Pandangan Falsafah.
Ahli-ahli falsafah Yunani kuno dahulu memulakan ilmu falsafah
dengan menyoal: dari apakah alam (universe) dan benda-benda ( matter)
serta manusia itu dijadikan? Eloklah persoalan ini direnungkan dahulu
walaupun kita sebagai manusia moden mungkin sudah tahu.
Ahli-ahli falsafah dari zaman Yunani kuno hingga sekarang mempunyai
berbgai-bagai pendapat mengenai dari apa alam semesta dan benda-benda(matter)
diperbuat - dari air, api, udara, tanah, monads, jiwa (spirit) dan
sebagainya. Pendapat-pendapat mereka disertai dengan daya olahan
pemikiran yang amat menarik serta menghasilkan seluruh pemikiran-pemikiran
falsafah yang dihargai orang hingga kehari ini. Di dalamnyalah terkandung
kebijaksanaan dan nilai-nilai kemanusiaan yang menjadikan hidup
seseorang lebih bermutu. Berikut ialah rumusan pendepat ahli-ahli
falsafah yang terkenal, terhad kepada isu pertama diatas.
Dari air, kata THALES (640 BC), kerana air boleh mengambil berbagai-bagai
bentuk seperti ais dan wap (udara).Dari sejenis pepadu ( mass) yang
hidup dan boleh memenuhi semua ruang, kata ANAXAMANDERS ( 611 BC)
Dari udara (air), kata ANAXIMINES (600 BC), dan ialah yang menjadi
air, batu, darah dan tulang. Dari api, kata HERACLITUS ( 535 BC)
kerana semua benda sentiasa berubah-ubah seperti api. Sungai juga
berubah-ubah dan kita tidak boleh masuk ke dalam sungai yang sama
dua kali. Tapi benda juga ada yang tidak berubah-ubah, sanggah EMPEDOCLES
(459 BC) lalu ia mengadakan benda terdiri dari empat asasir - tanah,
udara, api dan air. ( Agama Islam masih berpegang kepada pendapat
ini!) Anasir-anasir itu sangat kecil, berjuta-juta banyaknya, bercampur
dengan berbagai-bagai cara untuk membentuk berbagai-bagai benda.
Percampuran dan perpisahan antara anasir-anasir itu itentukan oleh
rasa cinta dan benci! LIUCIPPUS (500BC) dan DEMOCRITUS (400BC) kemudiannya
menamakan anasir-anasir kecil itu atom dengan mengatakan atom itu
tidak berubah-ubah; cuma percantumannya yang berubah-ubah.
Sampai ke zaman PLATO (427BC) dan ARISTOTLE (384 BC), falsafah
menerima perkembangan yang amat hebat. Benda-benda sebenar hanyalah
ide (idea) sahaja, kata Plato, manakala benda-benda yang kita lihat
hanya salinan/bayangan ( copies) benda-benda itu. Ide itu, seperti
ide rumah dan pokok, tidak berubah-ubah dan telah ujud dari permulaan
waktu sedang benda-benda yang kita lihat dana alami akan berubah
dan hancur.Ide itulah yang melahirkan semua benda dalam dunia ini.
Kerana pendapat itulah Plato dinamakan seorang ahli falsafah 'idealist'.
Aristotle, seorang murid Plato, ingin menyatukan pendapat Atomist
dengan pendapat Idealist gurunya. Lalu mengemukakan pendapat semua
benda terdiri dari dua perkara - benda (zahir) dan bentuk (form).
Bentuk itu kekal dan ada di dalam semua benda-benda zahir. Misalnya
sebutir benih adalah benda tetapi mengandungi bentuk pokok kayu
yang bakal tumbuh darinya. Seorang juru-ukir bila mengukir seketul
batu menjadi patung manusia telah mengubah batu itu mengikut bentuk
(manusia) yang ada didalam kepalanya. Lalu di keluarkan teori sebab-musabab
( Causal Theory) yang masyhur bahawa semua perubahan belaku kerana
empat sebab:
(1) sebasb bentuk ( formal cause) berasaskan ide kekal dan sempurna
yang ada, (2) sebab benda (material cause) yang boleh berubah-ubah
(3) sebab efisien ( efficient cause) iaitu kuasa yang menggerak
dan mengubah ( seperti kemahiran juruukir), dan (4) sebab akhir
(final cause), iaitu tujuan dan maksud akhir perubahan itu ( tujuan
juruukir).
