| Sondolan
TNC dan MNC
Dalam bahagian ini, saya cuba menunjukkan kegiatan 'gergasi' TNC dengan lebih khusus dan pertaliannya terhadap gobalisasi. Times Warner, News Corp., dan Disney, seperti yang telah kita ketahui, 'sondolan'nya adalah berumbikan keuntungan tanpa memikirkan kesan terhadap negara yang dipasarkan produknya. Selain mengaut keuntungan, TNC ini juga mengekalkan dan mengembangkan keuntungan. Fenomena inilah yang menekan pengusaha penerbitan negara membangun untuk bersaing sama setanding sepertimana yang digambarkan secara ideal. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Sofres FSA, bahawa penduduk Malaysia mempunyai tanggapan yang kian positif terhadap barangan keluaran Malaysia berbanding keluaran luar negara (barangkali ini terhasil daripada kempen ‘Beli Barang Buatan Malaysia’. Berikut peratusan yang telah dikemukakan; 31% lebih bermutu 9% kurang bermutu 6% tidak diketahui Arena kapitalis terus memberi izin dan menghalalkan pasaran pembukuan dimonopoli oleh TNC. Walau bagaimanapun hal ini ditanggap sebagai struggle of power di antara negara membangun dan TNC. Di sini pergeseran makna terus berlaku. Realitinya, persaingan perniagaan antara TNC dan negara membangun tidaklah begitu ketara, namun apa yang lebih menonjol di sini ialah pesaingan di antara TNC dan TNC sendiri. Mereka berlumba untuk merebut peluang yang terbuka. Masing-masing menggunakan pendekatan yang terhebat bukan untuk kebaikan negara membangun tetapi lebih berupa senjata untuk berjuang sesama mereka. Ahli jawatankuasa News Corporation secara terus terang menyatakan bahawa paska 1997 ini, aktivitinya akan diteruskan dalam menakluk arena global media; (Chairman's
Message : newscorp/report/business/index.htm : m/s 1)
Kecanggihan teknologi yang sentiasa digunakan, adalah menjadi senjata iringan dalam mempermudahkan lagi pencerobohan. Tambahnya lagi; (Chairman's
Message :newscorp/report/business/index.htm : m/s 3)
(Chairman's
Message :newscorp/report/business/index.htm : m/s 2)
(Chairman's
Message :newscorp/report/business/index.htm : m/s 3)
(TimeWarner
news release June 11, 1998:pathfinder.com/corp/tw/pr/response061198.html
: m/s 1)
(TimeWarner
news release June 11, 1998:pathfinder.com/corp/tw/pr/response061198.html
: m/s 1)
Time Warner yang memiliki motto 'The World is Our Audience' namun
untuk memastikan kejayaanya dalam struggle of power, mereka
telah menggunakan selogan 'Think Globally, Act Locally'.
CADANGAN
DAN HARAPAN PENERBITAN TEMPATAN
Pertama ialah diversity ataupun kepelbagaian. Dalam konteks ini kepelbagaian dilihat sama ada dari segi genre penerbitan, teknik pemasaran (marketing mix), teknik pengeluaran (convergence of mode). Keduanya ialah konsep assesibility ataupun kemudahan memperolehinya. Ini meliputi ruang lintup pasaran itu sendiri kerana matlamat terakhir penerbitan ialah dapat dicapai oleh pembaca. Faktor yang terakhir pula ialah accountability ataupun tanggung jawab. Hal ini melibatkan tanggung jawab sosial pihak penerbitan dalam memberikan sumbangannya terhadap persekitaran sosial tempat di mana ia beroperasi. Perkara ini dalam jangka panjang akan memberikan keuntungan pada diri mereka sendiri. Hal ini meliputi penerbitan buku-buku yang berkualiti, buku yang diperlukan, dan buku-buku yang boleh membawa kepada pembangunan dunia pembaca dan buku-buku yang boleh membawa kepada pembangunan dunia pembacaan dan masyarakat setempat. Menurut Shigeo Minowar dalam artikalnya, 'the takeoff phenomenan : is there a theory of book development?', beliau telah menggariskan beberapa faktor asas sebagai panduan kepada pembangunan dunia penerbitan. Tulisannya ini berpandukan beberapa buah negara yang telah maju dalam industri penerbitan seperti Jerman, Perancis, United Kindom, Amerika Syarikat, dan Jepun. Walau bagaimanapun setiap elemen yang disyorkan mendapat pertikaian. Beliau teklah mencadangkan lima faktor iaitu, pertama dengan terwujud dan berkembangnya scientific research. Ini berikutan pusat kegiatan penyelidikan yang giat dijalankan di negara maju bekisar kegiatan ilmu penyelidikan saintifik. Pengembangan ini bermula di Itali pada abad ketujuh belas yang kemudian berkembang ke UK seterusnya ke US. Faktor yang kedua pula ialah 'pembangunan ekonomi'. Ini dilihat dari pertalian yang selari diantara pertambahan jumlah buku diterbitkan dengan tingkat pendapatan perkapita negara