Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

PEMBELAJARAN PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT

BAB 5

KAEDAH ALTERNATIF PEMBANGUNAN PEMBINAAN SISTEM.

1. SDLC
2. Memprototype
3. Pakej Perisian Aplikasi
4. Pendekatan Pengguna Akhir
5. Sumber Luar
6. Kesimpulan

Lima kaedah pembangunan sistem.

Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (SDLC)
Memprototype
Pakej perisian aplikasi
Pendekatan pengguna akhir
Sumber luar

1. Kitaran Hayat Pembangunan Sistem SDLC | ke atas

ianya merupakan satu kaedah untuk membina sistem secara tradisi dan ianya merupakan kaedah yang paling formal. Kaedah ini sesuai untuk projek sistem yang besar atau sederhana yang kompleks.

6 Peringkat Dalam SDLC.


Definisi Projek (Proposal)
- lihat apakah masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh organisasi tersebut atau yang sedia ada.
- Kenalpasti objektif skop projek dan plan projek secara umum dan perlu diserahkan kepada pihak pengurusan.

Kajian Sistem
- lihat tahap kajian sistem, memeriksa kesauran setiap penyelesaian alternatif iaitu kajian dari segi pengumpulan maklumat, meneliti dokumen, laporan dan kertas kerja yang dihasilkan oleh sistem sedia ada.
- Lihat kos yang terlibat dalam mewujudkan sistem baru atau memperbaiki sistem yang sedia ada.



Rekabentuk
- peringkat rekabentuk menghasilkan spesifikasi rekabentuk logikal dan fizikal.
- Selain daripada itu, diperingkat ini, ia juga akan mengambil kira segala keperluan seperti input, proses, output, storan, prosedur dan kawalan.

Mengaturcara
- dalam peringkat ini, rekabentuk dibuat bentuk kod perisian. Di peringkat ini juga penganalisa sistem akan bekerjasama dengan pengaturcara.

Pemasangan
- sistem akan dioperasikan di mana pengguna-pengguna akhir akan diberi latihan untuk menggunakan sistem tersebut. Selain daripada itu, peringkat pemasangan juga akan dilakukan proses pengujian perisian untuk menjadikan sistem tersebut dapat berjalan dengan lancar daripada pandangan teknikal dan fungsi perniagaan.

Pasca Perlaksanaan
- membuat penilaian kepada sistem untuk mengenalpasti :

1. Adakah ianya berfungsi sepertimana yang diharapkan?
2. Meminta pandangan daripada pengguna adakah ianya sesuai dengan kehendak
pengguna.
3. Proses penyelenggaraan.


Limitasi/Kekurangan SDLC.

1. Mengambil masa yang panjang untuk membina sesebuah sistem.
2. Menggunakan banyak sumber iaitu kewangan dan manusia.
3. Disebabkan ianya bersifat formal maka kaedah ini tidak sesuai untuk membina satu sistem untuk menyokong keputusan.
4. Disebabkan masa yang terlalu lama, ianya menyebabkan sebahagian besar daripada kehendak pengguna tidak dapat dipenuhi.


SDLC sesuai untuk:

- Pelancaran angkasa lepas
- Kawalan trafik udara


2. Memprototype. | ke atas

ialah satu versi sistem maklumat yang boleh beroperasi tetapi dalam skop yang terhad dan ianya berfungsi sebagai model awalan untuk memberi sedikit gambaran kepada pengguna.


Kebaikan Prototype.
- Melibatkan pengguna secara intensif di dalam pembinaan sistem.
- Amat sesuai apabila hendak membina satu sistem yang baru/kabur.

Kekurangan Prorotype.

- Tidak ada dokumentasi disebabkan pengguna sering bersama dengan pembina sistem.
- Kadangkala prototype akan tinggal sebagai prototype sahaja.


3. Pakej Perisian Aplikasi.| ke atas

- merupakan satu set/pakej perisian yang telah direkabentuk, dibina dan seterusnya diuji operasinya. Dengan itu ianya sudah sedia untuk digunakan.
- Cth: pembayaran gaji, memproses pesanan, sistem perpustakaan, pemprosesan perkataan dll.


Kitaran Pembangunan Pakej Aplikasi





Kebaikan

- Perisian tersebut telahpun diuji secara intensif penggunaannya sebelum ianya dijual ataupun digunakan oleh pengguna.
- Organisasi yang membeli pakej perisian aplikasi tidak memerlukan ramai sumber manusia untuk menyokong proses perjalanan perisian tersebut.
- Selalunya sistem yang dibeli lebih diterima pakai oleh pengguna di dalam organisasi.
- Melalui pakej perisian aplikasi, kita dapat menentukan keperluan sumber yang hendak digunakan bagi sesuatu projek.