Suatu contoh lagi, bagi seorang yang ingin menjadi doktor, ide
doktor itu menjadi formal cause, diri dan sifat orang itu menjadi
material cause, usahanya mendapatkan didikan dan kemahiran menjadi
efficient cause, dan kemahuannya menjadi final cause.
Lain-Lain Pendapat
Pengikut-pengikut EPICURUS ( 342 BC) , the Epicureans, menumpukan
perhatian kepada hidup yang baik ( the good life) di dalam dunia
yang terdiri dari benda-benda yang dialami melalui pancaindera (senses)
kita. Benda-benda itu terdiri dari atom yang jatuh dari langit secara
rambang dan membentuk semua benda-benda yang ada. The Stoics pula
( diasaskan oleh ZENO-336 BC) menumpukan perhatian kepada etika
dan disiplin hidup. Dunia bagi mereka terdiri dari tenaga (forces)
dan benda (mattter). Tenaga itu ada dalam semua benda seperti api,
dan menjadi penggerak semua benda Dari api asal itulah datangnya
anasir-anasir lain seperti api, udara, air dan tanah yang bercantum
membentuk semua benda. The Skeptics ( diasaskan oleh PYRRHO) pula
yakin manusia tidak akan tahu bagaimana alam ini terjadi.
Pendapat ahli-ahli falsafah bercorak keagamaan akan dibincangkan
di bawah bahagiah Agama. Oleh itu kita terus melompat kepada pendapat
ahli-ahli falsafa zaman renaissance dan moden.
Francis Bacon (1564 AD) telah memisahkan falsafah dari agama kerana
doktrin agama tidak dapat dibuktikan dengan akal pikiran. Pengetahuan
mengenai alam mengikutnya, boleh didapati dengan mengkaji secara
teliti persamaan dan perbedaan antara benda-benda dan mencari hukum-hukum
sebab dan bentuknya secara inductive. Hukum dan undang-undang alam
itu akan mendedahkan rahsianya. Thomas Hobbes (1588 BC), seorang
ahli matematik, menganggap alam ini terdiri dari badan-badan ( bodies)
yang bergerak dalam ruang (space). Badan-badan itu ada sifat-sifat
tertentu (accident) seperti bergerak, diam, warna, keras dll. Kalau
terkena badan lain, yang diam akan bergerak Inilah undang-undang
sebab-akibat (cause and effect). Semua benda mengikut Hobbes adalah
bergerak, satu sifat yang diberi Tuhan.
Descartes (1596 AD) seorang ahli matematik, mempunyai gambaran
alam yang mekanistik. Ada dua jenis benda katanya - benda (substance/body/matter)
dan minda (mind). Semua ada sifat (extension) dan moda (mode)nya,
boleh dibahagikan kepada bahagian kecil (particles) dan boleh begerak
dari satu ruang kepada ruang yang lain. Hukum-hukum pergerakan ini
( Law of Motion) akan mendedahkan rahsia alam.( Lihat mind and matter).
Spinoza menyokong pendapat itu tapi pecaya semua aspek benda itu
adalah juga aspek-aspek Tuhan demikian melahirkan fahaman pantheism.
John Locks (1632-17040 pula menyoal bagaimana manusia boleh mengetahui
sesuatu - dari kesan-kesan deria (sense impression) katanya.Dua
aspek benda, tubuh (body) dan jiwa (soul) berinteraksi dan memberi
bentuk/rupa kepada semua benda.Berkeley (1685-1753) terus meolak
adanya benda-benda material; ia cuma ujud dalam minda, katanya.
Leibnitz ( 1646-1716) pula berpendapat semua benda bergerak kerana
unit tenaga (units of force) yang ada padanya, dinamakan monads
(force of atoms). Monads ini berbeda-beda kejernihannya: yang kurang
jernih menjadi tumbuh-tumbuhan, yang jernih jadi binatang, lebih
jernih jadi manusia, paling jernih ialah Tuhan.Setiap monad mengandungi
seluruh alam dalam dirinya sendiri (microcosm). Dengan teori monads
ini Lebnitzcuba menggabungkan fahaman sains dan agama.
