Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
There would be an applet here if your browser supported Java.
  Dikendalikan Oleh: Haris Fadzli Awang
 
MENU UTAMA
Laman Utama
Teknik Belajar
Motivasi Belajar
UPSR
PMR
SPM
Laman Web Sekolah
Tanya Cikgu
Bilik Perbincangan
Buku Tetamu
Rencana Ilmiah
Pusat Tuisyen
Tuisyen Di Rumah
PAUTAN LAIN
NOTA SAINS PMR
Tingkatan Satu
1. Bab 1 [ Klik ]
2. Bab 2 [ Klik ]
3. Bab 3 [ Klik ]
4. Bab 4 [ Klik ]
5. Bab 5 [ Klik ]
6. Bab 6 [ Klik ]

Tingkatan Dua
1. Bab 1 [ Klik ]
2. Bab 2 [ Klik ]
3. Bab 3 [ Klik ]
4. Bab 4 [ Klik ]
5. Bab 5 [ Klik ]

Tingkatan Tiga
1. Bab 1 [ Klik ]
2. Bab 2 [ Klik ]
3. Bab 3 [ Klik ]
4. Bab 4 [ Klik ]

PAUTAN TOPIK

NOTA ISTILAH
Bunga Biseks
Bunga yang mengandungi kedua-dua organ pembiakan jantan dan betina pada satu bunga.

Bunga Uniseks
Bunga yang mempunyai hanya satu jenis organ pembiakan sama ada jantan atau betina.

Pendebungaan
Proses pemindahan butir-butir debunga yang matang dari anter ke stigma

Pendebungaan Sendiri
Pemindahan butir debunga dari anter ke stigma dalam bunga yang sama.

Pendebungaan Kacuk
Pemindahan butir debunga dari anter ke stigma dalam bunga dari jenis yang sama pada induk yang sama atau induk yang berlainan.

Agen pendebungaan
Agen yang membantu memindahkan butir-butir debunga dari anter ke stigma.

NOTA CONTOH
Bunga Biseks
Bunga padi
Bunga Semarak Api
Bunga Raya
Bunga Seri Pagi
Bunga Durian

Bunga Uniseks
Bunga betik
Bunga jagung
Kelapa sawit


AGEN PENDEBUNGAAN

Serangga
Bunga raya
Bunga matahari
Bunga keembung
Bunga mawar
Bunga orkid
Bunga durian
Bunga kopi

Angin
Bunga jagung
Bunga rumput
Bunga padi
Bunga lalang

Air
Bunga teratai
Bunga hidrila

NOTA GAMBARAJAH
[Klik] Struktur Bunga Biseks
[Klik] Struktur Bunga Uniseks
[Klik] Stamen
[Klik] Pistil
[Klik] Anter
[Klik] Persenyawaan
[Klik] Pendebungaan Sendiri
[Klik] Pendebungaan Kacuk

SOALAN SISIPAN


Soalan 1

TINGKATAN 3
PEMBIAKAN DAN PERTUMBUHAN
Pembiakan Pada Tumbuhan
Sub Topik
[ klik ] Pengenalan
[ klik ] Struktur Bunga
[ klik ] Fungsi Struktur Bunga
[ klik ] Jenis Bunga
[ klik ] Pendebungan dan Persenyawaan
[ klik ] Agen Pendebungaan
[ klik ] Jenis Pendebungaan

Pengenalan
Tumbuhan juga menjalankan pembiakan. Terdapat dua jenis pembiakan yang dilakukan oleh tumbuhan iaitu:
  a) Pembiakan Aseks
  b) Pembiakan Seks

Pembiakan aseks pada tumbuhan telah dibincangkan dalam topik pertama. [ klik ]. Terdapat 2 jenis pembiakan aseks sahaja yang dilakukan oleh tumbuhan iaitu:
  a) Pembentukan spora
  b) Pembiakan vegetatif

Pembiakan aseks ini biasanya dilakukan oleh tumbuhan tidak berbunga seperti paku pakis, lumut, cendawan, mukor. Sesetengah tumbuhan berbunga boleh juga membiak secara aseks khususnya melalui pembiakan vegetatif. Contohnya bunga raya, rumput dan orkid.

