Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Terimalah Aku

Izinkan bagiku kasih...Memetik kembali cintamu...Membuka ruang yang tertutup... Izinkan bagiku kasih...Selami ke dasar hatimu...Melerai segala kekusutan... Barangkali aku harus cuba...Menunggu waktunya oh... Barangkali dikau sekadar...Untuk hanya menduga... Terimalah salam cintaku...Simpanlah dihatimu... Percayalah,tidakku sengaja...Membuatkan hatimu terluka... Biarlah berterus-terang...Aku datang bersama harapan... Jangan biarkan ku kehampaan... Barangkali kau masih terluka...Barangkali kau masih curiga... Biarlah aku buktikan semua... Terimalah aku semula...Seperti dahulu oh..... Dengan hatimu yang terbuka...Maafkan segalanya... Izinkan aku bertahta di hatimu selamanya... Dalam sentosa kita harus menyatu ...rasa...

Azlan Abu Hassan/Amran Omar

BERITE PUTERI

Ni pulak ruangan beriter-beriter semase puteri, yang dilaporkan dari Jabatan Berite, Dari Yop!® Untuk Puteri! [JB,DRUP]

Berite Terkini! Terkinii!! Terkiniii!!!

Amy sibuk buat pengambaran
[Berita Minggu, 3-5-1998]

BUKAN mudah menemui Amy Mastura Suhaimi untuk sesi fotografi dan temu ramah kecuali temu janji lebih awal bersama pengurus peribadinya yang hanya mahu dikenali sebagai Nana.

Apa yang pasti, pelakon dan penyanyi genit itu hingga kini masih sibuk mengikuti jadual penggambaran filem terbaru arahan Aziz M Osman, Puteri Impian II di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Ipoh sejak awal Mac lalu.

"Penggambaran dijangka selesai menjelang pertengahan Mei ini.

"Tetapi, ia tidak bermakna saya boleh berehat panjang kerana masih terikat dengan komitmen lain. Antaranya, produksi album terbaru dan proses memasukkan vokal untuk filem Puteri Impian II.

"Mengenai album baru itu, proses penerbitan dijangka berlangsung selama dua bulan.

"Setakat ini, album itu masih pada peringkat preproduction. Saya kurang arif terhadap selok-belok produksi album dan menyerahkan segalanya kepada syarikat rakaman.

"Tetapi saya diberitahu, album itu turut memuatkan tiga lagu yang digunakan sebagai muzik latar filem Puteri Impian II dan masih mengekalkan konsep muzik pop serta tarian," katanya kepada Persada Seni, baru-baru ini.

Terdahulu, artis berusia 27 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak berkesempatan berlakon dalam filem Tragedi Oktober, Impian, Kuala Lumpur University (KLU) dan Puteri Impian.

Manakala album yang pernah dihasilkannya termasuk Amy Mastura, PujaanKu dan Puteri.

Bakat seni Amy mula digarap menerusi pertandingan Asia Bagus 1994. Antara lagu popular dendangannya termasuk Jawapan Kasih, Diam Diam Rindu, Warkah Biru dan Hanya Dalam Lagu.

Amy berkata, dia tidak mahu terburu-buru menghasilkan album terbaru memandangkan sambutan terhadap album Puteri masih ha-ngat dan kini terjual melebihi 40,000 unit.

"Saya berpendapat, jualan album itu boleh meningkat lagi. Di samping itu, saya masih menerima pelbagai jemputan mengadakan persembahan sama ada untuk tujuan promosi atau komersil.

"Cuma, saya terpaksa menghadkannya kerana bimbang 'tidak terkejar' nanti. Maklumlah, saya terpaksa membahagikan masa mahupun tumpuan terhadap pelbagai perkara - lakonan, nyanyian dan menguruskan syarikat sendiri.

Maju! [PujaanKu]
Undur! [Suatu Masa Suatu Ketika]
meh balik istane meh!

Email: hazamil@hotmail.com