Immanuel Kant (1724-1804) seorang ahli falsafah German menumpukan
perhatian kepada soalan: Apakah pengetahuan (knowledge)? Apakah
yang boleh kita tahu? Ia yakin kita cuma tahu apa yang kita alami,
yang kita rasai melalui sensation. Apa punca sensation, kita tidak
tahu. Apa yang dil;uar minda kita, kita tidak dapat tahu. Mengikut
pengalaman, dunia sudah ujud dari permulaan waktu dan benda-benda
tidak boleh dibelah bagi tanpa kesudahan. Semua yang berlaku dalam
dunia adalah mengikut undang-undang alam tertentu dan tidak ada
keperluan Pencipta yang menyebabkan alam ini ujud. Inilah alam pengalaman
sains, alam phenomena. Tapi melalui fikiran (reason) kita boleh
membentuk ide bahawa benda-benda boleh dibelah-bagi tanpa kesudahan.
Ada kebebasan (tak mengikut undang-undang alam) dan ada Pencipta
(Tuhan) yang menyebabkan semuanya. Demikian ada dua alam - alam
pengalaman yang menerangkan hal-hal alam gejala ( phenominal - yang
melahirkan konsep phenominology) yang saintifik, dan alam pemikiran
(reason), alam noumenal yang praktikal.Mengikut Kant, dalam dunia
praktikal tiap-tiap tindakan mesti berasaskan undang-undang moral:
"bertindak dengan menekankan prinsip undang-undang moral supaya
orang lain akan mengikuti prinsip itu."Ini dinamakan categorical
imperative atau kemestian mutlak. Kant dianggap sebagai bapa Idealism.
Fichte (1762-1814) pula berpendapat semua benda dalam dunia ini
ialah "spirit" (ruh) dan minda Tuhan. Tidak ada benda
yang tak bernyawa. Benda sebagai ego Tuhan akan terus berkembang
untuk mencapai kesempurnaan. Demikian benda-benda dalam dunia ini
diciptakan oleh ego Tuhan sebagai arena untuk menggunakan kebebasannya
(freedom). Tapi kebebasan mesti ada batasan, kerana ada alam yang
ada hukum-hukum sendiri dan semua berlaku mengikutnya. Minda kita
juga adalah ego Tuhan. Itulah pemikiran sajagat yang aktif (universal
active mind). Pandangan ini brtentangan dengan pendapat Descates,
Locke dan Kant yang mengesyorkan prinsip dua alam - alam benda dan
alam minda. Schelling (1775-1854) setuju dengan Fichte, mengatakan
semua benda adalah "spirit" dan ego Tuhan. Tapi dalam
alam semulajadi (nature) spirit itu tidak sedar diri sedang dalam
manusia ia paling sedar (conscious).Ada perkembangan dari minda
yang tidak sedar ( benda mati, inorganic) kepada yang penuh sedar
(absolute minda-Tuhan). Benda mati itu cuma belum buta, belum "masak"
(ripe). Doktrin ini dinamakan Pantheism.
Friederich Hegel ( 1770-1831) berpendapat seluruh alam semesta
adalah evolusi minda dari alam semulajadi (nature) kepada Tuhan.
Baik dlam alam semulajadi atau minda manusia ada proses pengembangan
(unfolding), proses pertentangan sifat - idalektiks- yang berasakan
thesis-antithesis-synthesis. Ini proses pemikiran dan juga alam
yang mengikut perkembangan fikiran. Kedua-dua proses itulah yang
melahirkan kesatuan kesatuan (unity). Banyak tentang kepada pendapat
Hegel itu. Frederich Herbert (1776-1841) berpendapat alam itu "real",
bukan ujud dalam minda saja. Kita menyusun dan menyusun semula "real"
ini hingga melahirkan dunia pengalaman. Inilah asas falsafah Realism.
Schopenheuer ( 1788-1860) pula bersetuju dengan Kant dalam mengatakan
dunia pengalaman itu adalah dunia gejala (phenomena) tetapi tidak
setuju kita boleh menjadi sedar tentang the thingin-itself. Baginya
yang menyebabkan gejala-gejala dalam alam ini ialah keinginan (will).Rumah
ujud kerana kita menginginkannya. Keinginan bneda tak bernyawa seperti
batu adalah buta tapi ada prinsip kreatif yang akan menentukan kejadian
baginya.Fechner pula yakin dunia nyata adalah tubuh alam ini. Tubuh
itu adalh ruh (soul) atau kehidupan mental yang ujud diperingkat
semakin kurang dari binatang kepada tumbuh-tumbuhan dan kepada benda-benda
tak bernyawa. Tuhan adalah ruh alam seperti ruh dalam tubuh manusia.