SEMUA TUMBUHAN TIDAK BERBUNGA MEMBIAK SECARA ASEKS.

BUKAN SEMUA TUMBUHAN BERBUNGA MEMBIAK SECARA SEKS

PEMBIAKAN SEKS DALAM TUMBUHAN DILAKUKAN OLEH TUMBUHAN BERBUNGA SAHAJA

Pembiakan seks pada tumbuhan dilakukan oleh tumbuhan yang mempunyai bunga. Terdapat dua jenis bunga iaitu:
  a) Bunga uniseks
  b) Bunga biseks

Fungsi utama bunga ialah menghasilkan biji benih atau buah yang megandungi biji benih. Bunga merupakan pucuk yang diubahsuai menjadi organ pembiakan.

Struktur Bunga

Secara umumnya, sekuntum bunga mengandungi 4 bahagian:
  a) Sepal
  b) Ranggi
  c) Stamen
  d) Pistil

Bunga disokong oleh satu tangkai dinamakan pedisel. Hujung pedisel membengkak membentuk pudung.

Fungsi Struktur Bunga
Bahagian Penerangan Fungsi
Pedisel Tangkai bunga Menyokong bunga
Pudung Bahagian bengkak di hujung pedisel Menyangga 4 struktur utama bunga iaitu Sepal, Ranggi, Stamen dan Pistil
Sepal Salut bunga berwarna hijau dan terletak di bawah ranggi Melindungi pusaran bunga ketika peringkat kudup
Ranggi (Petal) Biasanya merupakan bahagian paling besar pada bunga dan berwarna cerah atau berwarna-warni Menarik perhatian haiwan khususnya serangga dan melindungi kudup bunga (bagi sesetengah bunga)
Stamen Organ pembiakan jantan tumbuhan. Terdiri daripada
  a) Anter
  b) Filamen
 
Anter Pundi yang mengandungi butir debunga dan terletak dihujung filamen Menghasilkan butir debunga (mengandungi gamet jantan tumbuhan)
Filamen Tangkai halus dan panjang yang memegang anter Menghasilkan butir debunga (gamet jantan tumbuhan)
Pistil Organ pembiakan betina
Terdiri daripada
  a) Stigma
  b) Stil
  c) Ovari
 
Stigma Bahagian atas pistil yang melekit dan berbulu Membolehkan butir debunga melekat padanya
Stil Salur panjang yang memegang stigma Menyokong stigma pada kedudukan terbaik untuk menerima butir debunga
Ovari Bahagian membengkak pada pangkal stil Menghasilkan ovul (mengandungi gamet betina tumbuhan) dan melindunginya
Nektar (madu bunga) Mempunyai madu sebagai makanan kepada serangga Tidak mempunyai madu
Bau Mempunyai bau sama ada wangi atau busuk Tidak mempunyai bau

Jenis Bunga
Terdapat dua jenis bunga iaitu:
  a) Bunga Uniseks
  b) Bunga Biseks

Bunga uniseks ialah bunga yang mengandungi hanya satu organ pembiakan sahaja sama ada organ pembiakan jantan atau organ pembiakan betina. Contohnya ialah pokok betik, jagung dan kelapa sawit.

Bunga biseks ialah bunga yang mengandungi kedua-dua organ pembiakan iaitu organ pembiakan jantan dan organ pembiakan betina. Contohnya ialah bunga padi, semarak api dan durian

Pendebungaan dan Persenyawaan
Pendebungaan ialah proses pemindahan butir-butir debunga yang matang dari anter ke stigma

Persenyawaan ialah percantuman di antara gamet jantan dan gamet betina untuk menghasilkan zigot.

Pendebungaan dan Persenyawaan Dalam Bunga [ Klik Untuk Gambar ]
Anter mengandungi gamet jantan. Apabila anter telah matang, ia akan pecah dan membebaskan butir debunga. Agen pendebungaan akan membantu memindahkan butir debunga dari anter ke stigma.

