Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Main (Isu Pertama)
Isu Kedua
Isu Ketiga
Isu 4 (working)
 

Fizban's Website

Tujuan Website : menambah dimensi falsafah, agama dan sains kepada worldview anda, mencari fahaman yang lebih jelas tentang sesuatu masalah hidup, memberi rujukan kepada pendapat-pendapat ahli falsafah, agama dan sains, dan menjemput perbincangan atas masalah-masalah tertentu.
Isu Ketiga : Apakah kebaikan (good) dan apakah kejahatan (evil)?

Berbagai-bagai masalah hidup dalam dunia ini melibatkan soal buruk-baik mengikut pertimbangan manusia. Orang miskin atau yang mahu kaya cepat tidak boleh menyelesaikan masalah mereka dengan mencuri, merompak atau menipu kerana itu perbuatan buruk dan menalahi undang-undang. Orang yang mahu berkuasa tidak boleh hanya merampas kuasa dengan paksa atau kekejaman kerana itu perbuatan buruk dan dilarang undang-undang. Penilaian dan undang-undang itu ditetapkan oleh manusia sendiri dan memang sering dilanggar dan diketepikan oleh manusia juga. Yang baik pada suatu ketika dan keadaan boleh berupa tidak baik pada waktu dan dalam keadaan lain. Tidakkah ada ukuran buruk baik yang lebih kekal dan universal, yang sempurna dan tidak berubah-ubah? Inilah yang dicari-cari oleh ahli-ahli falsafah.

 

Pandangan Falsafah

Heraclitus, ahli falsafah Yunani kurun kelima BC yang mengatakan perubahan adalah sifat alam yang terpenting, berpendapat buruk dan baik itu ialah dua nada (notes) yang harmonis. Banayk benda mengandungi pertentangan ( opposites). Air misalnya boleh keras (ais) dan boleh lembut. Kedua-dua sift bertentangan itulah yang menjadikannya air. Musik terdiri dari susunan nada tinggi dan rendah. Manusia cuma melihat perkara yang berlawanan itu tapi Tuhan melihat seluruhnya sebagai bahagian-hagian yang meembentuk harmoni alam sejagat ( Universal harmony).Ahli-ahli falsafah Yunani menganggap buruk dan baik itu hanya aspek-aspek ynang membentuk harmoni alam. Tapi apa pulakah hidup yang baik itu bagi manusia? Bgaimanakah manusia boleh mengawal hidupnya supaya ia boleh menjadi baik?

Democritus, seorang ahli falsafah Atomist, mengajarkan bahawa tujuan hidup ialah mencari kebahagiaan - satu keadaan jiwa yang tenteram bergantung pada keharmonian rohani. Kerana itu seseorang jangan bergantung kepada benda-benda duniawi untuk memberi kebahagian sebab ia datang dan pergi dan ketiadaannya akan membuat seseorang tidak bahagia. Kebahagian adalah keadaan dalaman, perimbangan hidup, satu sikap yang menggabungkan renungan ( reflection) dan pemikiran (reason). Oleh itu maunsia yang baik baginya ialah manusia yang ingin membuat baik pada setiap ketika dan membawakan kebahagiaanyang Ahli-ahli falsafah Sophists yang mengatakan " Manusia menjadi ukuran segala," meletak ukuran buruk baik kepada manusia, demikian membawa kecelaruan. Apa yang baik bagi seorang mungkin buruk pada yang lain. Mereka berkata ukuran morality hanyalah suatu kebiasaan ( convention, habit), tidak ada undang-undang akhlak atau prinsip-prinsip tetap bagi salah atau benar. Jadi manusia hidup mengikut kehendaknya sendiri, mencari apa yang ia mahu dan menentukan kod kebaikan dan keburukan bagi dirinya sendiri. Ini tentunya membawa kekecamukan akhlak (moral anarchy), sikap idividualisma yang kuat dan mementimngkan diri (selfishness). Tetapi dengan pendapat itu mereka telah menjadi tokoh pejuang keindividuan dan kemerdekaan diri kepada manusia.Antara ahli falsafah Sophists itu ialah Socrates yang menghabiskan hidupnya untuk mencari apakah yang baik itu ( what is good). Kalau seseorang tahu apakah yang baik, tentu ia akan melakukannya kerana tidak ada orang yang sukakan yang jahat. Kebaikan yang paling tinggi tahapnya bagi Socrates ialah ilmu pengetahuan ( knowledge). Kerana itu kehidupan yang paling baik ialah hidup mencari apakah yang baik.

