Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Panduan Membina

Laman Web

Menukar Warna Latar Belakang

Ini merupakan paparan dokumen HTML anda. Adakah anda sukakan latar belakang putih?? Jika anda tidak suka, anda bolehlah memilih warna yang sesuai dengan jiwa anda.

<BODY BGCOLOR="#FFFFFF">
Laman Web Pertama Saya
</BODY>

Laman Web Pertama Saya

#FFFFFF ialah computerese untuk warna putih. Terdapat 216 warna Netscape dan anda boleh klik di sini untuk melihatnya. Anda cuba #00FFFF untuk mengubah latar belakang daripada putih kepada aqua.

CONTOH
<BODY BGCOLOR="#00FFFF">
Laman Web Pertama Saya
</BODY>

Latar belakang telah berubah menjadi warna aqua.

Laman Web Pertama Saya

 

Sumber Lengkap HTML

 

Imej Sebagai Latar Belakang

Inginkan latar belakang yang lebih cantik dan menarik?? Anda boleh memilih imej yang anda paling suka untuk dijadikan latar belakang laman web anda. Kita akan menggunakan imej di bawah sebagai latar belakang.

latarblkg.jpg

CONTOH
<BODY BACKGROUND="latarblkg.jpg">
Laman Web Pertama Saya
</BODY>

Hasilnya adalah seperti di bawah. Imej sebagai latar belakang lebih cantik dan menarik berbanding menggunakan warna sebagai latar belakang. 


Laman Web Pertama Saya

 

Sumber Lengkap HTML

<<Bina Laman 2 /// Bina Laman 4>>