Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Panduan Membina

Laman Web

oleh ADUL


Hello! Nama saya ADUL. Saya hendak memberikan anda sedikit panduan ringkas tentang cara bagaimana membina Laman Web menggunakan Hypertext Markup Language atau lebih dikenali dengan singkatan HTML. Saya ingin mengingatkan anda bahawa panduan membina Laman Web ini adalah untuk mereka yang baru hendak belajar. Bukannya untuk mereka yang sudah mahir membuat Laman Web.

Saya harap anda gembira mempelajari HTML. Saya akan memperbaiki dan mempermudahkan panduan ini pada masa akan datang supaya. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa untuk membina laman web yang lebih menarik, HTML sahaja tidak cukup. Sila lihat koleksi Applet Java dan Skrip Java yang saya sediakan setelah anda mahir menggunakan HTML.

Apa yang anda perlukan sebelum memulakan HTML?? Jika anda menggunakan sistem operasi Windows, anda boleh menggunakan Notepad. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan program yang lain. Jika anda ingin membina Laman Web tanpa mempelajari HTML, anda boleh menggunakan Microsoft FrontPage 2000, Microsoft Office 2000, Netscape Composer dan banyak lagi perisian lain. Tetapi saya ingin ingatkan anda bahawa, walaupun anda mahir menggunakan program-program tersebut, anda masih perlukan HTML.

Amaran oleh Kerajaan Malaysia, Merokok Membahayakan Kesihatan.

Bina Laman 1>>