Plato menghubungkan soal buruk baik dengan teorinya mengenai alam (universe). Dunia kederiaan ( yang disedari melalui pancaindera -senses) adalah tidak kekal, sentiasa berubah dan menghilang. Kerana itu ia adalah keburukan (evil). Duania yang kekal ialah dunia yang murni dan tak berubah, dunia ide yang diketahui melalui pemikiran(reason). Oleh itu pemikiran (reason) itulah kebaikan yang terulung bagi manusia. Walaupun kejasmanian manusia sentiasa meruntun hidupnya ke bawah, manusia masih boleh hidup sempurna jika pemikirannya (reason) tetap menguasai segala tindakan. Lalu ia membahagi manusia kepada tiga bahagian - selera (appetites) yang mengawal hal-hal jasmaniah, keinginan ( will) yang mengawal hal-hal rohaniah dan pemikiran yang mengawal kedua-dua tadi. Manusia melalui hidup yang baik bagi Plato, jika dikuasai oleh pemikirannya. Aristotle menyedari bahawa tindakan manusia sentiasa ada tujuan, tetapi tujuan itu sentiasa berubah-ubah, yang satu membawa kepada yang lain seperti rantai. Dimana hujungnya? Baginya tujuan akhir itu ialah mencapai cita-diri ( self-realization). ( Nota: Mereka yang mengetahui ilmu psikologi dan teori Maslow mengenai peringkat kepentingan manusia - human needs hierarchy - akan ingt bahawa 'self-realization' diletakkan sebagai kepentingan tertinggi!). Tapi kerana pemikiran (reason) adalah kebolehan manusia yang mengasingkannya dari haiwan, mencapai kesempurnaan pemikiran itulah yang dianggap oleh Aristotle sebagai punca kebahagiaan dan kebaikan yang tertinggi. Tujuan hidup mengikutnya ialah sikap rasional terhadap pencapaian segala keinginan dan cita-cita - sikap yang dikuasai oleh pemikiran, yang menahannya dari keterlaluan dan mencari jalan tengah ( the golden mean). ( Nota: Ini sudah menghampiri ajaran Islam yang juga menyeru manusia untuk mencari kesederhanaan - jalan tengah!)

Ahli-ahli falsafah Epicurean mengajarkan bahawa tujuan hiup ialah mencari keseronokan (pleasure) kerana itulah yang membawakan kebahagiaan. Tapi, disedari juga bahawa keserookan boleh membawa kesakitan dan penderitaan pada akhir-akhirnya, seperti makan terlalu banyak kerana seronok. Juga keseronokan mental dikatakan lebih baik dari keenakan physical. Golongan Stoics pula berpendapat bahawa kebaikan yang tertinggi ialah bertindak selaras dan senada dengan undang-undang alam, kerana manusia adalah sebahagian dari alam. Manusia yang baik ialah yang dapat menyesuaikan dirinya dengan hukum-hukum alam dengan menggunakan pemikirannnya.

Demikian, kebaikan bagi orang-orang Yunani dahulu ialah keharmonian dengan alam. Apa yang tidak harmoni dianggap buruk kerana gagal memahami ia adalah sebahagian dari alam itu. Tetapi perbedaan baik dan buruk/jahat menjadi semakin tegas antara ahli-ahli fikir agama apabila keburukan dikaitkan dengan benda (matter). Tuhan dianggap kebaikan terulung dan sempurna kerana tidak ada hubungan langsung dengan benda. Jiwa manusia adalah bersih tapi bila memasuki tubuh (matter) terus jatuh mertabat dan cenderung pada kejahatan (evil). Dualism jiwa dan tubuh ini dijadikan asas perbedaan oleh agama Kristian. Manusia adalah baik ketika dijadikan Tuhan tetapi bila ia mengutamakan kepentingan tubuh lebih dari Tuhan, ia menjadi jahat - membuat dosa seperti yang dilakukan oleh Adam.

