Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Panduan Membina

Laman Web

Memulakan HTML

Membuat satu dokumen HTML adalah mudah. Buka Notepad dan mulakan dengan label ini.....

<HTML>
</HTML>

<HTML>  dan </HTML> dipanggil label. <HTML> merupakan label permulaan dokumen HTML  dan </HTML> merupakan label penutup dokumen HTML. Untuk membuat label penutup, anda cuma perlu tambahkan / kepada label permulaan.

Sekarang, anda perlu isikan sesuatu ke dalamnya.

Setiap dokumen HTML memerlukan sepasang labe <HEAD>

<HTML>
<HEAD>
</HEAD>
<HTML>

Letakkan label  <TITLE> di antara dua label <HEAD>

<HTML>
<HEAD>
<TITLE></TITLE>
</HEAD>
<HTML>

Label <BODY> pula diletakkan di antara <HEAD> dan <HEAD>

<HTML>
<HEAD>
<TITLE></TITLE>
</HEAD>
<BODY>
</BODY>
</HTML>

Sila letakkan nama dokumen anda di antara label <TITLE>Nama Dokumen</TITLE>

<HTML>
<HEAD>
<TITLE>Laman Web Pertama Saya</TITLE>
</HEAD>
<BODY>
</BODY>
</HTML>

Sekarang anda boleh simpan (save) fail anda sebagai dokumen html dan bukannya sebagai dokumen text.

Di window Notepad anda, click File kemudian Save As dan anda akan melihat dialog box. Anda perlu membuat folder baru dengan menekan. Anda boleh berikan apa-apa nama bagi folder. Double click folder untuk membukanya. Pada File name: taipkan nama page1.html dan pada Save as type: pastikan anda memilih All Files(*.*)

Tahniah!! Anda telahpun membina satu dokumen HTML. Sekarang anda boleh memastikan dokumen anda dengan membuka Windows Explorer. Jika anda menggunakan Netscape sebagai default browser, dokumen anda akan kelihatan seperti di bawah.

Anda boleh double klik dokumen anda dan hasil kerja anda adalah seperti ini.

 

Dokumen HTML anda adalah kosong. Apa yang anda boleh lihat hanyalah nama dokumen (Laman Web Pertama Saya) yang dipaparkan di atas window browser. 

Sumber Lengkap HTML

<<Bina Laman /// Bina Laman 2>>