| Kalau ahli-ahli falsafah Yunani kuno
menganggap manusia boleh mengatasi kekurangan-kekurangan yang ada
pada benda-benda lain dan boleh meningkat keperingkat ruhsuci (divine),
ahli-ahli falsafah Kristian menganggap benda-benda (matter) dan kebendaan,
sangat merosakkan manusia dan adalah jahat (evil). Manusia mengengkari
Tuhan kerana kebendaan. Cuma melalui ihsan Tuhan mereka boleh mengembalikan
kemuliaan diri (grace) mereka. Tuhan menjadikan manusia sebagai ciptaan
terulung ( masterpiece) tapi manusia juga boleh merosakkan diri mereka.
Tuhan cuba menyelamatkan mereka melalui Jesus.
Begitulah pandangan Saint Augustine (354-430). Tuhanlah yang menyebabkan
segala-galanya dan manusia ciptaanNya terulung adalah gabungan tubuh
dan ruh (body and soul). Nabi Adam ialah manusia pertama. Ia melakukan
dosa dan dosa itu mengesai hidup manusia seluruhnya. Hidup ialah
perjalan membersihkan diri kerana manusia sudah terkutuk dan hanya
separuh yang akan diselamatkan ( salvaged).
Pendapat ini berterusan melalui ahli-ahli falsafah Scholastic
dari kurun 9 ke 13 seperti Scotus Erigina, William Champeux dan
Abeland. Manusia ciptaan Tuhan yang terulung tetapi boleh jatuh
ke jalan dosa. Cuma keuniversalannya - kemanusiaan (mankind)- yang
baik. Ia mengandungi sifat ketuhanan. Lalu manusia dianggap mempunyai
sifat-sifat alam semesta (universal) dan sifat-sifat ketuhanan (divine).
Antara pemikir begini ialah Thomas Aquinas yang menyatakan manusia
terdiri dari benda dan ruh (spirit), tubuh dan minda. Benda atau
kebendaan menariknya ke bawah dan ia harus menebus diri dari dosa-dosa
yang diwarisi.
Dalam usaha membersihkan jiwa, manusia harus membenci dunia dan
kebendaan. Inilah doktrin di saman pertengah bilamana Gereja dan
Tuhan menguasai hidup manusia.Manusia adalah takluk kepada undang-undang
dan kehendak Pencipta Maha Agung.
Namun ramai ahli falsafah yang menentang doktrin ini. Lalu lahir
doktrin Nominalism yang menekankan manusia sebagai individu amat
utama kerana pemahaman alam sejagat (universals), ide-ide dan "reals",
adalah ide dalam minda manusia. Fikiran inilah yang telah membangunkan
manusia dan menghidupkan jiwa serta intelek manusia sehingga berlakunya
zaman Renaissance. Apalagi sesudah ahli-ahli sains seperti Coppernicus,
Galileo, Kepler dan Newton mengkaji alam semesta dan bagaimana ia
berfungsi.
Francis Bacon menyeru manusia untuk melupakan kepercayaan dan
ide-ide lama dan "melahirkan kesedaran baru mengikut semangat
sains," mengkaji undang-undang alam dan bertindak mengikutnya,
tapi masih menghargai undang-undang Tuhan. Thomas Hobbe terus mengutamakan
sains dan menegaskan semua dalam alam ini hanya benda dan pergerakan
(motion).Descartes berpendapat ada satu benda mutlak (absolute)
di alam ini iaitu Tuhan dan dua benda relative iaitu minda dan benda
(matter). Benda berfungsi secara mekanikal mengikut undang-undang
alam tapi minda adalah bersifat kerohanian (spiritual). Bagi Spinoza
pula, semua dalam alam ini adalah benda yang mempunyai dua sifat
Tuhan iaitu extension dan thought. Manusia adalah extension dari
Tuhan dan satu corak atau 'mode' pemikiran (thought). Semua benda
merupakan corak (mode) benda dan pemikiran - dalam benda-benda,
corak itu mudah, dalam manusia ia lebih rumit dan kompleks. minda
manusia sedar tentang perbuatannya.
Bagi Locke, manusia adalah sevbahagian dari duni - bahagian yang
sensitif kepada alam keseklilingnya, punya ide mengenainya yang
timbul dari deria mereka dan pengalaman. Manusia adalah tubuh dan
minda yang saling berinteraksi. Ada satu benda spiritual lagi -
Tuhan, yang menciptakan alam semesta dari tiada (nothing) dan menyusunnya
supaya bertindak seolah-olah melalui pengalaman kita.Pemikiran (reason)
dan pengalaman manusia itulah yang menjadi ujian kepada ujudnya
alam luaran (external world) dan Tuhan. Pengikut-pengikutnya menambah
lagi dengan mengatakan bahawa keujudan Tuhan sendiri ternyata dari
undang-undang alam. Demikian agama Kristian menjadi lebih rasional
( berasaskan akal atau "reason") dan berkurangan misterinya.