St Augustin menyatakan Tuhan tetap suci dan baik dan semua aspek alam ciptaannya juga begitu. Apa yang kelihatan jahat itu sebenarnya satu aspek dari keseluruhan yang baik, seperti bayangan gelap dalam sebuah lukisan adalah penting untuk menambah kontras dan keindahan lukisan itu. Pendapat ini juga digemakan oleh Leibnitz lebih seribu tahun kemudian. Kejahatan (evil) didunia ini juga diujudkan Tuhan untuk menambah kebaikannya. Inilah fahaman yang dipegang oleh ahli-ahli falsafah Scholasticism - bahawa kejahatan adalah menjadi sebahagian dari kebaikan. Abelard (1079-1142) menambah, buruk-baik bukan bergantung pada perbuatan itu sendiri tapi pada tujuannya. Mencuri misalnya adalah jahat tapi kalau dengan tujuan baik adalah merupakan kebaikan. Manusia mungkin membuat salah (wrong) tapi tidak berdosa ( sinful) jika tidak dengan sengaja mencemar Tuhan. Thomas Aquinas menyatukan pendapat Aristotle dengan prinsip-prinsip Kristian. Mencapai citadiri (self-realization) memang kebaikan tertinggi kerana dengan mencapainya ternyatalah kebaikan Tuhan. Perbuatan terbaik bagi Aquinas ialah merenung Tuhan ( contemplation) yang boleh menghasilkan ilham (intuition). Kejahatan bagi Aquinas ialah ketiadaan kebaikan, kegagalan sesuatu mencapai tujuan yang baik. Eckhart (kurun 13 atau 14) pula menegaskan bahawa hidup yang baik ialah yang dipenuhi usaha untuk bersatu semula dengan Tuhan ( unity with God).

Falsafah moden meneruskan persoalan menentukan buruk-baik itu dengan menambah aspek-aspek lain. Thomas Hobbe menyatakan faktor asas alam ialah pergerakan (motion) . Oleh itu segala pergerakan yang berjaya mencapai tujuannya adalah membawa keseronokan ( pleasure) demikian adalah baik.Jika gagal ia menyebabkan kesakitan (pain) demiian tidak baik.Kerana yang baik pada seseorang boleh berupa tidak baik pada orang lain, tidak ada ukuran buruk-baik yang absolute. Descartes yakin Tuhan itu sempurna dan tak mungkin membuat silap dengan mengujudkan kejahatan (evil). Cuma manusia yang salalu tersilap kerana membuat pertimbangan tanpa kefahaman yang sempurna, demikian menimbulkan kejahatan (evil). Spinoza setuju dan mengatakan kesilapan timbul dari pengetahuan yang tidak sempurna . Tujuan hidup ialah berusaha untuk mencapai sesuatu ( striving). Berusaha itulah yang membawa kebahagiaan. Halangan kepada usaha itu merupakan keburukan manakala yang membantu usaha mencapai ssesuatu adalah kebaikan.

John Locke menyatakan idea kita mengenai sesuatu datang dari pengalaman - begitu juga halnya mengenai idea keburukan dan kebaikan. Segala yang mendatangkan keenakan adalah baik dan yang membawa kesakitan (pain) tidak baik. Tetapi ada hukum-hukum yang mesti dipatuhi. Melanggarnya juga akan membawa kesusahan, kesakitan, yaitu (1) undang-undang Tuhan, (2) undang-ndang Sivil, dan (3) pendapat orang atau maruah ( opinion or reputattion). Demikian buruk baik bergantung pada pengalaman menjaga maruah disisi hukum-hukum ini dan keuntungan yang boleh didapati dengan memenuhinya.

Dari pemikiran itu lahirlah fahaman Utilitarianism yang diasaskan oleh Richard Cumberland. Mengikutnya manusia bukan semuanya tamak (selfish) tapi cepat bersimpati. Oleh itu keperihatinan terhadap kepentingan masyarakat menentukan yang baik dan yang jahat. Lord Shaftebury menambah kepentingan individu dan masyarakat perlu diseimbangkan. Francis Hutcheson menyarankan ujian " kebaikan trerbesar bagi bilangan teramai" ( greatest good to the greatest number) sebagai ukuran kebaikan.

Immanuel Kant (1724-1804) berpegang kepada prionsip yang ditetapkan oleh Rousseau bahawa kebaikan yang absolute dalam alam ini ialah kehendak manusia (human will) yang dikawal oleh undang-undang moral dan kesedaran tanggung-jawab. Bagi Kant akibat sesuatu tindakan tidak semestinya menentukan buruk baik tindakan itu. Yang lebih penting ialah tujuannya dari segi hukum-hukum moral. Kalau baik tindakan itu pun baik. Hukum-hukum moral itu ada dalam pemikiran manusia ( reason) yang dinamakannya sebagai categorical imperatives, iaitu:" Bertindaklah dengan cara asas kelakuan itu boleh menjadi suatu undang-undang universal, supayatindakan itu akan dicontohi oleh orang lain." Jika kesedaran itu tidka ada difikiran manusia, alam ini akan menjadi kecamuk. ( Nota: Apakah pergaduhan dan peperangan timbul kerana manusia tak mengindahkan lagi "categorical imperative" ini?) Kant berpendapat sebarang tindakan tidak harus menjadi "means to an end" tapi harus menjadi " an end by itself."

