| FAKTOR
MAKRO
Jika diperhatikan dari sudut yang lebih saujana, kita tidak sekali-kali boleh menolak tentang kedudukan Malaysia dalam arena keterbukaan. Ini juga membawa maksud bahawa kita tidak boleh menidakkan tekanan dan pengaruh yang diberikan secara implisit ataupun eksplisit hasil daripada proses ini. Sama ada suka ataupun tidak, kita terpaksa menerima hakikat bahawa Malaysia sememangnya telahpun menjalinkan pertalian dan telahpun menerima hambatan hasil daripada perhubungan ini. Seperti yang telah kita sedia maklum bahawa salah satu mission portugis, Belanda dan British (yang seterusnya AS) menjajah Tanah Melayu menjurus kepada pengukuhan kuasa, pemanipulasian keuntungan, dan pengembangan agama. Hal ini adalah sebab utama kedatangan Belanda dan kemudian Inggeris ke Tanah Melayu. Motivasi misinya diselubungi oleh konsep 'white men's burden' (Farnon) yang secara gentalman menganggap bahawa mereka sebagai superio dan melakukan tugas suci untuk memberi petunjuk dan makna pembangunan kepada negara membangun. Melalui kuasa hegemony, mereka mendapatkan consesus dari pensemulajadian masyarakat untuk menerima bahawa mereka adalah inferio, dan memerlukan bantuan serta petunjuk. Talcott Paksons sendiri secara terang-terangan telah menganggap negara membangun sebagai 'masyarakat tradisional'. Dalam idea The Social System nya, ia cuba menyatakan bahawa masyarakat cuba mencapai equilibrium sistem masyarakat itu sendiri. Menurut Rose Lusemburg, pihak negara maju kini telah sedar bahawa penjajahan secara ketenteraan adalah amat sukar dan tidak teguh dalam jangka masa panjang. Sebaliknya akan lebih menguntungkan jika penjajahan ini dilakukan secara neo-colonisme. Beliau juga mengenal pasti neo-colonisme ini dalam tiga bentuk, iaitu negara maju menyerap masuk ke dalam sistem pentadbiran, kedua ialah sistem pendidikan, dan ketiga ialah jentera kerajaan yang bercirikan model negara maju. Agar negara membangun terus berada di bawah telunjuk negara maju. Smith telah menambah; (Gazette
: 1990)
Dalam arena globalisasi yang mengukuhkan kebebasan, pemodenan, dan seumpanya, telah meletakkan Malaysia secara terpaksa di gelanggang keterbukaan, untuk sama-sama menerima konsep kapitalisme yang hanya menguntungkan golongan-golongan bourgeois dan konglomerat tertentu sahaja. Demi untuk menjamin ketelusan pihak MNC untuk menyerap masuk ke dalam negara membangun seperti Malaysia, maka banyak konsep kabur telah diperkenalkan di bawah payung kapitalisme dan demokrasi. Antara konsep yang paling berjaya diterapkan dan terus subur dijadikan kiblat ialah teori modenisasi oleh Schramm (1964) dan Lernen (1958). Hal ini telah secara terus memberikan frame work 'ketamadunan' yang merekakonsepkan bagi negara membangun menerusi pandangan mereka. Menurut Morgenthau, dalam Gazette : an international Journal for Mass Communication Studies; (Gazette
:1990)
Lain-lain konsep 'candu' yang disuntik penataran kesedaran Malaysia ialah konsep Oikoumene (Global Village), Free Market, Free Flow of The Information dan lain-lain. Pihak MNC di bawah lindungan konsep kebebasan dalam keterbukaan pasaran ini terus meluaskan strategi pengautan keuntungannya. Pendominasian
dan Penggantungan
Menurut White Barret, penggantungan ini membuatkan negara membangun terus terjajah dan bergantung kepada TNC. Komponen yang dijajah terdiri daripada jenis-jenis dan bentuk, susunan industri iaitu organisasi dan pengurusannya, isi kandungan, dan akhir sekali ialah nilai budaya yang terkandung dalam praktik media yang diamalkan. Merujuk terhadap media buku yang digunakan, N.T.S Chopra cuba menjelaskan dalam artikelnya ASEAN Scholarly Books : Problems and Prospects; (N.T.S
Chopra(1986 - Vol.17 No.1) : m/s 28)
Keduanya ialah dari segi teknologi, terkadang teknologi yang disogokkan adalah tidak bersesuaian atau relevent hanya untuk jangka masa yang pendek sahaja. Atau ia hanya menjadi gajah putih. Ini juga membuatkan negara membangun terus menuruti tunjuk ajar dan menerima alat gantian untuk upgrade teknologi secondhand nya. Ketiganya ialah dari segi informasi, kita telahpun ketahui secara idealnya two step flow tidak berlaku dalam free flow of information, sebaliknya telah berlaku imbalance dalam aliran ini yang hanya menguntungkan TNC. Menurut White Barret lagi, 80% agensi berita dunia dikesan daripada The Big Four (UPI, AP, AFP, dan Reuters). Yoneji Matsuda dalam proposalnya yang merangka information society masyarakat Jepun menjelang tahun 2000 telah melahirkan konsep computopia, mengakui bahawa kuasa utama sekarang bukan lagi dalam bentuk material, tetapi lebih kepada kuasa informasi. Inilah yang amat membimbangkan kita. Akhir sekali ialah dari segi ekonomi, iaitu pihak negara membangun terpaksa berhutang pada TNC untuk turut bertanding dalam global begitu juga kekuatan pasarannya. Menurut Peter Golding model pengurusan media dunia berpandukan pada tiga model utama iaitu US, UK (BBC), dan Perancis (CBS). K. W. Leeson mendakwa bahawa pengaliran teknologi ini boleh terjadi dalam beberapa bentuk, antaranya; (K.