Dengan itu manusia individu menjadi hakim kepada alam ini , akal
(reason) menjadi mahkamahnya. Ia mesti faham (sesuatu mesti masuk
akal) sebelum dapat diterima. ( Nota: Ini perbandingan yang amat
penting dengan agama Islam dimana sesuatu ajaran agama wajib diterima
tanpa persoalan - diterima akal atau tidak!)
Berkeley terus menolak alam benda. Baginya tidak ada dunia diluar
dunia minda. Tidak ada yang ujud jika tidak dapat ditanggap oleh
minda manusia. Kesedaran (sensation) mengenai ujud sesuatu bukan
datang dari dunia luar tetapi dari Tuhan. David Hume menambah lagi
kepada pendapatnya. Manusialah yang menjadi pusat alam ini. Kerana
semua yang kita boleh tahu adalah berpunca dari ide kita sendiri,
tidak ada dunia jasmani atau rohani yang menyebabkannya. Kita boleh
percaya bahawa ia berpunca dari dunia luar atau Tuhan, tetapi kita
tidak dapat membuktikannya melalui akal fikiran. Pendapat Hume itu
telah menyoal kebolehan manusia dan pemikiran serta mindanya untuk
memahami alam semesta kerana tidak dapat membuktikannya. Manusia
seolah-olah tinggal dengan idenya tanpa dunia luar yang menyebabkan
ide itu.Pendirian ini berbeda dengan pendirian Leibnitz yang menyatakan
bahawa alam trermasuk manusia terdiri dari benda dan spirit dan
kedua-duanya adalah sifa-sifat Tuhan. Benda-benda kecil yang membentuk
alam dinamakan monads. Pada manusia monads ini dikawal oleh jiwa
( soul) tapi Tuhan telah menagaturkan supaya monads ini bertindak
secara harmoni antara satu sama lain mengikut undang-undang alam.
Demikian timbulnya fahaman mekanikal mengenai alam, bahawa manusia
dan segala-galanya takluk kepada undang-undang alam yang mekanikal
dan boleh dikaji seca saintifik. Inilah yang memacu perkembangan
sains.
Jean Jascque Rousseau (1712-1778) menentang. Manusia bukan jentera
atau menjadi sebahagian dari alam yang mekanikal, katanya. Ia ada
perasaan dan sentiment.Sains dan budaya telah merantai manusia dan
merosakkan nilai-nilai kemanusiaan mereka. Mereka mesti membuangkan
kekangan kulit tamadun itu dan membangunankan kebolehan mereka dengan
kembali ke alam semulajadi, tegasnya. Immanuel Kant, seorang ahli
falsafah terpenting, setuju dengan cadangan mengembalikan manusia
ke tempatnya dalam alam semesta ini. Ia adalah sebahagian dari alam
itu, yakin lam itu ujudtapi tak dapat megetahuinya. Yang diketahui
ialah dunia yang dibina oleh mindanya dari sensation yang berpuca
dari alam luar. Demikian Kant sehaluan dengna pendapat Locke, Berkeley
dan Hume. Pengetahuan terhad kepada ide-ide.
Tapi manusia juga boleh menggunakan akal (reason), boleh membentuk
ide mengenai dunia luar, mengenai Tuhan, kebebasan dan imortalit.
Demikian dengn akal ia boleh bertindak seolah-olah dunia luar itu
ujud, seolah-olah alam dan dia dicipta oleh Pencipta. dan ia bebas
dengan mempunuai jiwa yang kekal. Dengan pendapat itu telah menyelamatkan
dari kevuntuan minda dan skeptism Hume mengenai kebolehan manusia
mengetahui apa-apa selain dari sensation pengalaman sendiri . Mereka
boleh kembali ke alam semulajadi melalui akalnya (reason) dan mengambil
tempat yang sesuai dalam alam semesta seperti yag dicadangkan oleh
Rousseau .
Fichte membuat kebebasan manusia itu sebagai teras falsafahnya.
Manusia dianggap agent bebas, boleh menentukan tindakan sendiri
demikian memenuhi keperluan sifat-sifat moralnya dan memberi nilai
kepada hidup. Prinsip alam semesta adalah kebebasan dan penentuan
diri sendiri (self-determining) yang dinamakannya Absolute ego.
Ini sudah menjadi prinsip manusia individu juga, lalu ia menjadi
sebahagian dari keegoan alam - Universal ego - bebas dan kreatif.