di UK dan AS pada 1890 sehingga 1970. Faktor seterusnya ialah 'inovarsi teknikal'. Di UK contohnya pada tahun 1825 sedang berkembang kemudahan percetakan, kilang kertas, penjilidan, atur huruf dan sebagainya yang berkaitan dengan dunia penerbitan. Keempat ialah 'prasarana pemasaran'. Ini melibatkan pembangunan dalam penyuntingan, perancangan, pengiklanan, dan teknik penjualan. Begitu juga dengan konsep hak cipta dan keselamatan kebebasan perkataan bertulis. Faktor yang terakhir yang telah digariskan beliau lagi ialah, 'persekitaran pembacaan'. Hal ini dianggap sebagai mangkin kepada perkembangan penerbitan. Manakala menurut John Kremer, di dalam bukunya '1001 Ways to Market Your Books for Authors and Publisher', memberikan banyak tips kepada penerbit dan penulis untuk meningkatkan penjualan. Orientasi pendekatan yang didedahkan lebih bercorak pemasaran. Antara lain cadangan beliau ialah, cuba meningkatkan usaha pemasaran dengan mendapatkan pengedar nation wide bagi menembusi pasaran antara bangsa. Beliau juga menyarankan agar mengiklankan pengeluaran secara efektif dan yang meluas sama ada melalui internet ataupun mendapatkan publisiti antara bangsa untuk buku yang diterbitkan. Dan banyak lagi cadangan yang digariskan. Manakala untuk jangka panjang pula satu gagasan gerakan semua pihak harus disepadukan dalam memangkinkan dan memotivasikan masyarakat setempat agar budaya keilmuan dapat semarak. Hal ini secara makro akan menjadi mangkin kepada kepesatan kegiatan penerbitan tempatan sekaligus meningkatkan tahap pengeluaran. Hal ini secara tidak langsung akan mampu menaikkan taraf dunia penerbitan kepada industri. Dengan perkembangan yang terancang ini. Profesor Diraja Ungku A. Aziz mencadangkan dalam wawancaranya bersama Dewan Budaya; (Dewan
Budaya (Mei 1987) : m/s 7)
Berikutan daripada status sosial Malaysia yang celik huruf lebih 80% dan tahap pendapatan perkapita yang tinggi (upper middle income country, seperti yang ditakrifkan oleh bank dunia pada tahun 1994) adalah suatu petanda baik yang tidak boleh diabaikan. Sewajarnya pihak penerbit dan pemasar tempatan lebih peka akan kelebihan penawaran ini. Kempen yang dijalankan oleh pihak kerajaan juga menyediakan laluan kepada penerbit tempatan untuk terus bergiat. Sebagai contoh kempen 'Beli Barangan Buatan Malaysia'. Hal ini merujuk kepada kecenderungan penggunaan buku terbitan tempatan. Kempen ‘Derma Buku’ yang telah dilancarkan pada 5 Ogos 1998 selama dua bulan sempena bulan membaca juga adalah satu langkah positif. Walaupun ada yang menganggap bahawa kempen ini gagal sasarannya untuk mengumpul buku berikutan kutipan yang diterima masih jauh daripada target yang disasarkan. Namun langkah ini wajar dipuji dan diteruskan demi untuk menyedarkan kepada masyarakat umum tentang kewujudan ‘media buku’ yang sekaligus mensosialisasikan mereka terhadap dunia pembukuan. Hal ini bukanlah sebuah tugas mudah dan memerlukan jangka masa yang panjang dan kesungguhan yang mendalam. Bukan sekadar itu, penggunaan bahasa Melayu yang kian meluas juga menjanjikan prospek pasaran buku karya asli mahupun terjemahan bahasa Melayu yang lebih cerah. Ini diakui sendiri oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abd. Razak; (Mingguan
Malaysia (2 Ogos 1998) : m/s 10)
Mahu atau tidak kita terpaksa mengharapkan buku-buku daripada TNC dan ilmu mereka sebagai kiblat keilmuan dan pemodenan. Di samping budaya fotostat yang berkembang pesat. Ini terhasil daripada teknologi fotostat yang disokong oleh tanggapan yang rendah terhadap buku itu sendiri. Penggunaan buku yang bersifat sementara telah memburukkan lagi keadaan. Begitu juga dengan serangan MultiMedia yang menjadi problematic. Walaupun ianya dianya acapkali dianggap sebagai pengekang perkembangan dunia penerbitan, namun ada yang beranggapan ianya hanyalah sebagai satu trand yang dinikmati dalam satu tingkat usia tertentu, malah ia dianggap sebagai suplimentary terhadap arena pembukuan sendiri. Ini berikutan fungsi buku itu sendiri yang tidak mampu dipenuhi oleh MultiMedia yang tidak menggunakan kertas (mudah alih, senang dirujuk, tidak bersifat mekanikal, murah, tahan lama, nilai estetika yang tinggi, independent, dan sebagainya) Barangkali arena global di masa hadapan tidak jadi sebagai rangkaian penjajahan atau pembulian, sebaliknya sebagai medan pergelutan merebut kejayaan! …Sekian… |