Kelemahan

- Sukar untuk mencirikan keperluan organisasi.
- Kadangkala pihak pembekal tidak mahu membuat perubahan modifikasi kerana ianya akan mengubah rekabentuk perisian tersebut.


4. Pendekatan Pengguna Akhir | ke atas

Ia merupakan pembangunan sistem maklumat yang dibina dan digunakan oleh pengguna akhir di mana mereka membina sistem tanpa bantuan formal daripada pakar teknikal disebabkan mereka boleh menggunakan kemudahan-kemudahan seperti perisian generasi ke-4.

Kelebihan

- Boleh mencapai keperluan sistem yang dikehendaki oleh sesebuah organisasi atau jabatan.
- Dapat mengurangkan kerja-kerja pihak teknologi maklumat (pakar teknikal).

Kelemahan

- Kemungkinan besar sistem yang dibina tidak mencapai kualiti yang baik sebab tidak mempunyai kemahiran formal.
- Organisasi akan menghadapi masalah untuk mengawal data sebab data-data disimpan secara berasingan.

5. Sumber Luar (Sourcing) | ke atas

Ialah satu tindakan untuk menyerahkan operasi pusat komputer organisasi rangkaian telekomunikasi/pembangunan aplikasi kepada pembekal luar.

Bila kita akan gunakan sumber luar?

- Apabila organisasi ingin mengurangkan kos atau memindahkan sesetengah kerja jabatan sistem maklumat.
- Apabila sistem maklumat dalam organisasi adalah terhad, tidak berkesan dan kekurangan secara teknikal.

Kelebihan

- Bersifat ekonomi
- Kualiti perkhidmatan terjamin
- Sumber manusia dapat ditugaskan untuk kerja-kerja yang lain.


Kelemahan

- Organisasi akan kehilangan kawalan terhadapat maklumat-maklumat yang terdapat di dalam organisasi.
- Orang lain akan tahu mengenai sistem yang digunakan oleh organisasi syarikat.
- Organisasi akan terlalu bergantung kepada pembekal.


6. Kesimpulan Kepada Kaedah Alternatif Pembinaan Pembangunan Sistem.| ke atas


Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC)

Ciri-ciri
· Proses formal langkah demi langkah.

Kebaikan
· Perlu bagi sistem kompleks dan proses yang besar.

Kelemahan
· Perlahan dan mahal, menghalang perubahan, banyak kertas untuk diurus.


Prototype

Ciri-ciri
· Memerlukan sistem percubaan yang dinamik dan tertentu, cepat, tidak formal. Pengguna berterusan bekerjasama dengan prototaip.

Kebaikan
· Cepat dan tidak mahal. Berguna bila keperluan tidak pasti atau bila pengguna akhir campur tangan.

Kelemahan
· Sistem kompleks.


Pakej Perisian Aplikasi.

Ciri-ciri
· Perisian komersial menghapuskan perlunya program perisian dibina.

Kebaikan
· Mereka memprogram, memasang dan kerja penyelenggaraan dikurangkan. Boleh menjimatkan masa dan kos bina membina aplikasi perniagaan biasa.Mengurangkan keperluan untuk sumber sistem maklumat dalaman.

Kelemahan
· Mungkin tidak memenuhi keperluan organisasi.Mungkin tidak dapat melakukan tugas perniagaan dengan baik. Perlu penyesuaian yang banyak dan ini melibatkan kos pembangunan.



Pendekatan Pengguna Akhir.

Ciri-ciri
· Sistem wujud oleh pengguna akhir dengan menggunakan alat perisian generasi ke-4. Cepat dan tidak formal. Peranan pakar maklumat adalah minimum..

Kebaikan
· Membantu masa pembinaan dan kos serta mengurangkan aplikasi yang tertangguh.

Kelemahan
· Boleh membawa ketidakadanya kawalan maklumat dan data. Sistem tidak memenuhi standard kualiti.



Sumber Luaran.

Ciri-ciri
· Sistem dioperasikan oleh pembekal.

Kebaikan
· Boleh mengurangkan kos.
· Boleh menghasilkan sistem bila sumber dalaman tiada/tidak baik dari segi teknikal

Kelemahan
· Terlalu bergantung kepada pembekal.

 
Selamat datang ke laman web pendidikan CUSTOM. Laman web ini menawarkan kursus pembelajaran Pengurusan Sistem Maklumat. Laman web ini dibina untuk memudahkan pembelajaran subjek Pengurusan Sistem Maklumat. Laman web ini didedikasikan buat semua pelajar dan penyelidik yang ingin mempelajari ilmu IT khususnya Sistem Maklumat.Selamat Mencuba.

Webmaster - Updated 20 Sept. 2003