Apabila butir debunga jatuh ke atas stigma (di bawa oleh agen pendebungaan), butir debunga akan menghasilkan tiub debunga. Tiub debunga memanjang melalui stil menuju ke arah ovul. Gamet jantan akan menuruni tiub debunga ini untuk bertemu dengan gamet betina di dalam ovul.

Tiub debunga akan tumbuh memanjang dan menembusi dinding ovari untuk masuk ke dalam ovul bagi membolehkan persenyawaan berlaku.

Ovul yang disenyawakan akan berkembang membentuk biji benih. Ovari pula akan berkembang membentuk buah. Sepal, ranggih, stamen, stigma dan stil akan layu dan gugur.

Agen Pendebungaan
Agen pendebungaan ialah agen yang membantu memindahkan butir-butir debunga dari anter ke stigma.

Agen pendebungaan ialah:
  a) Air
  b) Angin
  c) Haiwan (Serangga dan bukan serangga)

Air
Bunga yang didebungakan oleh air mempunyai ciri-ciri berikut:
  a) Bunga boleh terapung/terampai dalam air
  b) Bunga yang banyak, kecil, ringan dan mampu menahan tindakan air

Angin
Bunga yang didebungakan oleh angin mempunyai ciri-ciri berikut:
  a) Saiz bunga kecil
  b) Warna bunga putih atau pudar
  c) Butir debunga mudah dibawa angin dan stigma bunga betina bersifat melekit

Haiwan
  a) Bunganya boleh menarik perhatian haiwan
  b) Mempunyai nektar (madu) sebagai makanan haiwan
  c) Butir debunga mudah melekat pada badan atau kaki haiwan

Perbandingan Ciri Bunga Yang Didebunga Oleh Angin dan Serangga
Ciri Bunga Oleh Serangga Oleh Angin
Ranggi Berwarna cerah untuk menarik perhatian serangga Berwarna putih atau pudar
Saiz bunga Besar untuk menarik perhatian dan memudahkan serangga hinggap di atasnya Kecil
Filamen Pendek dan keras bagi memudahkan butir debunga melekat pada kaki atau badan serangga Panjang dan lembut bagi memudahkan butir debunga ditiup angin
Anter Kecil dan melekat dengan kuat pada filamen supaya tidak gugur apabila disentuh oleh serangga Besar yang bersendi
Kedudukan Stamen Di dalam bunga Menjulur keluar dari bunga
Stigma Pendek dan melekit bagi memudahkan butir debunga pada badan serangga melekat pada stigma Panjang, besar dan berbulu
Stil Pendek supaya stigma berada di dalam bunga Panjang untuk menjulurkan stigma keluar dari bunga
Kedudukan stil dan stigma Di dalam bunga Di luar bunga
Butir debunga Bersaiz besar, kasar, melekit dan bilangannya sedikit kerana pendebungaan oleh serangga mudah berlaku Bersaiz kecil, ringan, mempunyai pundi-pundi udara dan bilangannya banyak supaya mudah diterbangkan oleh angin

Jenis Pendebungaan
Terdapat dua jenis pendebungaan iaitu:
  a) Pendebungaan Sendiri
  b) Pendebungaan Kacuk

Pendebungaan sendiri ialah pemindahan butir debunga dari anter ke stigma dalam bunga yang sama.

Pendebungaan kacuk ialah pemindahan butir debunga dari anter ke stigma dalam bunga dari jenis yang sama pada induk yang sama atau induk yang berlainan.

Pendebungaan kacuk lebih baik berbanding pendebungaan sendiri kerana:

  1. Menghasilkan buah yang lebih bermutu sama ada dari segi saiz, rasa atau kelebatannya
  2. Menghasilkan biji benih yang bermutu iaitu cepat mencapai tempoh matang
  3. Pokok yang dihasilkan mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi

Contoh hasil pendebungaan kacuk ialah:

  1. Jagung Masmadu - lebih manis dan lebih besar dari induknya
  2. Padi MR103, MR 106 - berbuah lebih lebat
  3. Tenera - kacukan kelapa sawit Dura dan Pesifera - hasilkan minyak yang banyak dan lebih bermutu