Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Panduan Membina

Laman Web

Sebelum ini anda telah membina satu dokumen HTML yang kosong. Di sini anda akan menaip sesuatu di antara dua label <BODY> dan </BODY>. Oleh itu, anda perlu melupakan label <HTML> <HEAD> <TITLE> buat seketika. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh memadam label-label ini.

Taipkan sesuatu yang menarik di antara label <BODY>XXX</BODY> seperti di bawah ini.

<BODY>
Laman Web Pertama Saya
</BODY>

Anda perlu save perubahan yang anda buat dalam dokumen HTML dan Hasilnya Adalah Seperti ini.

Laman Web Pertama Saya

Browser anda sekarang memaparkan perkataan Laman Web Pertama Saya. Selepas ini, anda akan mempelajari lebih banyak label yang berguna untuk laman web anda.

Sumber Lengkap HTML

<<Bina Laman 1 /// Bina Laman 3>>