Wundt pula berkata dunia zahir ini adalah "kulit" yang
menyurukkan suatu ruh kreatif yang ada perasaan edan keinginan seperti
yang dialami manusia.
John Stuart Mill (1806-1893) berpendapat ie kita itu sajalah segala
yang kita tahu. Ide yang sering berikutan antara satu sama lain
seperti tangan menjadi panas bila mendekati api, memberi ide terbakar.
Ada peratoran alam yang menentukan wuatu kejadian (event) akan berikut
dengan yang lain, sehingga kita boleh bergantung pada hukum itu
demikian memberi fahaman sebab-akibat. Apa yang menjadi sebab itu?
Alam luaran (external universe)? Ya, katanya dan inilah yang menyebabkan
sensation yang kita alami. Kalau setiap kali masuk bilik kita melihat
kertas, kerta itu pun dianggap benda zahir yang mengikuti pengalaman
masuk bilik itu. Herbert Spencer (1820-1903) melahirkan teori falsafah
berasaskan teori evolusi Darwin. Sebab berlakunya kejadian (phenomena)
tidak dapat diketahui, katanya, tapi ada sebab mutlak (absolute)
dalam segala hal. Sebab Mutlak itu melahirkan kejadian mengikut
peratoran tertentu, menyusun kumpulan atom untuk menjadi benda yang
lengkap dan berbgai-bagai jenis. Manusia misalnya lahir dengan kumpulan
atom yang menjadikan tangan, kaki, hati dll. Dunia luar itu boleh
ujud diluar kesedaran kita dan kita mengetahuinya menerusi kesan-kesan
imbasan (impression) saja. Impression yang didapati dari dunia luar
itu tidak semestinya serupa dengan apa yang ada didunia luar itu
- pasti ada sesuatu diluar kesedaran kita yang brupa unknowable
dan absolute
James Joyce adalah ketua fahaman Idealist di US. dan menumpukan
perhatian pada sifat semulajadi manusia. Kita insan yang conscious
dan menyusun fikiran menjadi sistem yang kemas. Begitu juga alam
ini. Ia merupakan sistem yang tersusun mengikut susunan dalam fikiran
seluruh manusia. Kerana itu undang-undang sains dalam dunia luar
itu adalah serupa dengan undang-undang pemikiran kita. Bukan sains
dan dunia luar yang menguasai pemikiran kita tetapi kesedaran dan
nilai-nilai hidup manusia yang menguasai sains dan kenyataan dunia
luar itu. Wiiliam James (1842-1910) pula seorang pragmatist dengan
fahaman semua teori sains mesti diuji atas dasar kesan-kesan yang
nyata dan praktik ( practical consequences). Alam nyata itu mengandungi
kenyataan sains dan nilai-nilai mansuia seperti yang dialami. Kita
tidak boleh tahu lebih dari apa yang kita alami.John Dewey adalah
ketua fahaman Pragmatism ini dengan fahaman alam semesta ini sentiasa
erubah dan vberkembang seperti pegalaman manusia. Janganlah trerlalu
hebuh dengan apa yang ada di dunia luar (out there) tapi telitilah
pengalaman kita dan bagaimana ia berkembang dan mempengaruhi pengalaman-pengalaman
lain. Walaupun pengalaman itu berubah-ubah atau bertukar, ada consistencies
yang boleh dijadikan landasan hidup dan pemahaman.
Henry Bergson (1859-1941) pula berpendapat dunia sains tidak mungkin
lengkap tanpa pengalaman. Kita tidak mungkin tahu mengenai sungai
dengan duduk diatas tebingnya, mesti terjun dan bernang didalahnya.
Sains hanya memberi gambaran yang terpotong-potong (sliced) sedangkan
alam semesta adalah satu proses evolusi yang kreatif creative evolution)
dimana perkara-perkara baru sentiasa timbul akibat tenaga kreatif
yang ada didalamnya.anusia juga mempunyai tenaga ini dan ialah yang
memberi kebebasan dari dunia nyata. Santayana (1863-1952) seorang
lagi ahli falsafah yang mengutamakan alam pengalaman manusia. Alam
itulah yang memperkara alam semulajadi yang dikaji oleh sains. Dunia
pengalaman inilah yang mengandungi perasaan seperti kasih sayang,
harapan, ketakutan, kebimbangan, benci, marah dll. Dunia dan alam
luar- alam sains - tidak mengandungi semua itu. Kerana itulah falsafah
terus perlu mengiringi perkembvangan sians.
|