Semangat inilah yang telah membebkan manusia dari zaman kegelapan
( the Dark Ages) dan membawakan REnaissance.
Hegel pula memerhatikan proses perkembangan minda manusia yang
serupa dengan proses perkembangan alam dimana kenuyataan atau fakta-fakta
bergerak kearah pertentangan. Peperangan, misalknya, adalah buruk
dan jahat ( thesis). Tapi sesudah selesai ada oula kebaikan-kebaikannya
(antithesis). Lalu minda kita mencari penyelesaian - bahawa walaupun
perang itu buruk dan jahat ada cita-cita (values) yang tercapai
melaluinya (synthesis). Hegel yakin semua pemikiran berjalan mengikut
proses ini (dialectics). Ini juga baginya proses evolusi alam. Manusia
memberi corak perkembangan alam semesta - menjadi mikrokosm alam
sedang alam itu merupakan makrokosm manusia.
Beberapa orang ahli falsafah German seperti Frederich Herbert
(1776-1841) tetap yakin bahawa undang-undang alam mesti dikaji dahulu
sebelum manusia dapat menentukan tempatnya dalam alam. Jika alam
adalah jentera yang dikuasai undang-undang tetp, manusia juga begitu.
Kedua-duanya terdiri dari "reals" yang absolute, tidka
berubah, tidak rosak (decay). Yang berubah ialah alam semesta. Manusia
cuba menyesuaikan alam untuk keperluan diri seperti memasang api
bila kesejukan. Ia mesti berbaik-baik dengan alam. Comte menambah
manusia mesti mengawal tindakan untuk menjaga hubungan baik dengan
alam.
John Stuart Mill menyetujui pendirian diatas dari segi ujudnya
consistencies dlam alam yang boleh dipegang untuk meramalkan sesuatu
kejadian ( seperti guruh petir selalunya diikuti oleh hujan). Begitu
juga halnya sengan manusia, tapi mereka lebih kompleks. Ahli falak
boleh meramalkan kelahiran komet beratus tahun sebelum berlaku tapi
tidak dapat melamarkan sama ada seorang bayi yang baru lahir itu
akan menjadi seorang doktor, peguam dll. Mill percaya jika semua
faktor dapat diketahui dalam hal alam dan manusia, kita boleh mencari
kesamaan yang memberi lebih kepastian.Herbert Spencer mengambil
pendirian manusia hanya boleh tahu pengalamannya sendiri dan ada
dunia luar yang menyebabkan pengalaman itu. Walaupun ia berupa "unknowable"
ia dapat diterjemahkan dari apa yang disedari oleh masuia melalui
kesan-kesan subjektif. Prinsip-prinsip alam serupa jugfa dengan
prinsip-prinsip manusia kerana manusia itulah alam. Tenaga kreatif
dan proses evolusi pada alam mengikut undang-undang tertentu dan
undang-undang itu jugalah yang membangun dan mematangkan manusia,
membeolehkannya menguasai diri seperti alam.
Wlliam James, seperti Comte,meletakkan manusia sebagai pusat alam.
Baginya semua yang dialami adalah 'real' dan reality adalah pengalaman.
Jadi terori alam boleh diasaskan pada pengalaman manusia walaupun
terori itu akan berupa egocentric - berpusat pada ego manusia. Bagi
James, apa saja yang memuaskan hati manusia adalah benar dan apa
yang tidak memuaskan adalah palsu. Ini benar juga bagai alam semesta.
Jika sesuatu tindakan membawa hasil seperti yang dijangkakan, tindakan
itu benar. Alam adalah pengalaman mansuia dan kita menterjemah alam
mengikut pengalaman ityu. John Dewey terus menganggap manusia sebagai
ukuran alam. Manusia tidak boleh pergi lebih jauh dari pengalamannya
. Realitu tumbuh, berubah dan berkembang mengkut pengalaman manusia
dan manusia adalah sebahagian dari proses itu. Pada diri manusia
alam mendapat kesedaran diri ( self-consciousness).
Bertram Russel (1872-19 ) mengemukakan pendapat yang serupa dalam
bukukecilnya A Freeman's Warship. Tapi ia melihat alam sebagai suatu
jentera yang maha besar, yang ditadbir oleh undang-undang sains.
Manusia timbul untuk seketika dan berasa gembira dengan sumbangannya,
kemudian hilang sedang alam terus berjalan. Manusia adalah seperti
orang hanyut diatas rakit dalam lautan luas pada waktu malam: seorang
demi seorang jatuh ke dalam air dan hilang. Alam tidak pun asmbil
peduli. |