(A. Haidi) Broadaway Entertainment (M) Sdn. Bhd.
Amy kene interview due minggu berturut2 dlm Time Highway Radio, pertengahan November 1997. Kome bacele kalo rajin, interview tu pun mostly about Puteri+Puteri Impian...
PART 1:Richie Rachman
Richie(RR)- Mana yang dulu, album(Puteri) atau filem(P.Impian)?
AmyMas(AM)- Sebenarnya sekali. Masa Amy sedang shooting PI, ada break buat album tu.
RR - I dengar U pegi Jepun 65 kali, I baru 2 kali!
AM - (gelak) Haa...tula...campur2 masa keja dulu.
RR - U ada masa U keja kat sana ya?
AM - Tak, masa I keja as 'stewardos' dulu. Bukan setakat Tokyo, dipinggir2 pun ada jugak macam Narita.
RR - Yang terbaru sekali U pegi atas urusan apa Amy?
AM - The Best of Asiabagus - konsert kumpulkan semua pemenang AsiaBagus dari mula ia dipertandingkan sampai sekarang.
RR - Konsep album?
AM - Pop Kreatif, kreatif tu Amy sesaje letak la (gelak).
RR - Komen U tentang lagu ni? (Kasihku)
AM - Lagu ni dicipta oleh Azman Abu Hassan dalam filem PI, so takde salahnyakan kalau ia juga dimuatkan dalam album Amy.
RR - I tengok U seronok belakon filem tu, seolah2 macam real, macam puteri tu U nak macam realiti?
AM - Ooo...tidak...itu cuma watak Amy dalam PI sebagai Puteri Nora, tapi Amy suka dengan cara hidup yang sederhana.
RR - Apa aktiviti U selepas ni?
AM - Amy bertolak ke Pantai Timur pada 27/11, 28hb Amy akan buat promosi di Kota Baru: Hankyu Jaya pkl 3pm dan The Store pkl 5pm. 29hb Amy pegi ke K.Terengganu...
RR - Tengok penyu bertelur?
AM - Penyu tengok I(gelak)...Di KT Amy buat opening ceremony Kana Music, lepas tu ke Marang, pkl 5pm...lepas tu Amy ke Kuantan(30hb) di Kuantan Parade, buat opening ceremony Amusement Center...
RR - U banyak buat perasmian ye? kalahkan menteri!
AM - Itulah! Asyik potong riben je!
AM - (sambung) Lepas tu 4pm Amy open Perdana Courts, pastu 8mlm kita balik Kolumpo.
RR - Di KL pula bagaimana?
AM - Di Kolumpo, pada 15,16,17 dan 18hb 12, Amy akan buat opening ceremony di Safari Park, Pandan.
RR - Peminat nak hantar surat kat U, fan club ke, macamana?
AM - Selain surat ke Pony Canyon, diorang boleh kontek office fan club Amy,
Kak Mariani akan melayani segala pertanyaan.
RR - Macamana nak jadi ahli fan club U? Kena beli album U la?
AM - Pembayaran( nak jadi FC) dalam RM25 setahun, borang ada dalam album.(gelak)
RR - Cara paling canggih sekarang ye? Antara belakon dengan menyanyi, mana yang baik?
AM - Dua-dua baik la bang, no komplen. Dulu Amy tak percaya dalam bidang lakonan, tapi lepas
Amy berlakon dah empat filem sekarang, Amy rasa boleh sekalikan(nyanyi+lakon). Amy pun boleh nyanyi dalam
filem Amy sendiri kan?
RR - Sapa involve dlm lagu ni ?(Izinkanlah)
AM - Lagu ni? Dari Ajai, involve jugak, sebagai penyanyi je lah(gelak).
RR - Masih lagi menjalani latihan vokal dimana2?
AM - Takde, tapi setiap minggu Amy ada function.
RR - Apa gossip yang paling U menyampah, yg U sakit hati, towards the end of the year?
AM - (gelak)Gossip yang paling I menyampah ye?
RR - U dikaitkan dengan siapa?
AM - mmm...dikaitkan dengan....VIP (gelak). Sebenarnya tak ada pun.
RR - Dengan Chiko takde kan? Adil tak? Sudirman orang tak sebut ye? Mesti ada
kerosakan sistem mana2...
AM - (gelak) Boleh la ketawa untuk hari ni.
RR - OK, plan U akan datang?
AM - Ye, sampai kita berpuasa? Amy akan teruskan promosi Puteri, PI pun dah lama
di pawagam, dah nak abis. So Amy concentrate pada album dan Fan Club saya.
RR - Bagaimana dengan pasaran antarabangsa? Ada di hantar ke Indonesia ke mana2 ke?
AM - Indon. belum lagi, tapi ia akan dipasarkan ke Jepun, tahun depan.
RR - Lagu hits dari album terbaru U tu?
AM - Tak berani cakap, itu terpulang pada pendengar untuk menilai.
RR - Kedudukan lagu2 U dalam mana2 carta? Muzik2 ke?
AM - Mmm..belum lagi, album tu pun baru 2 minggu dipasarkan.
RR - Pelancaran album?
AM - Baru diadakan semalam. (di Pony canyon, Sogo KL). Amy harap semua akan
berpuashati dengan album Amy ni. Untuk album, masa2 akan datang Amy akan memperbaiki lagi.