W. Leeson (1984) : m/s 57)
(Curran
& Gurevitch (1992) : m/s 123)
Satu lagi faktor makro yang secara tidak kita sedari ialah dari segi penyerapan 'kengkangan' intelektual yang telah disemai, dibajai, serta dibentuk oleh penjajah terhadap negara membangun. Fenomena ini adalah suatu situasi yang stereotaip bagi setiap negara yang pernah dijajah termasuklah Malaysia sendiri. Menurut Profesor Diraja Ungku A. Aziz; (Dewan
Budaya (Mei 1987) : m/s 7)
(Syed
Hussien Alatas (1977) : m/s 48-49)
Kalau ditinjau dari segi sejarah, berikutan daripada penjajahan British telah 'mewasiatkan' Winstedt, Cheesmen, dan beberapa lagi sekutunya. Winstedt sebagai contoh telah dinobat untuk menjadi penyelaras utama dalam sistem intellegent British di Tanah Melayu. Bidang kuasa ini membolehkan ia menghalalkan dan menentukan siapa yang boleh dinaikkan pangkat dalam sistem pendidikan, siapa yang boleh dan siapa yang tidak boleh mengarang buku. Ini sudah tentu buku-buku serta tulisan yang 'halal' sahaja yang dibolehkan bagi mengukuhkan lagi statusQuodan memastikan kelangsungan pihak 'pemerintah' (Inggeris). Malahan oleh kerana ia berlegar di arena intelektual melayu pada ketika itu (golongan pelajar dan pengamal akademik) dan pseudo intellectual Melayu, maka dia mempunyai kuasa autonomi dalam membuat agenda setting tentang apa yang patut masyarakat Melayu 'fikirkan' dan apa pula yang patut 'dikaji'. Prof. Diraja Ungku A. Aziz menambah lagi; (Dewan
Budaya (Mei 1987) : m/s 7)
Syed Hussien Alatas pula menambah dalam tulisannya The Intellectuals and Developing Societies, bahawa bila sesebuah negara merdeka, ia akan berhadapan dengan masalah aktiviti intelektual yang tidak mendapat secukupnya prasarana perusahaan keilmuan; (Syed
Hussien Alatas (1977) : m/s 49-50)
Sedar ataupun tidak, pihak US telah mengambil alih tugasan 'pembangunan kemunduran' ini. Kita boleh lihat proses ini berjalan secara dua mekanisme. Pertama ialah para penasihat akademik dari US yang dibiayai oleh yayasannya telah menolong menyusun atau merombak semula banyak badan-badan kerajaan seperti DAU (Development Advisory Unit), INTAN (Institut Pentadbiran Negara) dan lain-lain. Ini memangkinkan peranan besar yang dimainkan oleh penasihat-penasihat US dalam perancangan penggubalan dan perlaksanaan dasar-dasar di Malaysia. Dalam tulisan Zubli Zainordin telah mengenal pasti terdapat empat tahap 'pengkongsian', 'pelangsungan', 'penyebaran', 'peluasan', dan penerimaan pemikiran Barat; Tahap kedua :pengembangan berterusan pemikir Barat oleh gabungan pendidikan Barat-Timur … Tahap ketiga : pengekalan tradisi pengembangan pemikiran Barat oleh pendidik Timur melebihi Barat … Tahap keempat : pertumbuhan kumpulan minoriti bersemangat Timur" (Dewan
Budaya (April 1987) : m/s 22)
Sebagai contoh, Yayasan Ford telah biayai banyak rancangan di Malaysia sejak awal 1960 sama ada dari segi kewangan mahupun penasihat pada kementerian pendidikan, Pusat penyelidikan dasar di USM dan UPM dan lain-lain. Malah Marshall Singer yang pernah berada di UM, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran selama 18 bulan, secara terus terang menulis; (Nadi
Insan (1980) : m/s 153)
(Nadi
Insan (1980) : m/s 154)
|