Fichte pula melanjutkan "moral nature" manusia seperti yang disebutkan oleh Kant itu kepada keujudan "moral world order" yang boleh dipercayai manusia. Manusia mesti bijak memilih antara yang baik dan yang jahat/buruk, yang betul dan yang salah. Manusia tak berilmu tidak dapat berpegang kepada hukm ini. Manusia tidka boleh mencapai tahap pemahaman itu dengan sekaligus. Ia perlu berusaha mencapainya melalui ilmu. Schoppenhauer meyakini pendapat Kant bahawa kehendak (will) itu penting dalam alam. Tapi kehendak yang membuta tuli adalah punca perkelahian dan perperangan antara manusia. Yang lebih kuat akan menguasai atau mengalahkan yang lemah, demikian membawa kejahatan dimana kehendak dan kepentingan diri akan bermaharajalela. Kerana itu asa moral yang lebih kukuh ialah simpati atau pity terhadap orang lain dengan menafikan kepentingan diri - mementingkan keseluruhan yang kita menjadi sebahagiannya. Self-sacrifice yang berasaskan suympathetic understanding antara mansuia itulah yang akan membawa kedamaian dan kebahagiaan.

Fahaman-fahaman baru menyatakan bahawa kebaikan dan keburukan itu adalah perkara relatif - sifat perbuatan yang mengikut keadaan. John Stuart Mill yang mewakili golongan Utilitarianism setuju bahawa "the greatest good to the greatest number" adalah ukuran kebaikan yang teguh.Tapi "goods" itu berbeda-beda nilainya dan perkara intelek (perseorangan) lebih baik dari perasaan (senses) ramai. Jadi bukan saja faktor sosial ( kebaikan untuk ramai) yang penting tapi juga sifat perbuatan itu sendiri. Sebaliknya Jeremy Bentham menekankan kepentingan faktor sosial sahaja.

Herbert Spencer meninjau persoalan itu dari pandangan yang saintifik. Perbuatan dan perlakuan (conduct) baginya adalah suatu yang berkembang, berubah dan mengalami penyesuaian antara perbuatan dan tujuan. Baginya perlakuan (conduct) terbaik ialah sesuatu yang membuat hidup lebih bermakna bgi individu dan meeka yang hidup bersama-samanya dan yang hidup kemudian.Ia membuat perbedaan antara kebaikan hakiki (absolute right) dan kebaikan relatif ( relative right). Yang pertama memberi keenakan segera dan faedah untuk ramai manakala yang kedua memberi faedah jangka panjang tetapi tidak keenakan segera.

Akibat sosial dan individu diutamakan oleh ahli-ahli falsafah dari golongan Pragmatic, sebagai ukuran kebaikan dan keburukan. William James dan John Dewey menegaskan perkara itu. Yang baik mengikut Dewey ialah yang memenuhi tujuan kumpulan dan individu. Individu ialah unit dari kumpulan dan dengan menimbangkan keperluan individu kita juga memenuhi keperluan kumpulan.

 

Pandangan Ahli-ahli Sains

Sains selalu disebut "value-free" , bebas dari penilaian buruk-baik ( lawannya ialah "value-loaded"). Sains mengkaji sesuatu untuk mencari kebenaran seperti falsafah juga tetapi melalui penyelidikan terhadap benda (matter) dan kejadian (fenomena) yang dapat dikesan oleh pancaindera (senses). Ia mengkaji sesuatu yang mengesani hidup manusia tanpa mengira sama ada benda itu dianggap baik atau buruk oleh manusia dengan mengadakan penyelidikan, ujian-ujian makmal (laboratory tests) dan perbadingan hasil kajian, untuk mencari hukum-hukum am mengenainya, tidak kira sama ada hukum-hukum itu buruk atau baik. Kerana itu sains selalu dikatakan "tidak ada moral".

