Kata Dr Rendra.
“Jangan sentuh apa-apa sehingga menerima arahan
daripada ketua kita.” Kata Sobri kepada Samad.
Makanan itu saya sentuh setelah mendapat kebenaran
daripada pengawal tersebut.
Sudin dikatakan tidak beradat kerana berkahwin
dengan Salmah secara senyap-senyap.
Dengan perasaan marah buku itu saya hempas dan
saya pijak-pijak.
Tetamu yang hadir dalam majlis itu terdiri daripada
golongan pegawai-pegawai kerajaan.
Lengan Abu luka kerana terkena paku ketika cuba
membaiki tingkap rumahnya.
Sudah menjadi resmi penduduk di sini bekerja
secara bergotong royong setiap kali tiba musim menuai.
Warna baju itu tidak padan dengan warna kulitnya.
Tabik merupakan satu perlakuan untuk menunjukkan
kita menghormati pegawai atasan kita.
MEMBINA AYAT | C/AJUK-C/PINDAH | KESALAHAN BAHASA | MENGGABUNG AYAT |
Muka Depan | Kefahaman | Merumus | Tatabahasa | Karangan |