RR - Apa penilaian U terhadap cabaran sekarang, siapa artis yang U nak atasi?
AM - Ohooo...(gelak) Takde sapa2, (Amy anggap) semua artis sebagai rakan sekerja, kami
sama2 memperbaiki (mutu seni), lagi banyak pertandingan lagi bagus.
RR - Ok lah, Amy, semoga U success dalam career U ni. Terima Kasih. Bye.
Jangan lupa ole-ole dari Jepun.
AM - Sama-sama. OK, Bye!
AM - Hai! Saya Amy Mastura, anda sedang mendengar Time Highway Radio, stay tuned!
N - Hai, apa khabar 'Puteri', puteri Amy lagi...
AM - Khabar baik, puteri celup (gelak)
N - Ok, kita mulakan. Kata Amy dalam akhbar, album ni merupakan hadiah kepada peminat?
AM - Setiap album memang khas untuk dioranglah [peminat], sebab tujuan album tu dikeluarkan memang diorang nak dengar kita menyanyila kan...[gelak]
N - Ini merupakan kali pertama kita bertemu di udara, dijangkakan minggu lepas, tapi oleh sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...
AM - Alaa... kita tau, abg Nasa pegi dating [gelak]
N - Pegi dating la pulak ye...[gelak] Ok laaa... Amy, sejak 93, Amy mengorak langkah ke Asiabagus!. Kemudian mula mendapat perhatian ramai. Mula-mula tu orang kata, memang betul pun, Amy ada kena mengena dengan Mazuin, sepupu Amy tu. Mungkin muka tu tumpang tuah Mazuin ke..?
AM - Kalaulah tuah tu datang dari Mazuin, Alhamdulillah jugakkan, tu rezekikan? tapi Amy nak beritau semua orang, walaupun Mazuin tu sepupu Amy, Amy tak biarkan ia sebagai tuah je. Amy pun kenalah berusaha sendiri.
N - Pada 94, Amy dianugerahkan pula Artis Baru Popular. Macamana agaknya masa tu, bila disebut "Pemenang seterusnya:-Amy Mastura...". Bagaimana perasaan Amy?
AM - Jantung Hilang! [gelak] Sebab masa tu baru lagikan bertapak dalam dunia seni ni. Kita nikan, bila dah dapat anugerah tu, rassa macam satu tanggungjawab besar. Orang mula beri kepecayaan kat kita, oleh tu kenalah tahu menepis segala cabaran dan dugaan tu.
N - Album ni [Puteri] diterbitkan oleh 6 penerbit, handalan2 belaka ni, bagaimana?
AM - Bila lebih banyak producer tu, lebih banyaklah pengalaman yang Amy dapat. MAsing-masing mempunyai cara yang tersendiri. Jadi 6 producer tu ada 6 cara yang lain-lain.
N - Amy diskas lagu dengan penerbit macamana?
AM - Untuk album ni,Amy sibuk dengan Puteri Impian. Pihak PonyCanyon banyak menolong, diorang nak siapkan secepat mungkin album ni, kalau boleh serentak dengan filem tu. [Proses rakaman] Amy pegi, dengar, suka, masuk terus! Haaa... macam tu, tak suak, takpa, next day dengar yang lain, suka, masuk terus! semua setuju, masuk terus! [gelak]
N - Amy sekarang ni senang ye, semuanya dah ada orang yang arrange kan?
AM - Yelah, Amy ni belakon lagi, menyanyi lagi kekadang tu mengacara lagi kan? So, dah ada orang yang uruskan ni, tolong aturkan jadual, kira senang sikitlah. Kita pergi [entertaining] pastu balik, yang lain [jadual] ke apa ke, orang lain pulak yang uruskan.
N - Wuii... kira semuanya telah teraturlah ni?
AM - Mmmm... bolehlah [gelak]
N - Tahun 90'an ni kan dah ada artis Malaysia yang bergelar jutawan, Amy macamana?
AM - Amy belum lagi [gelak]
N - Ada ciat-cita nak jadi jutawan ke?
AM - Aaa....? Takde cita-cita pun, Amy cukup makan-pakai cukuplah [gelak]
N - Satu lagi soalan, Amy tak sayang ke tinggalkan pramugari dulu?
AM - Amy rindukan kengkawan, itu je. Amy dah buat keputusan menceburi bidang seni ni, tak merasa menyesallah.
N - Kira berbaloilah?
AM - Berbaloilah jugak [gelak]
N - Oklah, sekarang semua tau Amy dah ada fans club sendiri kan? macamana Amy?
AM - Sekarang Amy dah ada 4000 orang ahli...
N - 4000!! Wuiiii... banyak tu....
AM - Takdele ramai, macam tula kan [gelak]. Tapi fans ni ada banyak kelab, dance club, rollerblade, skateboard...bolasepak pun ada! [gelak]
N - Macamana dengan gathering? dengar cerita pernah buat trip dengan fans kan?
AM - Trip belum lagi. Tapi tahun lepas kitorang ada buat gathering, menyambut ulang tahun pertama fan club di Kapitan's Club, KL. Semua dalam company [AME] dress-up la. Kita pakai 'Captain Hook', Nana-Snow White [gelak]