Sejak dulu kejadian alam seperti hujan dan ribut petir, benda-benda, tumbuh-tumbuhan,binatang dan manusia sendiri, telah digunakan sebagai objek kajian tanpa pertimbangan buruk atau baiknya.Haiwan dan manusia sendiri dipotong dan dibedah untuk mengkaji segala-gala yang membuatnya hidup, jatuh sakit dan mati. Ekperimen juga dilakukan untuk menyesuai, mengubah dan meminda sesuatu itu untuk mengetahui potensi-potensinya. Frankeinstein, adalah gambaran eksperimen sains terhadap manusia yang gagal.

Ujian-ujian perubatan, membuat berbagai-bagai jenis jentera motor dan leterik, membuat bom, menggunakan tenaga nuklear, semuanya dijalahkan bagi kepentingan sains dengan menggunakan hukum-hukum dan prinsip yang sudah mulai diketahui serba sedikit.Walaupun ahli-ahli sains akan berkata bahawa semua itu dijalankan untuk kepentingan manusia, banyak dari hasil-hasil penyelidikan itu yang bukan saja boleh mendatang mudarat kepada manusia tapi menyebabkan kecelakaan dan kemusnahan. Namun jika ukuran kebaikan " the greatest good to the greatest number" seperti yang diciptakan oleh Francis Hutcheson itu diguakan, manfaat yang didapati oleh manusia sejagat hasil dari penyelidikan sains memang tidak dapat dinafikan.

Walaupun begitu sains tetap tidak peka kepada pertimbangan buruk-baik sesuatu yang dikaji kerana tujuan utama ialah pemahaman. Bagaimana sesuatu itu terbentuk, berfungsi dan dan berinterak dengan benda-benda lain. Bagaimana sesuatu gejala itu lahir, apa sifat-sifatnya dan apa kesannya kepada alam sekeliling dan manusia. Soal moral dan agama ditolak tepi dan kerana itulah sejak dulu sains telah menerima tentangan hebat dari agama Kristian dan juga agama Islam. Tentangan itu masih kita dengar sekarang berhubung dengan penyelidikan dan eksperimen-eksperimen tertentu seperti pemecahan rahsia genetic code dan cloning. Jika cloning binatang-binatang ternakan nampaknya tidak begitu ditentang, cloning manusia sendiri adalah ditentang oleh semua agama sebagai perbuatan yang menyalahi hukum Tuhan.

Dalam pada itu hasil penyelidikan mengenai DNA dan RNA telah diketahui manfaatnya dan sudah diterima. Begitu juga proses artificial insemination yang telah dapat menghasilkan binatang ternakan yang baik dan segar atau menolong isteri-isteri yang mandul untuk mendapati anak.Falsafah pragmatism dan utilitarianism nampaknya telah digunakan dimana hasil yang berfaedah akan menentukan sama ada sesuatu itu baik atau buruk.Lagipun buruk baik sesuatu bergantung kepada bagaimana hasil penyelidikan sains itu digunakan oleh manusia. Jika ada penggunaan yang tidak baik, itu adalah dianggap sebagai kegagalan manusia sendiri untuk mengawal perbuatan mereka seperti dalam soal menggunakan bom-bom yang boleh meragut ribuan nyawa dan memandu kereta berkuasa tinggi yang boleh membahayakan orang ramai dijalanraya. Dalam hal itu ternyata bukan sains yang bersalah tapi manusia sendiri.

Yang nyata hasil penyelidikan sains dan seiring dengannya perkembangan teknologi, telah merobah corak hidup manusia serta membawa berbagai-bagai kesenangan serta kecanggihan hidup.Sains tidak memberi sebarang panduan bagi menilai apa yang baik dan apa yang buruk bagi kehidupan manusia tapi menunjukkan apa yang mungkin.Terserahlah kepada manusia dan masyarakat untuk memilih apa yang baik dari hasil-hasil menyelidikan sains itu dan meninggal apa yang boleh membawa keburukan/kejahatan.

