Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
There would be an applet here if your browser supported Java.
  Dikendalikan Oleh: Haris Fadzli Awang
 
MENU UTAMA
Laman Utama
Teknik Belajar
Motivasi Belajar
UPSR
PMR
SPM
Laman Web Sekolah
Tanya Cikgu
Bilik Perbincangan
Buku Tetamu
Rencana Ilmiah
Pusat Tuisyen
Tuisyen Di Rumah
PAUTAN LAIN
NOTA SAINS PMR
Tingkatan Satu
1. Bab 1 [ Klik ]
2. Bab 2 [ Klik ]
3. Bab 3 [ Klik ]
4. Bab 4 [ Klik ]
5. Bab 5 [ Klik ]
6. Bab 6 [ Klik ]

Tingkatan Dua
1. Bab 1 [ Klik ]
2. Bab 2 [ Klik ]
3. Bab 3 [ Klik ]
4. Bab 4 [ Klik ]
5. Bab 5 [ Klik ]

Tingkatan Tiga
1. Bab 1 [ Klik ]
2. Bab 2 [ Klik ]
3. Bab 3 [ Klik ]
4. Bab 4 [ Klik ]

NOTA MS WORD
[ Klik ] MSWord T3-BAB1-01
[ Klik ] MSWord T3-BAB1-02
[ Klik ] MSWord T3-BAB1-03
[ Klik ] MSWord T3-BAB1-04

Dapatkan perisian winzip untuk ekstrak fail zip yang disediakan.

NOTA ISTILAH
Pembiakan
Satu proses menghasilkan zuriat yang berlaku pada semua haiwan dan tumbuhan bagi mengekalkan spesiesnya.

Pembiakan Aseks
Proses pembiakan yang tidak melibatkan percantuman sel-sel pembiakan (gamet)

Pembiakan Seks
Proses pembiakan yang melibatkan percantuman gamet jantan dan gamet betina bagi menghasilkan individu yang baru.

Persenyawaan
Percantuman di antara dua sel pembiakan iaitu gamet jantan dan gamet betina.

SOALAN SISIPAN


Soalan 1
Antara kaedah-kaedah pembiakan aseks berikut, yang manakah berlaku pada tumbuhan?

  1. Pertunasan dan Belahan dedua
  2. Pembiakan vegetatif dan penjanaan semula
  3. Belahan dedua dan pembentukan spora
  4. Pembiakan vegetatif dan pembentukan spora

Soalan 2
Yang manakah antara berikut BUKAN merupakan pembiakan vegetatif menggunakan batang bawah tanah?

  1. Rizom
  2. Batang rayap
  3. Umbisi
  4. Tuber

Soalan 3
Buluh menjalankan pembiakan secara aseks. Antara berikut, bahagian manakah yang digunakan oleh buluh untuk membiak?

  1. Akar
  2. Batang rayap
  3. Sulur
  4. Keratan batang

Soalan 4
Apabila ekor cicak dipotong, ekor yang baru akan tumbuh semula. Apakah cara pembiakan yang dilakukan oleh cicak?

  1. Penjanaan Semula
  2. Pembiakan vegetatif
  3. Pembiakan seks
  4. Pembentukan spora

Soalan 5
Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK benar.

  1. Semua haiwan unisel menjalankan pembiakan aseks
  2. Semua haiwan multisel menjalankan pembiakan seks
  3. Semua tumbuhan tidak berbunga menjalankan pembiakan aseks
  4. Semua tumbuhan tidak berbunga menjalankan pembiakan vegetatif
  1. I, II, III dan IV
  2. I dan III
  3. II dan III
  4. III dan IV

Soalan 6
Organisma X menjalankan pembiakan sama seperti paramesium. Antara berikut, yang manakah kaedah pembiakan organisma X?

  1. Belahan dedua
  2. Pertunasan
  3. Pembentukan spora
  4. Penjanaan semula

Soalan 7
Tumbuhan X menjalankan pembiakan sama seperti halia. Antara berikut, yang manakah mungkin sekali tumbuhan X?

  1. Keladi
  2. Lalang
  3. African Violet
  4. Rumput

TINGKATAN 3
PEMBIAKAN DAN PERTUMBUHAN
Pembiakan Seks dan Aseks
Sub Topik
[ klik ] Pengenalan
[ klik ] Pembiakan Aseks
[ klik ] Pembiakan Seks
[ klik ] Kebaikan Pembiakan Aseks dan Pembiakan Seks
[ klik ] Keburukan Pembiakan Aseks dan Pembiakan Seks
[ klik ] Perbandingan Pembiakan Seks dan Aseks

Pengenalan
Pembiakan adalah satu ciri benda hidup. Ia membolehkan benda-benda hidup (tumbuhan dan haiwan) menghasilkan zuriat untuk menyambung spesiesnya. Pembiakan merupakan salah satu cara benda hidup memastikan kemandirian spesienya.

Terdapat 2 jenis pembiakan iaitu:
   a) Pembiakan Aseks
   b) Pembiakan Seks

Pembiakan Aseks
Pembiakan aseks ialah pembiakan yang tidak melibatkan percantuman di antara gamet jantan dan gamet betina. Ia boleh dilakukan oleh induknya sendiri tanpa melibatkan induk yang lain.

Pembiakan aseks biasanya dilakukan oleh haiwan peringkat rendah dan tumbuhan tidak berbunga. Namun begitu, terdapat juga beberapa jenis tumbuhan berbunga yang menjalankan pembiakan aseks seperti bunga raya, bunga ros dan bunga orkid.

