Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

[Berita Harian, 28-11-97]

Amy Mastura semakin mantap

TIDAK keterlaluan jika dikatakan penobatan beliau sebagai Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIMM) '94 menjadi perintis kepada Amy Mastura Suhaimi untuk mengekalkan populariti. Menerusi album pertama berjudul Amy Mastura sekitar 1994, bekas pemenang Asia Bagus '93 itu terus memperkukuh reputasi di persada muzik. Dalam pertemuan dengan Pusparia, Amy berkata, kelahiran album kedua berjudul Pujaanku penghujung 1995 adalah kesinambungan kerjayanya. "Bagaimanapun, saya terpaksa menyepi daripada muzik sepanjang 1996 kerana menumpukan komitmen bidang lakonan menerusi beberapa filem seperti Tragedi Oktober, Impian dan Kuala Lumpur University. "Barangkali, ramai terkejut dan kurang percaya dengan publisiti meluas pembabitan saya dalam lakonan. Apatah lagi, apabila melihat fizikal saya yang kecil hingga ada yang beranggapan saya tidak sesuai menjadi pelakon. "Bagaimanapun, saya yakin ia adalah rezeki," katanya.

Biarpun dijulang sebagai anak wayang, Amy lebih mengutamakan nyanyian. Album ketiga, Puteri membuktikan komitmennya dalam bidang itu. "Apa yang dapat saya katakan, album Puteri begitu mantap dan berkesan dengan kombinasi enam komposer popular tanah air seperti Helen Yap, Azmeer, Ajin, Ajai (bekas keybordist Exist), Azman dan Azlan Abu Hassan. "Kreativiti mereka dalam susunan muzik, vokal dan lagu menjadi struktur kemantapan album itu yang mula dipasarkan 11 November lalu. "Saya difahamkan, syarikat rakaman saya sedang membuat persediaan membuat cetakan kedua bagi menampung permintaan yang semakin meningkat kini," katanya yang turut menulis lirik lagu cover-version, Puteri. Penghasilan album berteraskan muzik pop dan R&B dianggap tepat tatkala filem lakonan Amy, Puteri Impian turut ditayangkan kepada umum. Bukan itu sahaja, tiga lagu termasuk Gema Rembulan, Di Antara Cinta dan Kasih Ku turut sama dijadikan muzik latar bagi filem berkenaan terutama pada beberapa adegan.

Maju! [BHarian, 25-11-97]
Undur! [BHarian, 6-1-98]

Email: hazamil@yahoo.com