Cuma bidang social science yang telah bergiat mengkaji dan memahami nilai-nilai manusia dalam kontek kebudayaan dan amalan hidupnya. Ilmu itu menjalankan penyelidikan lapangan ( empirical and field studies) untuk merakamkan pendapat dan penilaian manusia mengenai berbagai aspek hidup.Pendapat mereka selalunya dipecahkan kepada kategori "setuju" atau" tidak setuju", penilaian "baik" atau "tidak baik", "benar" atau "tidak benar" dan dihitung untuk menentukan berapa peratus dari masyarakat yang dikaji ( mengikut sample) menganggap sesuatu perkara itu baik atau tidak baik dan tidak dapat diterima. Kajian begini selalu disebut social (response) survey atau opinion poll melalui mana pola-pola pendapat masyarakat dijadikan ukuran untuk menentukan apa yang baik dan apa yang tidak baik, walaupun ia lebih merupakan apa yang disukai dan apa yang tidak disukai. Pengkaji sendiri tetap mengambil pendirian yang tidak memehak kemana-mana (neutral), seperti kedudukan sains dalam mengkaji dan meneliti benda-benda atau gejala-gejala dunia dan manusia.

 

Pandangan Agama

Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk adalah akibat perbuatan manusia sendiri. Ini adalah pegangan agama Islam yang bukan saja memberi ukuran buruk-baik yang mudah tapi juga menyimpulkan falsafah Islam berhubung dengan manusia dan alam. Sebagai ukuran buruk- baik, kita cuma perlu bertanya sama ada sesuatu perbuatan itu dibenarkan atau dilarang oleh Islam. Jika dibenarkan ia pastilah baik dan jika dilarang ia pastilah merupakan sesuatu yang tidak baik, walaupun kita memikirkan ia baik mengikut rasional kita sendiri.Benar Tuhan telah memberi kita akal fikiran untuk menimbangkan yang mana baik dan yang mana tidak, yang mana benar dan yang mana salah, tetapi kita sentiasa dipengaruhi oleh kepentingan duniawi dan pertimbangan kita mungkin terkeliru atau tersalah.

Sungguhpun begitu yang dibenarkan oleh Islam itu banyak kategorinya seperti juga yang dilarang. Ini termasuklah yang wajib, sunat, harus, makruh, dan mubah sementara yang dilarang pula termasuklah yang haram, makruh dan juga mubah. Tidak perlu diterangkan takrif tiap-tiap suatu kategori dalam halaman web ini selain dari menyentuh perbedaan penting saja. Wajib adalah perkara yang diperintah Allah untuk dilakukan seperti sembahyang, puasa, membayar zakat dll dan berdosa jika ditinggalkan. Sunat pula adalah yang mendapat pahala jika dikerjakan tetapi tidak berdosa jika ditinggalkan. Harus adalah yang sudah semestinya seperti makan-minum, tidur dll. Makruh bererti tidak berdosa jika dilakukan tetapi mendapat pahala jika ditinggalkan manakala mubah bererti tidak mendapat pahala jika dilaku dan tidak berdosa jika ditinggalkan. Yang Haram ialah perkara yang dilarang oleh Allah swt, dan berdosa jika dilakukan.

Apa yang menjadi masalah ialah bahawa kategori makruh dan mubah itu kerana terlalu banyak perkara yang jatuh dibawah kategori itu sedang kategori wajib, sunat, harus dan haram juga ada pengecualian-pengecualian yang rumit untuk menjadi garis panduan buruk baik yang absolute. Sembahyang adalah wajib tetapi kaum wanita yang sedang haid, bebas dari tanggungjawab itu. Begitu juga puasa bagai orang yang sakit. Alkohol adalah haram dari segi hukum tetapi banyak sekali ubat-ubatan yang mengnadungi alkohol. Jika semuanya diharamkan, banyak sekalilah ubat-ubatan moden yang tidak boleh digunakan oleh orang-orang Islam.

Dalam soal perkara-perakara yang makruh atau mubah, panduan buruk-baik lansung tidak ada lagi. Makan-minum adalah harus, tetapi menjadi makruh jika sudah berlebih-lebihan. Bermain-main menghiburkan hati adalah mubah. Jika bermain sebagai riadhah, itu adalah harus. Tapi jika bermain unuk berleka-leka, mengelak dari menjalankan kerja atau tanggung jawab, atau sebagai suatu judi, hukumnya sudah lain.Disini timbullah soal kesederhanaan bila melakukan sesuatu kerana sudah berlebih-lebihan mungkin menjadi makruh ataupu haram. Demikian garis panduan yang ada menjadi agak kabur.

Lalu agama Islam kembali kepada akal fikiran yang sudah dikurniakan Tuhan kepada manusia untuk menimbangkan buruk-baik sesuatu. Tetapi akal fikiran mungkin keliru, mungkin ditewaskan oleh nafsu atau desakan kepentingan hidup.

 

Send feedback!