Terdapa 5 cara pembiakan aseks iaitu:
   a) Belahan dedua
   b) Pertunasan
   c) Pembentukan spora
   d) Penjanaan semula
   e) Pembiakan vegetatif

Jadual di bawah ini menunjukkan contoh-contoh haiwan atau tumbuhan yang menjalankan pembiakan aseks.
Jenis Pembiakan Contoh Haiwan/Tumbuhan Penerangan
Belahan Dedua a) Paramesium
b) Ameba
c) Bakteria
Induk yang matang akan membelah kepada dua bahagian dan menghasilkan induk yang baru. Induk baru serupa dengan induk yang asal
Pertunasan a) Yis
b) Hidra
Induk matang akan mengeluarkan mata tunas. Apabila mata tunas menjadi matang, ia tertanggal daripada induk asal. Induk baru serupa dengan induk yang asal
Pembentukan Spora a) Kulat
b) Lumut
c) Paku-pakis
Pembahagian sel berulang-ulang di dalam sporangium akan menghasilkan sel-sel pembiakan yang dipanggil spora. Sporangium yang matang akan terpecah dan membebaskan spora yang terdapat di dalamnya. Spora yang terbebas akan menghasilkan individu baru yang serupa dengan induknya jika keadaan bersesuaian.
Penjanaan Semula a) Cacing pipih
b) Tapak sulaiman
Apabila induk terpotong, keratan-keratan daripada induk ini akan mengalami penjanaan semula bagi menghasilkan induk baru yang serupa seperti induk asal.
Pembiakan Vegetatif
daun
a) Setawar
b) Begonia
c) Lidah jin
d) African Violet
 
Pembiakan Vegetatif
akar
a) Lobak
 
Pembiakan Vegetatif
keratan batang
a) Tebu
b) Pokok Bunga Kertas
c) Ubi Kayu
d) Bunga Raya
e) Bunga Ros
 
Pembiakan Vegetatif
batang rayap
a) Rumput
b) Strawberi
c) Ubi Keledek
 
Pembiakan Vegetatif
rizom
a) Halia
b) Lengkuas
c) Lalang
d) Serai
e) Teratai
 
Pembiakan Vegetatif
umbisi
a) Sengkuang
b) Keladi
 
Pembiakan Vegetatif
tuber
a) Kentang
b) Dahlia
 
Pembiakan Vegetatif
bebawang
a) Bawang
b) Pokok lili
 
Pembiakan Vegetatif
sulur (anak pokok)
a) Pisang
b) Nenas
c) Buluh
 

Pembiakan Seks

  • Pembiakan seks melibatkan percantuman gamet jantan dan gamet betina. Proses percantuman ini dinamakan persenyawaan.
  • Gamet jantan di dalam haiwan dinamakan sperma manakala di dalam tumbuhan dinamakan butir debunga.
  • Gamet betina di dalam haiwan dinamakan ovum manakala di dalam tumbuhan dinamakan ovul.
  • Di dalam haiwan, persenyawaan gamet jantan dan gamet betina akan menghasilkan zigot. Zigot akan mengalami pertumbuhan bagi membentuk organisma yang baru dan mempunyai rupa yang berlainan daripada induk asalnya (wujud variasi akibat percantuman baka yang berlainan). Proses persenyawaan berlaku melalui persetubuhan.
  • Di dalam tumbuhan, persenyawaan gamet jantan dan gamet betina akan menghasilkan biji benih. Biji benih akan bercambah dan tumbuh menjadi tumbuhan baru yang berbeza daripada induknya. Proses persenyawaan berlaku melalui pendebungaan.
  • Pembiakan seks biasanya dilakukan oleh haiwan peringkat tinggi (multisel kompleks) dan tumbuhan berbunga dan biasanya melibatkan dua induk yang berlainan. Namun demikian, terdapat juga beberapa spesis tumbuhan yang boleh melakukan pembiakan seks melibatkan satu induk sahaja seperti pokok seri pagi dan pokok alamanda.

Kebaikan Pembiakan Aseks dan Pembiakan Seks
Pembiakan Aseks Pembiakan Seks
  1. Dapat menghasilkan individu dengan banyak tanpa memerlukan induk yang lain
  2. Individu baru yang terhasil khususnya tumbuhan sentiasa mengekalkan rasa yang sama (contohnya halia dan bawang)
  3. Tidak memerlukan sebarang agen bagi membolehkan pembiakan berlaku
  1. Variasi antara individu baru dan induk asal menjadikan spesis mempunyai daya tahan yang lebih tinggi terhadap persekitarannya
  2. Meningkatkan interaksi dalam spesis
  3. Persaingan antara induk dan individu baru kurang.

Keburukan Pembiakan Aseks dan Pembiakan Seks
Pembiakan Aseks Pembiakan Seks
  1. Individu baru kurang daya tahan terhadap persekitaran kerana tiada variasi
  2. Persaingan menjadi tinggi kerana individu baru yang terhasil berdekatan induk asal
  1. Memerlukan agen khususnya di dalam tumbuhan bagi membolehkan persenyawaan berlaku
  2. Tidak dapat menghasilkan individu baru jika persenyawaan di antara gamet jantan dan gamet betina tidak berlaku
  3. Tidak dapat menghasilkan individu baru yang banyak dalam tempoh yang singkat

Perbandingan antara Pembiakan Aseks dan Pembiakan Seks
Item Pembiakan Aseks Pembiakan Seks
Bilangan induk 1 2 (kecuali tumbuhan biseks)
Agen untuk persenyawaan Tidak perlu Perlu pada tumbuhan
Variasi Tiada Ada
Ketahanan terhadap persekitaran Kurang Tinggi
Rupa individu baru sama seperti induk berbeza genetik daripada induk
Taraf organisma Biasanya peringkat rendah Biasanya peringkat tinggi
Sel pembiakan Tiada Gamet jantan dan betina
Organ pembiakan khusus Tiada Ada