Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

[Berita Harian, [6-1-98]

Jualan album terbaru Amy lembap

BUKAN mudah mengekalkan populariti. Bagi penyanyi dan pelakon, Amy Mastura kemunculan menerusi album terbarunya, Puteri yang berada di pasaran sejak sebulan lalu mengajarnya erti bersabar. Album pertamanya, Amy Mastura yang menjulang naik namanya sebagai penyanyi menerusi lagu Jawapan Kasih terjual hampir 100,000 unit, diikuti album kedua, Pujaanku melebihi 100,000 unit. Namun nasib album ketiganya, Puteri masih samar-samar. Walaupun jualannya kini hampir mencecah 40,000 unit dalam tempoh sebulan setengah berada di pasaran, Amy masih tidak senang duduk.

"Saya bersyukur dengan sambutan peminat terhadap album ini. Apapun, saya masih belum berpuas hati. Saya yakin mampu melakukan yang terbaik untuk kepuasan peminat. "Walaupun setakat ini jualan album Puteri memuaskan, tetapi saya tidak pasti sama ada ianya mampu mencecah 100,000 unit seperti album sebelumnya memandangkan kegawatan ekonomi ini. "Saya sudah bersedia menghadapi segalanya. Saya cuba sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk album Puteri. Terserahlah pada peminat untuk menilainya," katanya.

Selepas filem Puteri Impian, Amy mengakui dia sudah bersedia untuk muncul dalam Puteri Impian 11 yang dijangka akan ditayangkan selepas Aidiladha depan. "Sehingga kini, saya hanya diberitahu terpilih untuk membintangi filem Puteri Impian 11. Saya masih belum menandatangani sebarang kontrak penjanjian. "Apapun, saya memang mengharapkan tawaran ini. Saya pasti tidak akan menolak peluang keemasan ini. Saya akan menerimanya jika semua pihak bersetuju mengekalkan saya dalam filem ini. "Puteri Impian 11 adalah cabaran yang perlu saya terima. Setiap insan tidak lari dari kesilapan, begitu juga saya. Walaupun Puteri Impian mendapat sambutan, tetapi saya masih ada kelemahan. "Saya akan cuba sedaya upaya memperbaiki kelemahan untuk memantapkan lakonan saya dalam filem ini. Apupun cabarannya saya tetap akan terima," katanya.

Maju! [BHarian, 28-11-97]
Undur! [Metro, 29-3-98]

Email: hazamil@yahoo.com